KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini dalam proses akhir membuat pindaan pada Akta Kanak-kanak 2001 dan dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata selain menambah baik akta, pindaan itu juga selaras dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak yang telah dikuatkuasakan sejak 1 Sept tahun lepas.
"Pada masa ini, Jabatan Pembangunan Kanak-kanak masih di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, jadi perlu dipinda dari segi struktur dan pembahagian tugas selain melihat kepada undang-undang yang lain dan dibawa ke Parlimen.
"Mungkin ada pembaharuan, banyak perkara yang perlu disusun atur pada tahun ini dan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak akan berdiri di atas kaki sendiri pada 2026," katanya selepas Majlis Ibadah Korban di Surau Saidina Umar di Bandar Baru Samariang di sini hari ini.
Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ketua Wanita MCA Wong You Fong semalam agar KPWKM mengkaji semula dan mengukuhkan Akta Kanak-kanak serta perundangan yang berkaitan untuk memastikan perlindungan menyeluruh untuk kanak-kanak di bawah umur.
Beliau berkata pindaan terbabit dibuat bukan atas gesaan mana-mana pihak, namun disebabkan banyak kejadian berlaku melibatkan kanak-kanak, pihaknya perlu menambah peraturan yang menyeluruh termasuk taska.
"Perkara ini dalam proses draf, pada masa yang sama apabila berlaku sesuatu menyebabkan kami terpaksa menambahkan lagi undang-undang pindaan itu," katanya.
Jabatan Pembangunan Kanak-kanak ditubuhkan untuk mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menangani segera isu pengabaian dan penderaan kanak-kanak yang semakin meruncing berlandaskan kepada lima teras utama iaitu pencegahan, pembangunan, perlindungan, pemulihan dan pengintegrasian ke dalam masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 17 2024
![Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 akan dibentang tahun ini - Nancy Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 akan dibentang tahun ini - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716997632_tbNancyShukri.jpg)
Menurut Nancy, selain menambah baik akta, pindaan itu selaras dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak yang dikuat kuasa sejak 1 Sept tahun lepas. - Bernama
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262150_MCMC.jpg)
Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC
Hal ini sekali gus memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna, terutamanya kanak-kanak dan keluarga.
![Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735803655_PERKESOperkesolog.jpg)
Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini
Perkeso bakal memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dan meminda dua akta pada tahun ini.
![MITI sedia teliti pindaan Akta 525 bagi memperkasa industri REE MITI sedia teliti pindaan Akta 525 bagi memperkasa industri REE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731417378_LiewChinTong.jpg)
MITI sedia teliti pindaan Akta 525 bagi memperkasa industri REE
Langkah pindaan oleh NRES ini adalah penting bagi memastikan perundangan berkaitan mineral adalah terkini dan relevan.
![Cuti kesihatan mental perlu dimasukkan dalam pindaan Akta Kerja 1955 - Pakar Cuti kesihatan mental perlu dimasukkan dalam pindaan Akta Kerja 1955 - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729920372_Depression.jpg)
Cuti kesihatan mental perlu dimasukkan dalam pindaan Akta Kerja 1955 - Pakar
Seorang pakar sumber manusia mencadangkan supaya cuti kesihatan mental mandatori, atau cuti tekanan perlu dimasukkan dalam pindaan Akta Kerja 1955 yang akan datang.
![Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti, dipersetujui secara dwipartisan - Azalina Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti, dipersetujui secara dwipartisan - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720707996_TBAzalina.jpg)
Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti, dipersetujui secara dwipartisan - Azalina
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang bersedia mengusulkan pindaan terhadap akta itu, sepertimana dinyatakan Perdana Menteri Jumaat lepas.
![UNICEF gesa pindaan untuk lindungi saksi kanak-kanak dalam sistem kehakiman Malaysia disokong UNICEF gesa pindaan untuk lindungi saksi kanak-kanak dalam sistem kehakiman Malaysia disokong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720539069_RobertGass.jpg)
UNICEF gesa pindaan untuk lindungi saksi kanak-kanak dalam sistem kehakiman Malaysia disokong
Usaha memastikan mangsa-mangsa yang muda boleh memberikan bukti terbaik mereka tanpa rasa takut atau dalam tekanan yang tidak sepatutnya.
![Parlimen: Kerugian penipuan dalam talian cecah RM2.4 bilion Parlimen: Kerugian penipuan dalam talian cecah RM2.4 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720070956_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Parlimen: Kerugian penipuan dalam talian cecah RM2.4 bilion
Dewan Rakyat dimaklumkan jumlah kerugian akibat penipuan dalam talian mencecah RM2.65 bilion sejak 2022 hingga Jun tahun ini.
![Malaysia tidak meratifikasi UNCAT kerana libatkan pindaan akta sedia ada Malaysia tidak meratifikasi UNCAT kerana libatkan pindaan akta sedia ada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712206185_SaifuddinNasutionI.jpg)
Malaysia tidak meratifikasi UNCAT kerana libatkan pindaan akta sedia ada
Konvensyen itu menghendaki undang-undang negara tidak mempunyai elemen yang menyebabkan kesakitan teruk.
![Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 akan dibentang tahun ini - Nancy Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 akan dibentang tahun ini - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716997632_tbNancyShukri.jpg)
Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 akan dibentang tahun ini - Nancy
Selain menambah baik akta, pindaan itu selaras dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak yang dikuat kuasa sejak 1 Sept tahun lepas.
![Akta Komunikasi & Multimedia 1998: Nilai denda antara yang diteliti - Fahmi Akta Komunikasi & Multimedia 1998: Nilai denda antara yang diteliti - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708512417_TBFAHMI.jpg)
Akta Komunikasi & Multimedia 1998: Nilai denda antara yang diteliti - Fahmi
Ketika ini denda yang ditetapkan tidak berubah sejak akta berkenaan diwujudkan pada 1998.