PUTRAJAYA:Pemilik kenderaan komersial tidak perlu memohon surat kebenaran daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), demikian menurut kementerian itu hari ini.
"Sekatan tidak akan dikenakan kepada kenderaan komersial yang beroperasi semasa PKP," menurut MOT dalam kenyataan hari ini.
Pada Isnin lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP dilaksanakan di enam negeri - Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah - bermula hari ini hingga 26 Jan.
PKP Bersyarat pula dilaksanakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan manakala Perlis dan Sarawak berada di bawah PKP Pemulihan bagi tempoh sama.
MOT memaklumkan pemilik kenderaan komersial hanya perlu mengemukakan surat pengesahan daripada majikan apabila diminta petugas penguat kuasa dan lorong khas akan disediakan di semua sekatan jalan raya untuk kenderaan komersial.
Bagi syarikat logistik lain seperti syarikat penghantaran barang dan pengendali gudang yang berdaftar dengan persatuan, MOT memberitahu kebenaran daripada kementerian boleh diperoleh daripada persatuan masing-masing.
"Surat ini perlu dikemukakan bersama-sama bukti keahlian dalam persatuan apabila diminta oleh petugas penguat kuasa di sekatan jalan raya," menurut MOT.
Syarikat yang tidak berdaftar dengan mana-mana persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan pula, surat kebenaran boleh dimohon menerusi https://application.mot.gov.my/.
MOT turut menasihati pengguna pengangkutan awam supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan dan garis panduan seperti diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), mengamalkan penjarakan fizikal dan menjaga kebersihan sebagai langkah untuk mencegah penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 13 2021
Pemilik kenderaan komersial tidak perlu memohon surat kebenaran daripada Kementerian Pengangkutan. -Gambar hiasan
Aceh berterima kasih kepada dunia
Aceh berterima kasih dan menghulurkan tangan penghargaan kepada warga global dan penderma yang bermurah hati membantu dalam proses pembangunan semula wilayah itu pasca gempa dan tsunami 2004.
Nahas Ayer Keroh: Pemandu bas maut kemalangan dikebumikan
Pemandu bas yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, lori, treler, MPV dan Perdua Bezza di KIlotere 204 PLUS selamat dikebumikan jam 5.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya, Johor Bahru, pada Selasa.
Nahas Ayer Keroh: Keluarga lima maut yakin siasatan polis telus
Bapa kepada Allahyarham Khairul Ikhwan yakin pihak polis akan menjalankan siasatan teliti dan mengumpulkan bukti kemalangan yang mengorbankan anaknya, menantu, cucu dan dua besannya.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Jualan kenderaan naik 4.13 peratus pada Februari 2021 - MAA
Jualan kenderaan di Malaysia meningkat 4.13 peratus kepada 42.784 unit pada Februari tahun ini daripada 41.088 unit bulan sama tahun lalu.
PKP: Kenderaan komersial tidak perlu mohon surat kebenaran
Sekatan tidak akan dikenakan kepada kenderaan komersial yang beroperasi semasa PKP.
Singapura turunkan kadar tol di Link Kedua Mulai 1 April
Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) mengumumkan bermula 1 April 2018, bayaran tol untuk semua kenderaan (kecuali motosikal) bagi kedua-dua laluan keluar dan masuk Singapura dikurangkan.