MENGHAMPIRI setahun bermulanya program vaksinasi COVID-19 negara, kesan positif pelaksanaan program tersebut dalam membantu negara menangani pandemik merupakan sesuatu yang tidak boleh disangkal.
Selain daripada mengurangkan jumlah kematian dan kemasukan kes COVID-19 di hospital, perluasan vaksinasi yang setakat Selasa mencapai kadar 97.7 peratus populasi dewasa negara juga telah membawa negara sedikit demi sedikit menuju kepada keadaan normal.
Kini, hampir majoriti rakyat Malaysia dapat kembali bergerak agak bebas untuk melakukan rutin kebiasaan mereka sama ada untuk pergi bekerja, berjumpa keluarga secara fizikal, keluar makan bersama rakan dan juga merentas negeri.
Untuk kanak-kanak pula, mereka kini boleh kembali ke sekolah bersama rakan-rakan dan mendapatkan pendidikan secara fizikal daripada guru.
Bagaimanapun, dengan meningkatnya kebebasan pergerakan, ia pastinya pada masa sama turut berpotensi meningkatkan risiko penularan COVID-19 khususnya kepada kumpulan yang belum menerima vaksinasi COVID-19 termasuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
Tambahan pula, kehadiran varian baharu seperti Delta dan Omicron yang boleh menular melalui mereka yang sudah lengkap divaksinasi turut mendedahkan kumpulan tersebut kepada risiko virus berkenaan.
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan bahawa pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun akan mula dilaksanakan pada 3 Februari ini iaitu Khamis.
Dianggarkan seramai 4 juta kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun layak untuk menerima vaksin tersebut iaitu Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion (Pfizer-BioNTech) melalui Program Vaksinasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang juga Pengerusi Pasukan Bertindak Khas PICKids menegaskan bahawa vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak adalah selamat dan berkesan.
Katanya, perkara itu juga turut disokong dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kolej Pediatrik, Academy of Medicine Malaysia pada 20 Januari lalu.
Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Rabu memaklumkan seramai 517,107 kanak-kanak berusia dari lima hingga 11 tahun di Malaysia telah didaftarkan di bawah PICKids.
Menurut beliau, rekod data pada Selasa itu merupakan satu tanda permulaan yang baik ke arah memastikan seluruh masyarakat Keluarga Malaysia dilindungi daripada ancaman COVID-19.
Khairy juga berkata, keutamaan untuk pemberian vaksin pada permulaan program tersebut adalah kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan kerana mereka lebih berisiko untuk dijangkiti COVID-19.
Beliau sebelum itu juga dilaporkan berkata, antara masalah kesihatan dimaksudkan adalah merangkumi penyakit respiratori kronik, kardiovaskular, immunosuppression, kencing manis, penyakit ginjal kronik dan penyakit saraf.
Khairy turut menyatakan bahawa program vaksinasi kanak-kanak memerlukan dua suntikan dos dengan sela masa lapan minggu selepas dos pertama.
Katanya, berdasarkan data terkini yang diperolehi, sela masa yang diberikan antara dua dos itu akan memberi kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan lebih tinggi serta berpotensi memberikan perlindungan yang lebih lama.
Mengulas lanjut, Khairy pada Selasa turut menyatakan harapannya agar hampir separuh kanak-kanak di Malaysia akan mendapat suntikan vaksin COVID-19 menjelang penghujung Februari ini.
Untuk rekod, kes penularan harian kanak-kanak di Malaysia pernah melonjak sehingga melebihi 3,000 pada sekitar Ogos tahun lalu.
Pada masa sama, sektor pendidikan juga dilaporkan terus menjadi penyumbang utama kluster COVID-19 di Malaysia pada tempoh minggu epidemiologi (ME) ke empat tahun ini iaitu 76.4 peratus daripada keseluruhan kluster dikesan di dalam negara.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 03 2022

Dianggarkan seramai 4 juta kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun layak untuk menerima vaksin tersebut. -Gambar hiasan Envato Elements/choreograph

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.