KUALA TERENGGANU: Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Terengganu mengeluarkan enam notis dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Kenderaan Persiaran, selama dua hari bermula semalam.
Pengarahnya Mazshida Ruslal berkata notis tersebut dikeluarkan atas dua kesalahan, iaitu menggunakan kenderaan yang tidak dilesenkan sebagai bas pesiaran, serta mengatur dan mengendalikan rombongan pelancongan tanpa lesen agensi pelancongan yang sah.
Beliau berkata notis tersebut dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 35 buah kenderaan termasuk van, bas ekspres, bas catar, bas sekolah dan bas persiaran, di sembilan lokasi yang menjadi persinggahan serta tumpuan pelancong.
"Operasi bersepadu ini disertai oleh 46 penguat kuasa MOTAC, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Operasi menyasarkan kesalahan mengikut Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) serta Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 (Akta 594), bagi menjamin keselamatan pelancong," katanya ketika ditemui pada Op Penguatkuasaan Bersepadu Kenderaan Persiaran di Muzium Negeri Terengganu, di sini hari ini.
Mengulas lanjut Mazshida berkata selain mengesan kesalahan pelancongan, operasi itu juga bertujuan memastikan semua penggiat dan agensi pelancongan mematuhi garis panduan serta peraturan yang ditetapkan.
Beliau berkata hampir setiap hari, pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai pelanggaran terhadap peraturan dan undang-undang akta industri pelancongan.
"Banyak aduan yang kita terima mengenai ketiadaan pemandu pelancong yang menjadi satu kesalahan.
"Perkara ini boleh dikecualikan dengan syarat bas persiaran tersebut memohon dengan MOTAC. Bagaimanapun, ramai pengendali bas persiaran yang malas memohon dan mengambil mudah perkara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2024

Operasi menyasarkan kesalahan mengikut Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) serta Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 (Akta 594), bagi menjamin keselamatan pelancong. - Gambar/ Bernama

KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara
KTMB menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara bagi memenuhi permintaan orang ramai untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri.

RM8 juta peruntukan baik pulih 13 klinik kesihatan di Melaka
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM8 juta bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih di 13 Klinik Kesihatan (KK) di Melaka pada tahun ini.

Alumni PTD gesa tindakan tegas tangani rasuah dalam perkhidmatan awam
Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) menggesa kerajaan untuk melaksanakan langkah yang tegas dan tuntas bagi menangani rasuah dalam sektor awam.

Lebih RM2 bilion peruntukan untuk ATM di Sabah - Mohamed Khaled
Sebanyak RM2.2 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah bagi melaksanakan pelbagai projek meliputi peringkat perancangan, perolehan dan pelaksanaan.
Beri perhatian 10 cadangan projek di Negeri Sembilan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Ekonomi memberikan perhatian khusus kepada 10 cadangan projek keutamaan di Negeri Sembilan, khususnya berkaitan projek tebatan banjir.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan raya
Lintas langsung wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad di Bazar Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman KL
Masyarakat lega beras putih tempatan kembali ke pasaran
Orang ramai menarik nafas lega apabila stok beras putih tempatan yang 'hilang' sejak tahun lalu sudah kembali di pasaraya setempat.
Penjenayah ditembak mati di besut disyaki terlibat edar dadah
Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut, Terengganu awal pagi Ahad terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Polis terima laporan pelajar sekolah didakwa dibuli
Polis menerima laporan daripada tujuh pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan yang mendakwa menjadi mangsa buli pelajar senior dalam satu kejadian pada 8 Mac lepas.
JAIS diarah mulakan semakan tauliah mengajar MAIS - EXCO
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah memulakan semakan sekiranya agamawan atau guru terkait dengan kes mencederakan seorang remaja lelaki di Kajang baru-baru ini memegang sebarang bentuk tauliah mengajar yang diberikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Iftar@KL antara tarikan utama sempena TMM2026 - Khairul Firdaus
Program ini dilihat penting sebagai daya tarikan pelancong kerana ia memperlihatkan keunikan variasi juadah dan sambutan Ramadan di negara ini.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours digantung - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen Syarikat Umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd.

Kes tipu umrah: Pegawai kementerian sudah berkunjung ke pejabat Hejira - Timbalan Menteri MOTAC
Kertas siasatan kes penipuan umrah melibatkan syarikat Hejira Travel & Tours Sdn Bhd telah lengkap.

Tipu umrah: Polis terima 141 laporan libatkan kerugian lebih RM3 juta
Syarikat berkenaan berdaftar dan memperoleh lesen daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menjalankan aktiviti umrah bermula 2023 hingga Mac 2027.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).

MOTAC batal lesen Al Quds Umrah & Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen Syarikat Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd berkuat kuasa 24 Januari lalu.

MOTAC promosi budaya sarapan Malaysia melalui program dianjurkan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan terus memartabatkan budaya sarapan dan makanan warisan negara melalui program dianjurkan.

Tipu umrah: MOTAC teliti wajibkan syarikat pengendali punyai jaminan bank RM250,000
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meneliti secara menyeluruh pelaksanaan mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sekurang-kurangnya RM250,000.