SIBU: Program Jualan Malaysia (PJM) yang diusahakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) seluruh negara dijangka mampu menjana dan menyumbang kepada sasaran nilai jualan sebanyak RM500 bilion menjelang akhir tahun ini.
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata program itu menyokong usaha pemulihan ekonomi menerusi sektor perdagangan, pengedaran dan peruncitan berteraskan konsep 3R iaitu Recovery (pemulihan), Revive (menghidupkan semula) dan Revitalise (merancakkan).
Menurutnya, bermula awal tahun ini PJM Tahun Baru 2022 diadakan serentak dengan Jualan Tahun Baharu Cina di Kuala Lumpur, PJM "Rancak Aidilfitri" di Nilai, Negeri Sembilan dan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
"Manakala PJM "Rancak Hari Gawai" diadakan di Pekan Song dan Kapit merupakan kesinambungan segmen perayaan ini dalam usaha menggalakkan ahli Keluarga Malaysia keluar berbelanja secara fizikal dalam suasana norma baru yang selamat dan meriah," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Terdahulu beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit menghadiri Program Jualan Malaysia "Rancak Hari Gawai" di Pekan Song hari ini dan akan menghadiri program serupa di pekarangan Dewan Suarah Kapit esok.
Nanta berkata berdasarkan statistik terkini Jabatan Perangkaan Malaysia, sektor perdagangan dan pengedaran telah merekodkan nilai jualan berjumlah RM48.8 billion sepanjang Februari lepas yang merupakan pertumbuhan sebanyak 10.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Beliau berkata pencapaian tersebut dijangka dapat ditingkatkan lagi dengan pelbagai inisiatif yang diambil kementeriannya khususnya menerusi PJM sepanjang tahun ini dengan memberi penekanan kepada segmen musim perayaan utama Keluarga Malaysia.
"Kementerian akan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat khususnya pemain industri peruncitan untuk terus memastikan ekosistem sektor tersebut kekal berdaya saing dan berdaya maju dalam merancakkan kembali ekonomi negara," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata program itu menyokong usaha pemulihan ekonomi menerusi sektor perdagangan, pengedaran dan peruncitan berteraskan konsep 3R. - Astro AWANI
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Pekerja Boeing terima cadangan kontrak baharu, tamatkan mogok
Mogok oleh puluhan ribu pekerja Boeing berakhir selepas mereka menerima tawaran yang lebih baik oleh pengeluar pesawat AS itu,
Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pantau Agenda Reformasi: Pilihan Amerika Syarikat, masa depan Malaysia
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai kesan keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat kepada agenda pembangunan dunia dan Malaysia secara menyeluruh.
Pavilion Malaysia dilancar cerminan pembangunan lestari, kepelbagaian
Pavilion yang diberi nama Rumah Malaysia itu dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Kaherah, Mesir.
Pekerja Boeing tandatangani persetujuaan
Selepas piket selama tujuh minggu, Kesatuan Pekerja Boeing akhirnya menandatangani persetujuan dengan syarikat pengeluar pesawat itu.
Penswastaan MAHB dianggap positif, bakal tingkatkan prestasi
Keputusan itu satu langkah positif ke arah meningkatkan prestasi keseluruhan lapangan terbang negara.
Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin 6 warga Malaysia disyaki miliki dadah
Mahkamah Narathiwat telah menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman semalam kerana disyaki memiliki dadah.
Pelabur asing jual RM1.77 bilion ekuiti tempatan Oktober 2024
Firma penyelidikan Maybank Innvestment Bank, perubahan itu didorong ketidaktentuan susulan serangan iran ke atas Israel, serta pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada November.
Pantai timur Sabah selamat, terkawal - Shamsul Anuar
Situasi keselamatan di kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal, walaupun terdapat 14 negara yang masih belum menarik balik nota nasihat perjalanan yang melarang rakyat mereka daripada melancong ke kawasan tersebut.
KPDNHEP peruntuk RM300,000 sokong Program Jom Shop Raya @ Jalan TAR
Program itu membolehkan pelanggan dengan pembelian RM100 ke atas mendapat baucar bernilai RM20, di lebih 70 kedai berdaftar.
KBBM, PJM akan diperhebatkan tahun hadapan - PM Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata KBBM telah mencatatkan impak positif kepada ekonomi domestik manakala PJM pula mencatatkan prestasi seperti yang disasarkan.
Peniaga dan pengusaha PKS disaran sertai Program Transformasi Produk
Inisiatif itu disediakan untuk membantu peniaga dan pengusaha PKS agar produk mereka mendapat tumpuan di pasar raya besar.