KUALA LUMPUR : Pusat Internet Komuniti (PIK) perlu digerakkan dengan lebih meluas sebagai langkah untuk melahirkan masyarakat yang berasaskan ekonomi digital.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berpendapat, terdapat keperluan untuk mempertingkatkan kemudahan itu bagi mencapai sasaran berkenaan.
“Terdapat keperluan untuk mempertingkatkan dan memperluaskan peranan PIK sebagai pusat pendigitalan ekonomi masyarakat setempat.
“Insya-Allah, ini akan kita lakukan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dan pemasaran dalam talian. KKMM mahu menghasilkan usahawan digital di setiap PIK,” katanya menerusi hantarannya di Twitter pada Ahad.
Mengulas lanjut, KKMM juga berhasrat untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan digital yang menerusi setiap PIK yang ditubuhkan.
Sebelum ini, inisiatif kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi menyediakan pelbagai kemudahan di bawah inisiatif yang memberi fokus kepada golongan yang memerlukan khususnya kelompok B40.
Usaha itu turut mendapat kerjasama daripada beberapa syarikat telekomunikasi antaranya Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, dan Telekom Malaysia (TM).
Hilmi Malik
Sun Sep 19 2021

Tan Sri Annuar Musa berkata, KKMM berhasrat untuk melahirkan lebih ramai usahan digital menerusi setiap PIK yang ditubuhkan. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

PIK perlu dipertingkat, usaha untuk lahirkan lebih ramai usahawan digital
Pusat Internet Komuniti (PIK) perlu digerakkan dengan lebih meluas sebagai langkah untuk melahirkan masyarakat yang berasaskan ekonomi digital.

MCMC pertingkat usaha tangani masalah capaian internet
MCMC terus mempertingkat usaha menangani masalah capaian internet yang dihadapi oleh penduduk di seluruh negara apabila turun padang dan meninjau sendiri situasi sebenar di lokasi-lokasi aduan.

SKMM mantapkan fungsi Pusat Internet Komuniti
Pusat Internet Komuniti di seluruh negara akan terus dimantapkan bagi memberi peluang kepada rakyat menikmati perkhidmatan jalur lebar berkualiti sekali gus memperbaiki taraf sosioekonomi mereka.