KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) kini dalam penelitian serta semakan akhir Jabatan Peguam Negara (AGC) dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada Julai ini.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pindaan itu meliputi peningkatan tempoh hukuman dan kadar denda, penyenaraian kesalahan baharu termasuk membolehkan pemegang lesen perkhidmatan air menuntut semula kos bagi memulihkan sistem bekalan air.
"Dalam hal ini, pindaan melibatkan peningkatan denda daripada RM100,000 kepada RM15 juta manakala hukuman penjara dinaikkan daripada setahun kepada 15 tahun, atau kedua-duanya sekali ke atas tindakan yang berisiko menyebabkan pencemaran kepada mana-mana alur air atau sistem bekalan air.
"Selain itu, penyenaraian kesalahan-kesalahan baharu adalah seperti apa-apa perbuatan yang menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan penutupan sistem bekalan air atau gangguan bekalan air, serta melepaskan apa-apa kumbahan, efluen terlarang, benda atau bahan ke mana-mana lurang," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk A.Kesavadas yang ingin tahu bagaimana kementerian merealisasikan transformasi ekosistem bekalan air bersih di kawasan luar bandar dengan mengambil kira masalah pencemaran sungai dan air laut akibat pembuangan sisa toksik tidak terkawal.
Akmal Nasrullah berkata, pindaan Akta 655 itu juga akan membolehkan pemegang lesen perkhidmatan air menuntut semula kos bagi memulihkan sistem bekalan air yang dicemari dan membolehkan pengguna mendapatkan pampasan bagi kerugian ditanggung akibat gangguan bekalan air disebabkan oleh sistem dicemari.
Dalam pada itu, beliau berkata, langkah pencegahan insiden pencemaran air adalah tanggungjawab bersama dan bukan hanya terletak di bahu kementerian itu semata-mata, tetapi turut melibatkan bidang kuasa kerajaan negeri.
"Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga memainkan peranan penting mencegah pencemaran sumber air disebabkan oleh air basuhan seperti (dari) medan selera, rumah penyembelihan, bengkel cuci kereta dan lain-lain," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024

Pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) kini dalam penelitian serta semakan akhir Jabatan Peguam Negara (AGC) dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada Julai ini, kata Akmal Nasrullah. - Gambar fail Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pindaan Akta 655 mampu kekang masalah pencemaran air - MB Selangor
Amirudin berkata, pindaan berkenaan mampu memastikan kelestarian sumber bekalan air dan air mentah berada dalam keadaan baik dan terurus.

Dewan Rakyat: Pindaan Akta 655 dalam penelitian, hukuman lebih tinggi jika cemar bekalan air
Pindaan terhadap Akta 655 dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun, melibatkan tiga perkara utama terhadap aktiviti pencemaran air.