GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang mengeluarkan 20 Notis Bertulis (NB) menerusi Ops Kesan 2.0 yang dijalankan sejak 8 Jun hingga semalam.
Pengarahnya S. Jegan berkata sebanyak 42 premis telah diperiksa dalam operasi yang dilaksanakan bagi mengenal pasti berlakunya kenaikan harga barangan atau perkhidmatan berikutan kenaikan harga diesel.
"Maklumat yang telah direkod akan dianalisis sama ada wujud aktiviti mencatut (mengambil keuntungan yang tidak munasabah) atau tidak. Sekiranya berlaku tindakan tegas akan diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ops Kesan 2.0 dilaksanakan secara berfasa bagi memantau kesan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dengan fokus bagi membendung risiko pencatutan dengan fasa pertama dilaksanakan mulai 20 Mei hingga 31 Mei manakala fasa kedua, bermula dari tarikh pelaksanaan fleet card Sistem MySubsidi Diesel di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).
Jegan berkata pihaknya juga bersedia untuk mengambil tindakan terhadap aduan kenaikan harga pada kadar tidak munasabah terutama kepada mereka yang telah mendapat manfaat daripada penyasaran subsidi diesel dan juga kepada peniaga tidak layak menerima subsidi diesel sebelum pelaksanaannya.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan pemeriksaan bekalan asas di Pasar Pagi Ban Busuk, Penanti Bukit Mertajam dan premis sekitarnya didapati mencukupi bagi menampung permintaan pengguna setempat dan tiada masalah terputus bekalan sempena sambutan Aidiladha esok.
"Hasil pemeriksaan terhadap 31 premis mendapati bekalan asas, minyak masak dan telur ayam ada di pasaran dan dijual tidak melebihi harga kawalan. Tidak berlaku kenaikan harga barangan semasa pemeriksaan dijalankan selain tanda harga dipamerkan dengan jelas serta alat timbang dan sukat masih dalam tempoh sah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024

S. Jegan berkata sebanyak 42 premis telah diperiksa dalam operasi yang dilaksanakan bagi mengenal pasti berlakunya kenaikan harga barangan atau perkhidmatan berikutan kenaikan harga diesel. - Gambar fail/Bernama

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.

Krismas: 14 barangan di bawah Skim Harga Maksimum
Armizan berkata, penguatkuasaan itu akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Disember ini.

KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.

KPDN perkenal dua strategi interim lindungi hak pengguna sebelum Lemon Law dimuktamad
Armizan berkata ketika ini melalui perundangan sedia ada, platform untuk pengguna menuntut hak mereka ialah Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).

KPDN pastikan Orang Asli tidak terputus barangan keperluan asas
Antara langkah dilaksanakan termasuk Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu yang menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah.

Pengusaha stesen minyak di Kedah dilarang jual diesel, petrol berulang
Arahan itu telah diserahkan kepada semua pengusaha stesen minyak di negeri ini dalam satu pertemuan pagi tadi.

KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.

Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.

Peniaga medan selera berdepan tindakan jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing
Peniaga berusia lewat 50-an itu ditahan dalam operasi penyamaran yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN kira-kira jam 11 pagi tadi.

KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau
Pasukan penguat kuasa KPDN menemukan 2,000 liter minyak diesel di dalam 18 tong dram serta 2,000 liter di dalam tangki treler disyaki untuk diseleweng.