KUALA LUMPUR: Wakil Tabung Darurat Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) ke Malaysia Robert Gass menggesa pihak berkepentingan supaya mengakui kepentingan cadangan pindaan kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak, yang dibentangkan buat kali pertama di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Gass dalam satu kenyataan disiarkan di laman sesawang rasmi UNICEF berkata, perubahan ini menyasarkan untuk mewujudkan satu persekitaran yang lebih mesra kanak-kanak di kamar mahkamah bagi memastikan mangsa-mangsa yang muda boleh memberikan bukti terbaik mereka tanpa rasa takut atau dalam tekanan yang tidak sepatutnya.
"Bayangkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang mengalami keganasan rumah tangga, seorang budak lelaki berumur 12 tahun yang menderita penderaan seksual atau seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang merupakan seorang mangsa penderaan fizikal.
Sekarang bayangkan kanak-kanak sama yang sudah mengalami trauma daripada pengalaman mereka, diperlukan untuk menceritakan kembali kisah mereka di dalam mahkamah," katanya.
Beliau berkata keprihatinan awam bagi memastikan saksi kanak-kanak dilayan dengan adil dan boleh menceritakan kembali pengalaman mereka tanpa berhadapan trauma atau pemangsaan seterusnya, semakin meningkat.
"Melindungi saksi kanak-kanak dan memenuhi keperluan mereka bukan hanya penting untuk mendapatkan keadilan dalam kes-kes individu tetapi juga mengukuhkan nilai Keyakinan dan Ihsan.
Prinsip ini yang berakar umbi dalam nilai MADANI, menyumbang kepada sebuah masyarakat yang lebih kuat dan penuh belas kasihan. Ia memberikan satu mesej yang kuat bahawa sistem kehakiman komited untuk melindungi golongan rentan dan mendukung hak semua orang," katanya.
Gass berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mengetuai usaha ini bagi mengutamakan kepentingan terbaik kanak-kanak dalam persekitaran kehakiman.
Meminda Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak bukan sahaja satu keperluan undang-undang, ia adalah satu imperatif moral, katanya.
"Membentangkan pindaan ini adalah satu langkah untuk menjadikan proses kehakiman lebih mesra kanak-kanak," katanya.
"Usaha kami berterusan supaya laluan kepada keadilan untuk kanak-kanak diluruskan, undang-undnag diperkukuh dan pelaku jenayah kanak-kanak dipertanggungjawabkan," kata Gass sambil menambah tahun ini merupakan tahun ke-70 kehadiran UNICEF di Malaysia, selain daripada perkongsian dengan Kerajaan Malaysia yang mencecah usia 60 tahun.
Perkara 3.1 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak yang Malaysia merupakan panandatangan menyatakan bahawa segala tindakan mengenai kanak-kanak termasuk dalam mahkamah, kepentingan terbaik kanak-kanak perlu menjadi pertimbangan utama," katanya.
Rang Undang-Undang untuk meminda Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi kekompetenan saksi kanak-kanak untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding, dibentangkan oleh Azalina.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2024

Robert Gass berkata, perubahan ini menyasarkan untuk mewujudkan satu persekitaran yang lebih mesra kanak-kanak di kamar mahkamah. - Gambar fail
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan hampir 430,000 orang sedang bergerak dari selatan Semenanjung Gaza ke utara enklaf itu.

Lebih 350 trak UNICEF masuk Semenanjung Gaza pada minggu pertama gencatan senjata
UNICEF mempercepatkan pengagihan bekalan dan perkhidmatan kepada kanak-kanak di Semenanjung Gaza, dengan lebih 350 trak memasuki kawasan itu pada minggu pertama gencatan senjata yang dinanti-nantikan.

Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB
Anggaran menunjukkan lebih 17,000 kanak-kanak kini tanpa keluarga di Gaza.

Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk
Kira-kira 473 juta kanak-kanak, atau lebih daripada satu dalam enam kanak-kanak, dianggarkan tinggal di kawasan konflik di seluruh dunia.

Jumlah kanak-kanak tinggal di kawasan konflik catat rekod tertinggi - UNICEF
Lebih ramai kanak-kanak kini tinggal di kawasan konflik atau terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat pertempuran berbanding sebelum ini.

UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.

PBB beri amaran krisis kemanusiaan luar biasa di Lubnan akibat perang
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa situasi di Lubnan kini mencapai tahap yang lebih buruk berbanding perang 2006.

Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang
UNICEF menyeru Israel untuk menjalankan siasatan segera terhadap serangan ke atas kakitangannya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Pelaburan bagi kesejahteraan kanak-kanak bukan sekadar kewajipan moral - Abang Jo
Pelaburan bagi kesejahteraan kanak-kanak bukan sekadar kewajipan moral semata-mata, tetapi ia juga adalah satu keperluan ekonomi, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kempen vaksinasi polio di Gaza bermula baik walau berdepan risiko serangan Israel
Kempen vaksinasi polio di Gaza bermula baik walau berdepan risiko serangan Israel