KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang menilai keperluan mewujudkan jawatan pegawai perlindungan data dalam organisasi, melalui pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709), bagi melindungi data peribadi individu.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perkara itu, antara yang dipertimbangkan dalam pindaan akta, yang dijangka dibentang pada di Parlimen seawal Oktober ini.
"Satu aspek yang kita lihat ialah pegawai perlindungan data ini, penting bagi organisasi menjaga data...kerana ini ada dibangkitkan (Pengerusi Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia) Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin, berkenaan masalah penjagaan data oleh setiap organisasi.
"Kita lihat ada keperluan untuk ada jagaan data tetapi semua tertakluk kepada proses untuk mendapat maklum balas daripada pihak berkepentingan dan Jemaah Menteri...sekiranya diluluskan Jemaah Menteri kita bawa pindaan ini paling awal Oktober dan paling lewat bulan Mac (tahun depan)," katanya.
Mengenai Rang Undang-Undang Keselamatan Siber, Fahmi berkata Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), sedang merangka rang undang-undang itu untuk dibawa kepada Jemaah Menteri dan ia dijangka dibentang di Parlimen pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan.
"Kita akan bawa kepada Jemaah Menteri dulu, sebelum perincian kepada rang undang-undang itu dapat kita jelaskan di khalayak umum dan prosesnya sedang berjalan, dan saya percaya tak lama lagi NACSA akan sampaikan sedikit apa yang terkandung dalam rang undang-undang itu," katanya.
Terdahulu dalam ucaptamanya Fahmi berkata Malaysia kekurangan 12,000 profesional keselamatan siber, dan bagi mengatasinya, kerajaan kini sedang menambah baik sokongan dan laluan untuk pendidikan keselamatan siber.
Beliau berkata pada masa ini hanya terdapat 15,248 pekerja berpengetahuan keselamatan siber di Malaysia, manakala menurut kajian terkini Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) dan CyberSecurity Malaysia, negara memerlukan sekurang-kurangnya 27,000 pekerja berpengetahuan keselamatan siber, menjelang akhir tahun 2025.
"Terdapat kekurangan profesional keselamatan siber yang meruncing, yang bukan sahaja dilengkapi dengan kemahiran teknikal yang tepat, tetapi juga mempunyai kreativiti dan pemahaman mendalam mengenai teknologi dan juga kelakuan manusia," katanya.
Fahmi berkata Kajian Tenaga Kerja Keselamatan Siber ISC Squared (ISC2) 2022, juga melaporkan kekurangan pekerja berpengetahuan keselamatan siber global kini berjumlah 3.4 juta orang.
Sementara itu ditanya mengenai pendirian KKD dalam menjaga hubungan baik dengan kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang, Fahmi berkata beliau akan meneruskan segala inisiatif yang diaturkan kepada semua kerajaan negeri.
"Saya bagi pihak KKD, usaha kami termasuk di bawah MCMC mewujudkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di setiap zon dan ini mesti kita teruskan, tak jadi masalah.
"Saya percaya apa yang disebut Perdana Menteri, kita akan teliti dan kita inginkan hubungan yang baik, rapatkan silaturahim, ukhwah antara negeri dan pusat," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023

Fahmi berkata perkara itu, antara yang dipertimbangkan dalam pindaan akta, yang dijangka dibentang pada di Parlimen seawal Oktober ini. - Gambar fail/Astro AWANI

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Fahmi bertemu wakil organisasi, pengamal media bincang isu gaji dan hilang kerja
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan - Fahmi
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik, beri manfaat kepada pekerja
Fahmi berkata pihaknya akan mendapatkan analisis daripada syarikat berkaitan bagi meneliti serta mengkaji keperluan untuk penambahbaikan itu.

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 fokus isu jenayah dalam talian
Pindaan ini bertujuan menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan mampan.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.

Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.