KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen penyokongnya mengenai cadangan pindaan Perlembagaan berhubung pemberian taraf kerakyatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata ini kerana pindaan yang dicadangkan itu telah dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja.
"Ada had terhadap apa yang boleh kita lakukan. Selepas perbincangan, sebarang pindaan Perlembagaan dalam isu kerakyatan perlu mendapat perkenan Majlis Raja-raja.
"Jadi Majlis Raja-raja akan mengambil pendirian tertentu mengenainya, dan kita perlu menghormatinya. Kita perlu menjelaskan kepada Ahli Parlimen penyokong kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malaysia Digital Expo 2023 Grand Finale di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.
Sebelum ini beberapa Ahli Parlimen penyokong kerajaan termasuk Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee menerusi X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) mendakwa ada pihak yang tidak senang dengan cadangan pindaan itu.
Kerajaan bercadang untuk membentangkan satu pindaan bertujuan menyelesaikan isu berhubung taraf kewarganegaraan bagi anak-anak dilahirkan oleh wanita warga Malaysia di luar negara, yang bersuamikan warga asing.
Sementara itu, ditanya idea Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul untuk memaparkan nama-nama Ahli Parlimen yang dengan sengaja tidak hadir persidangan dewan di laman web Dewan Rakyat supaya pengundi kawasan parlimen berkenaan maklum mengenainya, Anwar berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada budi bicara Speaker.
Anwar turut mengulangi ingatan kepada semua pihak agar tidak mempolitikkan konflik Israel-Palestin, kerana Malaysia telah mengambil beberapa ketetapan dalam soal berkenaan.
"Jangan sesekali cuba membina mahligai atas pusara. Satu ingatan kepada semua - buat kerja untuk cari derma dan cari bantuan. (Ada) Orang yang kerjanya sangat-sangat menyesatkan dari segi perkembangan politik, dia tidak buat apa, cari derma pun tiada, kerjanya hanya begitu sahaja (cerca)," katanya.
Perdana Menteri berkata Malaysia adalah antara negara paling cepat mendapat kelulusan bagi pesawat membawa sumbangan bantuan untuk mendarat, bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dapat disampaikan kepada rakyat Palestin di Gaza.
Beliau berkata ada perkara-perkara atau hal yang dilakukan oleh kerajaan, tidak boleh diumumkan atas sebab-sebab tertentu dan ia juga tidak wajar untuk dipolitikkan.
Semalam Perdana Menteri berkata pesawat Malaysia antara paling cepat sampai, diberi layanan untuk sampaikan bantuan kemanusiaan sumbangan Malaysia disebabkan hubungan baik negara dengan Mesir.
Sabtu lepas, pesawat kargo 9M-WCA yang membawa penghantaran pertama bantuan kemanusiaan sumbangan Malaysia untuk Palestin menerusi Ops Ihsan, telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Tentera El-Arish di Mesir, dan bantuan berupa 20 tan barangan perubatan, barangan bayi serta makanan itu diserahkan kepada wakil Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir untuk dibawa masuk ke Gaza melalui lintasan sempadan Rafah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 06 2023
![Pindaan Perlembagaan: Kerajaan akan beri penjelasan kepada Ahli Parlimen penyokong - Anwar Pindaan Perlembagaan: Kerajaan akan beri penjelasan kepada Ahli Parlimen penyokong - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699249759_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar berkata pindaan yang dicadangkan itu telah dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja. - Gambar fail
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81696077703_SaraswathyKandasamy.jpg)
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
![PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi menerusi pindaan perlembagaan PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi menerusi pindaan perlembagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734247706_FuziahSalleh.jpg)
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi menerusi pindaan perlembagaan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
![Menteri Kabinet sambut baik pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan Menteri Kabinet sambut baik pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729202591_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Menteri Kabinet sambut baik pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan
Pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan disifatkan satu detik bersejarah buat negara.
![Pindaan Perlembagaan berkaitan Orang Asli dijangka dibentang pada 2027 Pindaan Perlembagaan berkaitan Orang Asli dijangka dibentang pada 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719061334_RamliMohdNor.jpg)
Pindaan Perlembagaan berkaitan Orang Asli dijangka dibentang pada 2027
Proses libat urus bersama masyarakat Orang Asli dan badan bukan kerajaan sedang giat dijalankan dan mendapat maklum balas.
![Putin angkat sumpah sebagai Presiden Rusia untuk penggal kelima pada Selasa Putin angkat sumpah sebagai Presiden Rusia untuk penggal kelima pada Selasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710809654_tbVladimirPutin.jpg)
Putin angkat sumpah sebagai Presiden Rusia untuk penggal kelima pada Selasa
Vladimir Putin akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Rusia untuk penggal kelima yang akan berlangsung di ibu negara, Moscow pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.
![Bersatu Tanjong Karang digantung Bersatu Tanjong Karang digantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712117819_PRIBUMI.jpg)
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![RoS lulus pindaan perlembagaan Bersatu berkuat kuasa Isnin RoS lulus pindaan perlembagaan Bersatu berkuat kuasa Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712055550_WanAhmadFayhsalP.jpg)
RoS lulus pindaan perlembagaan Bersatu berkuat kuasa Isnin
RoS telah meluluskan permohonan pindaan perlembagaan Bersatu yang membolehkan parti itu mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen yang bertindak memberi sokongan kepada PM.
![Kewarganegaraan: Kaji, tangguh pindaan Seksyen 1(a) dan Seksyen 2(3) - MCRA Kewarganegaraan: Kaji, tangguh pindaan Seksyen 1(a) dan Seksyen 2(3) - MCRA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711273046_mcra.jpg)
Kewarganegaraan: Kaji, tangguh pindaan Seksyen 1(a) dan Seksyen 2(3) - MCRA
MCRA memohon kerajaan membuat kajian terperinci atau menangguhkan terlebih dahulu pindaan beberapa peruntukan mengenai kewarganegaraan.
![Pindaan perlembagaan akan beri kesan kepada enam MP Bersatu – Muhyiddin Pindaan perlembagaan akan beri kesan kepada enam MP Bersatu – Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709372260_Bersatu.jpg)
Pindaan perlembagaan akan beri kesan kepada enam MP Bersatu – Muhyiddin
Pindaan perlembagaan Bersatu akan memberi kesan kepada kedudukan enam Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri.
![Keputusan petisyen Nik Elin: Pas desak kerajaan segera usul pinda Perlembagaan Keputusan petisyen Nik Elin: Pas desak kerajaan segera usul pinda Perlembagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707464291_TBAhmadFadhlijp.jpg)
Keputusan petisyen Nik Elin: Pas desak kerajaan segera usul pinda Perlembagaan
Pas mendesak kerajaan supaya menyegerakan usul meminda Perlembagaan di Parlimen dengan memasukkan bidang kuasa jenayah di bawah Senarai III, Senarai Bersama.