KUALA NERUS: Kerajaan negeri akan memperhebatkan kempen kesedaran vaksinasi untuk kanak-kanak termasuk melalui slot tazkirah di masjid dan surau sepanjang Ramadan kali ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak berkata ini berikutan Terengganu masih berada di kedudukan kedua tercorot dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) sejak ia dilaksanakan pada Februari lepas.
Beliau berkata setakat semalam hanya 12.4 peratus (22,240 orang) daripada 178,700 populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di seluruh Terengganu telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.
"Pelbagai kempen telah dilaksanakan di peringkat kerajaan negeri termasuk melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan kuliah Maghrib mengenai kepentingan vaksin, namun tahap kesedarannya masih sangat rendah.
"Ini kerana mitos yang telah mempengaruhi ibu bapa yang tersebar melalui media sosial sedangkan di Terengganu sendiri tiada lagi kesan sampingan serius dilaporkan berlaku terhadap kanak-kanak yang menerima vaksin itu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Nafas Baru Bermula Ramadan dan Pelancaran Operasi Cakna Undang-Undang Kesihatan Awam Peringkat Negeri Terengganu yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Kasemani Embong di sini hari ini.
Tambahnya walaupun berdepan cabaran besar untuk mengubah minda negatif ibu bapa terhadap vaksin kanak-kanak, kerajaan negeri tetap akan berusaha menggunakan pendekatan lebih berhemah dalam menyantuni mereka.
"Kita berdoa agar ibu bapa ini terbuka hati mereka kerana dengan Fasa Peralihan Ke Endemik sekarang, tiada lagi sekatan atau peraturan ketat untuk majlis sosial yang meningkatkan lagi risiko jangkitan, namun jika ada vaksin ia dapat memberi perlindungan kesihatan anak masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 02 2022
Terengganu masih berada di kedudukan kedua tercorot dalam PICKids sejak ia dilaksanakan pada Februari lepas. - Bernama
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya
Semua mangsa di daerah Marang telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan banjir telah surut.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun
Kesemua mangsa di Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan air telah surut.
Lelaki maut dihempap pokok balak
Seorang lelaki warga Indonesia maut dihempap sebatang pokok balak di kawasan pembalakan Kampung Hulu Paka di sini pada Isnin.
Timbalan pengerusi masjid pula direman kemuka nama penerima zakat tidak layak
Seorang lagi suspek dipercayai terlibat dalam kes mengemukakan senarai nama penerima zakat tidak layak kepada sebuah badan kebajikan swasta April lepas, direman enam hari.
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa 10 negeri sehingga 6 petang - MetMalaysia
Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 3.30 petang ini MetMalaysia memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda seluruh Kelantan, Terengganu dan Pahang.
JDT, Selangor, Terengganu, KL dibenar daftar 12 pemain asing - MFL
Kelab Liga Malaysia (Liga-M) bersaing di peringkat Asia dibenarkan mendaftar maksimum 12 pemain asing berbanding 10 sebelum ini.
SPRM tahan suami bekas pegawai eksekutif GLC disyaki salah guna jawatan
Suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira 4 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Terengganu.
Pemandu bas ekspres didakwa cabul penumpang
Seorang pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencabul seorang penumpang wanita, Jumaat lepas.
Kes cabul atlet Sukma: Bekas jurulatih boling dibebaskan
Seorang bekas penolong jurulatih boling dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis atas dakwaan kes cabul ke atas seorang atlet Sukan Malaysia (Sukma) tujuh tahun lalu.
Kes demam malaria import di Terengganu membimbangkan
Sebanyak 24 kes malaria import yang disebarkan oleh nyamuk tiruk ini membabitkan warga Rohingya, Bangladesh, Pakistan, India dan Papua New Guinea.