BAGAN SERAI:Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil negeri Razman Zakaria berkata sekolah terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Kebun di Parit Buntar dan SK Klebang Jaya serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Chemor, kedua-duanya di Ipoh.
Beliau berkata pihaknya dimaklumkan pelajar terbabit disahkan positif jangkitan COVID-19 pada 16 Okt lepas.
"Surat arahan penutupan sekolah selama tujuh hari sehingga 25 Okt sudah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan diedarkan ke sekolah terbabit bagi tujuan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Penutupan terbaharu itu menjadikan jumlah sekolah yang ditutup di Perak disebabkan terdapat jangkitkan wabak COVID-19 membabitkan guru dan pelajar adalah sebanyak empat termasuk SK Lekir Batu 8 di Sitiawan, Manjung yang ditutup tujuh hari sejak 14 Okt lepas.
Sementara itu, enam sekolah di daerah Larut, Matang dan Selama yang ditutup tujuh hari sejak 12 Okt iaitu SMK King Edward VII; SMK (P) Treacher Methodist; SK Convent Kota; SMK Bukit Jana, Kamunting dan SK Taman Jana, Kamunting yang semuanya di Taiping serta SK Ulu Mengkuang, Selama dibuka semula hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 19 2020

Razman berkata pihaknya dimaklumkan pelajar terbabit disahkan positif jangkitan COVID-19 pada 16 Okt lepas. - Gambar fail/Facebook Razman Zakaria
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.