Penolong Pengarah (Pendaftaran) Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Mohd Syukri Mohd Mokhtar memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, proses pindah milik tanah ahli perniagaan Phang Li Koon kepada ketua menteri Lim Guan Eng dibuat pada 21 Oktober 2015.
Beliau yang juga saksi pihak pendakwaan ke-25 berkata semakan rekod pejabatnya menunjukkan tanah di No 25, Jalan Pinhorn tersebut wujud dan direkodkan sebagai hak milik GRN 11149, Lot 2985, Seksyen 6, Daerah Timur Laut didaftarkan pada 7 Disember 1983.
Katanya, pindah milik tanah disahkan berlaku pada 2 Disember 2008 pada jam 10.54 pagi daripada Ming Holdings (M) Sdn Bhd kepada Phang Li Koon iaitu 1/1 lot tanah beralamat di Jalan Pinhorn.
Menurut Mohd Syukri, tanah itu adalah jenis pegangan selama-lamanya iaitu free hold dan keluasan tanah adalah 944 meter persegi.
Tambahnya, tanah berkenaan berstatus ‘First Grade’ bererti pemiliknya tidak perlu mengemukakan permohonan menukar syarat sekiranya ingin mengubah kegunaan tanah sama ada kepada tanah berstatus industri, pertanian atau pembangunan.
Beliau berkata demikian dalam penyataan saksi yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail pada perbicaraan hari kedua kes rasuah Guan Eng dan Li Koon.
Seramai 14 saksi tampil memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan.
Pada Isnin, Guan Eng dan Li Koon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail.
Astro Awani
Tue Mar 27 2018
![Pindah milik tanah Li Koon, Guan Eng dibuat Okt 2015 - saksi Pindah milik tanah Li Koon, Guan Eng dibuat Okt 2015 - saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51522038412_LimGuanEng.jpg)
Proses pindah milik tanah ahli perniagaan Phang Li Koon (kiri) kepada ketua menteri Lim Guan Eng dibuat pada 21 Oktober 2015. -Gambar fail
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Pindah milik tanah Li Koon, Guan Eng dibuat Okt 2015 - saksi Pindah milik tanah Li Koon, Guan Eng dibuat Okt 2015 - saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51522038412_LimGuanEng.jpg)
Pindah milik tanah Li Koon, Guan Eng dibuat Okt 2015 - saksi
Pindah milik tanah disahkan berlaku pada 2 Disember 2008 pada jam 10.54 pagi daripada Ming Holdings (M) Sdn Bhd kepada Phang Li Koon iaitu 1/1 lot tanah beralamat di Jalan Pinhorn.