Dengan penurunan harga petrol dan diesel berkuatkuasa 1 Januari 2015, pihak kerajaan seharusnya menjadi contoh tauladan dalam menurunkan harga barang yang lain.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata penurunan harga barangan kawalan pastinya akan dapat membantu rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam berhadapan kos sara hidup yang begitu tinggi sekarang.
“Pihak kerajaan sepatutnya menjadi contoh tauladan dalam menurunkan harga barang kerana terdapat harga barangan seperti gula, tepung gandum, dan minyak masak yang berada dalam senarai harga barangan kawalan kerajaan,” kata Mahfuz dalam satu kenyataan.
Tambahnya, detik pelaksanaan GST juga kian menghampiri maka pihak kerajaan perlulah membuat persediaan dan langkah yang proaktif untuk membantu rakyat.
“Pihak kerajaan sendiri sudah pun mengakui pelaksanaan GST kelak akan menjadi faktor penyumbang kepada kenaikan harga barang dan berlakunya inflasi,” katanya.
Mahfuz turut mengulas tentang kenaikan 30 sen harga surat khabar di bawah Syarikat New Straits Times Press iaitu New Straits Times (NST), Berita Harian (BH) dan Harian Metro (HM).
“Sungguh menghairankan, dalam keadaan kerajaan membuat seruan agar harga barang diturunkan tetapi pihak berkepentingan di dalam NST berbuat perkara sebaliknya,” katanya.
Astro Awani
Fri Jan 02 2015
MAHFUZ: Penurunan harga barangan kawalan pastinya akan dapat membantu rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Harga RON97, diesel di Semenanjung turun 5 sen mulai esok
Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak lima sen iaitu masing-masing kepada RM3.42 dan RM3.18 seliter bermula esok hingga 4 Sept ini.
Harga diesel di Semenanjung turun kepada RM3.23 seliter, petrol kekal
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan dua sen kepada RM3.23 seliter bagi tempoh 22 hingga 28 Ogos ini.
Harga diesel turun 5 sen mulai esok
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada RM3.30 seliter seiring dengan penurunan harga pasaran dunia minyak ketika ini.
Harga petrol, diesel kekal hingga 31 Julai
Harga runcit bagi petrol RON97, RON95 dan diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter dari 25 hingga 31 Julai ini.
Guna EV di Felda, ladang
EV itu dijangka digunakan di Felda pada hujung tahun ini secara berperingkat bagi menggantikan kenderaan sedia ada.
Harga petrol, diesel kekal sehingga 10 Julai
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter dari 4 hingga 10 Julai.
Ops Kesan 2.0: KPDN Pulau Pinang keluar 20 notis bertulis
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang mengeluarkan 20 Notis Bertulis (NB) menerusi Ops Kesan 2.0 yang dijalankan sejak 8 Jun hingga semalam.
KPDN Perlis jalankan pemeriksaan setiap hari, pastikan tiada pencatutan harga
KPDN Perlis melaksanakan pemeriksaan harga barangan secara harian dalam usaha menangani isu berkaitan pencatutan harga barang dan perkhidmatan.
Rasionalisasi: Harga permulaan diesel di Semenanjung RM3.35 seliter bermula Isnin
Harga diesel di Semenanjung akan diselaraskan mengikut harga pasaran semasa bermula 10 Jun, dengan harga permulaan ditetapkan pada RM3.35 seliter.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 9 hingga 15 Mei
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada paras harga RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 Mei ini.