KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil tindakan drastik bagi menyelesaikan isu yang timbul berhubung penganjuran kejohanan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang dijadual bermula 3 Mac ini.
Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata perkara itu adalah bagi memastikan status "Pro Series" LTdL 2022 tidak ditarik balik oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
"LTdL pernah mencapai status 'hors classe' dan kemudian 'Pro Series'. Ia satu perjalanan sangat panjang dan melibatkan ratusan juta (ringgit) sejak ia dimulakan pada 1996. PKBM tidak mahu dipersalahkan jika senario ini berlaku kelak," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Bagi melancarkan penganjuran LTdL 2022, beliau mendakwa pihaknya telah berkali-kali mengutus surat kepada pihak penganjur, Human Voyage, namun tidak diendahkan, selain turut menghantar surat kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebanyak dua kali sejak September tahun lepas.
"Untuk LTdL 2022, kami difahamkan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) masih mempunyai baki kontrak dengan Human Voyage. Namun, terdengar kononnya Human Voyage telah cuba menukar tarikh kejohanan dari 3 Mac kepada Julai 2022 tanpa pengetahuan PKBM.
"Saya ingin tegaskan PKBM ialah pemilik LTdL dan Human Voyage ialah penganjur kejohanan. KBS pula ialah pihak berkuasa yang memberi dana kepada Human Voyage. Ini jelas dan tiada dakwa-dakwi dalam hal ini," katanya.
Sehingga kini, beliau berkata pihaknya masih menunggu maklum balas daripada pejabat menteri.
Beliau berkata PKBM mengambil inisiatif sendiri mendaftar kejohanan itu pada Jun tahun lepas bagi memastikan kejohanan itu terus kekal dalam kalendar tahunan UCI.
Menurut Abu Samah, tarikh asal yang didaftarkan telah hampir tiba, manakala tarikh cadangan Human Voyage pula tidak dimaklumkan secara rasmi kepada pihaknya dan ini menggusarkan badan induk sukan berbasikal itu.
"PKBM percaya kejohanan LTdL 2022 tidak boleh diadakan mengikut tarikh asal kerana terlalu suntuk," katanya.
Abu Samah turut menjelaskan sebagai pemilik LTdL bermula 2007, PKBM boleh menyerahkan penganjuran LTdL 2022 kepada mana-mana pihak, namun tidak bercadang berbuat demikian kerana menghormati KBS.
"Saya sangat berharap menteri turun padang dan memanggil kami untuk memberikan penjelasan. Perkara ini tidak boleh berlarutan tanpa sebarang kata putus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 23 2022

Abu Samah mendakwa, sebagai pemilik LTdL bermula 2007, PKBM boleh menyerahkan penganjuran LTdL 2022 kepada mana-mana pihak, namun tidak bercadang berbuat demikian kerana menghormati KBS. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Bukit Fraser 'Queen Stage' LTdL 2025
Seramai 132 pelumba daripada 22 pasukan dijangka menyertai saingan lapan peringkat yang melibatkan jarak keseluruhan 1,257.8km.

KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.

LTdL tahun hadapan akan lebih 'menyengat'
Dua pendakian berturut-turut yang diperkenalkan pada edisi tahun ini akan diteruskan setelah format itu berjaya meninggalkan impak serta kejutan.

Poole juara keseluruhan LTdL 2024
Pelumba Britain Max Poole muncul Juara Keseluruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 biarpun menamatkan saingan di tempat ke-35 pada peringkat terakhir.

KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL
Kementerian Belia dan Sukan berharap kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada masa akan datang.

LTdL 2024: Mamat terkedu tersingkir dari saingan
Mohd Harrif terpaksa akur dengan ketetapan itu selepas menjadi antara 18 pelumba tidak menamatkan perlumbaan dalam had masa ditetapkan.

LTdL 2024: Beberapa jalan di Ipoh ditutup, dilencong esok
Penutupan dan lencongan jalan akan bermula pada Selasa jam 12 tengah hari hingga 2 petang.

LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan
Kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis simbolik sebelum perlumbaan bermula secara rasmi itu adalah pada 2018.

LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.

Tiada istilah 'kuda tua', Mamat buat penampilan ke-15 LTdL
Pelumba berpengalaman negara, Mamat masih menggalas cabaran Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) pada jelajah lumba basikal LTdL 2024 yang akan membuka tirai pada 29 Sept hingga 6 Okt ini.