JOHOR BAHRU: Hanya 12 jemaah dibenarkan menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat manakala empat orang sahaja dibenarkan menunaikan solat fardu di masjid, surau Jumaat serta surau kariah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Johor bermula esok.
Jumlah jemaah solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat itu dihadkan kepada ahli jawatankuasa pengurusan tidak termasuk imam, bilal dan noja manakala jumlah jemaah solat fardu di masjid, surau Jumaat dan surau kariah adalah termasuk imam, bilal dan noja, dengan jarak antara saf hendaklah diselangkan.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor Datuk Md Rofiki Samsudin di sini hari ini.
"Sebanyak 91 masjid dan surau di Johor diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan setakat semalam dan susulan itu Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) setelah diperkenankan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, menetapkan bilangan jemaah di masjid, surau Jumaat dan surau kariah perlu dihadkan.
"Arahan itu terpakai sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan MAIJ. Justeru, dalam situasi COVID-19 yang semakin meningkat, marilah kita bersatu hati merafakkan doa, mendirikan solat secara berjemaah di rumah masing-masing dan melakukan amalan kebaikan yang lain agar wabak ini segera berakhir," menurut kenyataan itu.
Selain itu, ruang solat bagi musafir, solat jenazah di masjid atau surau dan aktiviti ziarah tanah perkuburan Islam adalah tidak dibenarkan bermula esok, namun pengebumian jenazah dibenarkan dengan kehadiran 12 orang waris keluarga terdekat dengan syarat bukan jenazah pesakit COVID-19.
Johor merekodkan 468 kes baharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negeri ini sebanyak 54,431 kes dengan 221 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 25 2021
Jumlah jemaah solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat itu dihadkan kepada ahli jawatankuasa pengurusan tidak termasuk imam, bilal dan noja.- Gambar fail/ Bernama
Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
Tempoh rehat Jumaat dua jam mulai tahun depan - MB Johor
Kerajaan Johor menetapkan tempoh waktu rehat hari Jumaat bagi sektor awam dan swasta dipanjangkan kepada dua jam bermula 1 Jan tahun depan berbanding hanya satu jam 30 minit ketika ini.
Johor pertimbang sektor awam kerja empat hari setengah seminggu
Johor sedang mempertimbangkan cadangan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri ini kepada empat hari setengah seminggu.
Johor catat sejarah, rekod terimaan lebihan RM2 bilion tahun ini - Onn Hafiz
Johor mencatat sejarah apabila diunjur bakal terima hasil RM2.005 bilion tahun ini, pertama kali melebihi RM2 bilion.
Amaran Hujan Berterusan tahap buruk di tiga negeri hingga 23 Nov
MetMalaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang dan Johor berkuat kuasa sehingga 23 Nov ini.
MAINJ mula laksana proses pemulihan akidah ahli GISB
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah mula melaksanakan proses pemurnian dan pemulihan akidah bekas ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).
Ramalan awal banjir di beberapa daerah di Johor bermula esok hingga 23 November
Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan amaran banjir yang diramalkan akan berlaku di beberapa kawasan lembangan sungai di negeri Johor bermula esok sehingga 23 November ini.
Gaji premium dapat halang anak muda bekerja di Singapura
Azhar berkata, usaha kerajaan berkaitan gaji premium juga memberi lebih banyak pilihan pekerjaan kepada anak muda di Johor.
Penubuhan JTDC jadikan Johor negeri pertama tawar gaji premium sehingga RM5,000 - TMJ
Johor bakal menjadi negeri pertama yang menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi, titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Air loji kumbahan antara punca utama 25 sungai tercemar - JAS
Pelepasan air dari loji kumbahan merupakan antara punca utama yang menyebabkan 25 sungai di seluruh negara berada dalam kategori tercemar.