Peguam Negara Tommy Thomas berkata semua pihak yang terlibat dalam kekecohan melibatkan Kuil Sri Maha Mariamman di Selangor, boleh mencapai penyelesaian yang baik.
Beliau berkata para peguam berkenaan telah mengadakan pertemuan yang bermanfaat dan produktif di pejabatnya awal minggu ini.
Mereka yakin satu persetujuan dapat dicapai bagi suatu penyelesaian yang adil dan saksama berkaitan masalah yang berlarutan akibat kepentingan yang pelbagai serta saling bersaing dalam kalangan pihak-pihak ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Thomas berkata: Penyelesaian menyeluruh yang dicadangkan, yang saya sokong, membabitkan langkah-langkah berikut:
1. Tertakluk kepada terma yang akan dipersetujui, One City Development Sdn Bhd akan memindah hak milik satu plot tanah seluas satu ekar yang terletaknya kuil kepada satu amanah yang akan ditadbir oleh Mahkamah Tinggi.
2. Peguam Negara, dalam menjalankan kuasanya sebagai penjaga kepentingan awam berkaitan amanah khairat, akan memohon kepada Mahkamah Tinggi, menurut Seksyen 9 Akta Prosiding Kerajaan 1956 untuk perintah membentuk amanah dan melantik pemegang-pemegang amanah bagi menguruskan amanah dan kuil.
3. Mahkamah Tinggi akan diminta untuk melantik seorang penerima, yang merupakan seseorang yang mempunyai reputasi yang baik, ternama dan berintegriti, yang boleh diterima oleh semua pihak bertelagah, sebagai seorang pegawai mahkamah untuk mengawal dan menjaga ke atas pemegang-pemegang amanah kuil serta tertakluk kepada pantauan mahkamah.
4. Pada masa yang sesuai, Mahkamah Tinggi akan diminta untuk memindahkan keempunyaan tanah yang diatasnya letaknya kuil itu kepada pemenang-pemegang amanah.
5. Bagi memastikan keadilan dan keberkecualian antara pelbagai kumpulan berhubung kuil, Peguam Negara berharap dapat direpresentasi dalam semua permohonan di Mahkamah Tinggi.
"Atas semangat persetujuan bersama dan pendekatan bertolak ansur oleh semua pihak yang terlibat, resolusi secara persahabatan terhadap semua perkara pertikaian akan dapat dicapai pada masa-masa yang akan datang," kata Thomas.
BACA: Lima parah, dua kumpulan bergaduh di kuil
Rusuhan berlaku pada 26 dan 27 Nov di kawasan kuil itu yang terletak di USJ25, Subang Jaya, berikutan pertikaian antara pihak-pihak yang bersetuju dan menentang cadangan pemindahan rumah ibadat itu mengikut penghakiman persetujuan.
Menurut penghakiman persetujuan pada 11 Mac, 2014, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, empat pihak bersetuju untuk pemindahan kuil itu dan mengembalikan tapak kuil sedia ada kepada pemilik, One City Development Sdn Bhd.
Keempat-empat pihak berkenaan ialah kerajaan negeri, One City Development dan dua individu yang mendakwa sebagai pentadbir kuil.
Dalam penghakiman itu, One City Development bersetuju untuk mendeposit RM1.5 juta kepada kuil itu. Kerajaan negeri turut menyerahkan tanah seluas kira-kira 0.4 hektar (satu ekar) yang terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi asal kuil.
BACA: Kronologi insiden Kuil Sri Maha Mariamman
Sementara itu, One City Development dalam satu kenyataan menyatakan sokongan terhadap penyelesaian menyeluruh itu.
"Ini termasuk cadangan pemindahan tanah seluas satu ekar di mana letaknya Kuil Seafield Sri Maha Mariamman kepada satu amanah tertakluk kepada terma yang akan dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat," katanya.
BACA: Lebih 30 berkumpul bantah pemindahan Kuil Sri Maha Mariamman
Berikutan insiden rusuhan itu, syarikat menemui kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor untuk mengemukakan cadangan dan membincangkan penyelesaian yang mungkin bagi perkara itu.
Syarikat itu juga berterima kasih kepada kerajaan dalam usaha membawa bersama pihak-pihak yang berkepentingan untuk menyelesaikan masalah tanah berkenaan dengan cepat dan secara baik.
BACA: Kuil Sri Maha Mariamman, premis One City dipantau sehingga keselamatan terjamin
"Kami faham terdapat pelbagai langkah untuk penyelesaian yang dicadangkan oleh Peguam Negara dan kami komited untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Peguam Negara.
"Kami menghargai kepimpinan Peguam Negara dan pelaksanaan pendekatan bertolak ansur untuk mencapai penyelesaian dalam perkara ini," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 14 2018

Peguam Negara akan memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk perintah membentuk amanah dan melantik pemegang-pemegang amanah bagi menguruskan amanah dan kuil. - Gambar fail
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

PTG Selangor ganti plot tanah milik keluarga Amar Baharin
PTG Selangor mengesahkan terdapat kesilapan teknikal berhubung pengeluaran dua hak milik atas satu plot tanah milik keluarga pelakon Amar Baharin di Semenyih.

XPDC atau Real XPDC bukan hak mereka, jangan berbohong! - Azmey
Keghairahan sebuah kumpulan didakwa semakin menjadi-jadi apabila tanpa rasa malu menggunakan jenama XPDC sesuka hati.

Apartmen mewah milik Jackie Chan bakal dilelong
Hartanah itu kini diletakkan dalam laman web lelongan di negara itu.

Isu hak milik tanah 999 tahun: Jangan cabul perlembagaan - UMNO Perak
Langkah itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar ketetapan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke 73.

Pihak terlibat yakin dapat capai penyelesaian isu Kuil Sri Maha Mariamman
Beliau berkata para peguam berkenaan telah mengadakan pertemuan yang bermanfaat dan produktif di pejabatnya awal minggu ini.

Akaun kumpulan skim piramid dibekukan
Serbuan tersebut melibatkan sebuah premis perniagaan syarikat itu di Ipoh, Perak dan 15 lagi di Lembah Klang meliputi empat premis perniagaan, lapan kediaman dan tiga pusat pelayan internet.

Isa Samad tidak bercadang adakan sidang media isu tanah Felda
Katanya ini kerana beliau tidak mahu timbul sebarang salah faham dan salah anggapan mengenai isu tersebut.

Isu tanah Felda: Isa Samad sedia disiasat pihak berkuasa
Pihak polis atau SPRM belum menghubunginya bagi mendapatkan keterangan selepas Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad membuat laporan polis dan sidang media mengenai perkara itu.

Persatuan bank nafi dakwaan bank tindas peminjam dengan dua kontrak
Katanya, secara umumnya untuk hartanah dengan hak milik, jika berlaku kemungkiran, harta itu akan dirampas melalui proses mahkamah yang bersesuaian.