KUALA LUMPUR:Pharmaniaga Bhd yang mampu menyediakan dua juta sebulan vaksin CoronaVac keluaran syarikat farmaseutikal China, Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac); yakin pihaknya akan dapat menampung permintaan harian vaksin yang disasarkan negara nanti.
Timbalan Pengarah Urusannya, Mohamed Iqbal Abdul Rahman berkata syarikat itu telah melabur sejumlah RM3 juta untuk meningkatkan kapasiti sedia ada, dan bersedia untuk menambah pelaburan jika permintaan tinggi diterima bagi vaksin CoronaVac itu.
Katanya sehubungan itu beliau berharap Pharmaniaga akan mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) sekurang-kurangnya April ini bagi membolehkan ia mula mengedar vaksin CoronaVac di Malaysia.
Beliau berkata Pharmaniaga telah menandatangani perjanjian dengan Sinovac untuk membekalkan 14 juta dos vaksin COVID-19 dengan proses pembotolan dibuat di kilang berteknologi tingginya di Puchong, Selangor.
Bercakap dalam program wawancara Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini, Mohamed Iqbal berkata syarikat itu juga telah menandatangani perjanjian untuk membekalkan 12 juta dos vaksin CoronaVac COVID-19 kepada KKM.
BACA: Pharmaniaga beri jaminan vaksin CoronaVac selamat, berkesan dan halal
Jumaat lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dilapokan berkata 600 pusat pemberian vaksin akan dibuka di seluruh negara nanti, dan beliau menjangka 210 suntikan suntikan vaksin dapat diberikan di satu-satu lokasi sehari, sekiranya semua berjalan lancar.
Sementara itu Pengarah Logistik dan Pengedaran syarikat, Abdul Malik Mohamed yang turut menjadi jemputan program berkata, dengan berbekalkan pengalaman 26 tahun, syarikat itu optimis dan bersedia dalam pengendalian pengurusan bekalan vaksin Sinovac, sebaik ia tiba di pintu antarabangsa negara seperti yang dijadualkan.
Katanya syarikat itu mempunyai kemudahan gudang utama dilengkapi dengan bilik sejuk untuk menyimpan vaksin dengan sistem aktif selain sistem sokongan lain sekiranya bekalan elektrik terputus.
"Kami juga mempunyai 'tulang belakang' yang baik dari sudut pengedaran, prosedur operasi standard (SOP) yang sentiasa ditambah baik, dan juga lebih 400 pekerja yang mahir mengendalikan sistem logistik, selain keberadaan gudang di lima lokasi strategik iaitu dua di Lembah Klang, satu di utara dan masing-masing satu di Sabah dan Sarawak.
"Bagi memastikan pengagihan dapat dilakukan dengan pantas dan tepat, pengangkutan kami juga dilengkapi teknologi Internet of Things (IoT), yang akan membolehkan kami menjejaki kedudukan kenderaan sepanjang masa, agar bekalan diterima tepat pada masa," katanya.
Abdul Malik berkata koordinasi antara pembekal vaksin dan pusat penerimaan vaksin atau fasiliti kesihatan, adalah antara perkara yang perlu dititikberatkan untuk mengelak berlaku lambakan stok dan pembaziran vaksin.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan merupakan program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakan di Malaysia dengan 'roll out' pelaksanaannya akan bermula hujung bulan ini.
Beliau dilaporkan berkata jemaah menteri juga telah bersetuju melantik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku menteri penyelaras program vaksinasi yang akan mengetuai satu pasukan petugas khas dalam urusan pelaksanaan program khusus dalam isu logistik dan penyelarasan dengan negeri serta agensi kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 10 2021
![Pharmaniaga yakin dapat tampung permintaan vaksin Pharmaniaga yakin dapat tampung permintaan vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71612323245_Pharmaniaga.jpg)
Pharmaniaga Bhd yakin pihaknya akan dapat menampung permintaan harian vaksin yang disasarkan negara nanti.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Pharmaniaga diklasifikasi sebagai PN17 - Bursa Securities Pharmaniaga diklasifikasi sebagai PN17 - Bursa Securities](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672317357_Pharmaniaga.jpg)
Pharmaniaga diklasifikasi sebagai PN17 - Bursa Securities
Bursa Securities akan terus memantau Pharmaniaga dari segi pematuhannya terhadap Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.
![Stok penimbal ubat kerajaan mula diagihkan ke klinik swasta Stok penimbal ubat kerajaan mula diagihkan ke klinik swasta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646235299_pills.jpg)
Stok penimbal ubat kerajaan mula diagihkan ke klinik swasta
Stok penimbal ubat-ubatan kerajaan yang diuruskan Pharmaniaga Bhd telah diagihkan kepada klinik swasta sejak semalam susulan kekurangan ubat-ubatan tertentu di pasaran.
![Pharmaniaga pasarkan vaksin Sinovac kepada swasta dan sedia bekalkan vaksin tambahan kepada kerajaan Pharmaniaga pasarkan vaksin Sinovac kepada swasta dan sedia bekalkan vaksin tambahan kepada kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626495946_Syarikatfarmaseutik.jpg)
Pharmaniaga pasarkan vaksin Sinovac kepada swasta dan sedia bekalkan vaksin tambahan kepada kerajaan
Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) akan membekalkan vaksin virus COVID-19 Sinovac kepada kerajaan negeri serta pihak swasta.
![COVID-19: Pharmaniaga akan sediakan tambahan dua juta dos vaksin lagi COVID-19: Pharmaniaga akan sediakan tambahan dua juta dos vaksin lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626241210_TBZulkarnainEusop.jpg)
COVID-19: Pharmaniaga akan sediakan tambahan dua juta dos vaksin lagi
Pharmaniaga Bhd sedia memberikan tambahan dua juta dos vaksin COVID-19 seperti yang diminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
![Pharmaniaga yakin dapat tampung permintaan vaksin Pharmaniaga yakin dapat tampung permintaan vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71612323245_Pharmaniaga.jpg)
Pharmaniaga yakin dapat tampung permintaan vaksin
Pharmaniaga Bhd yakin pihaknya akan dapat menampung permintaan harian vaksin yang disasarkan negara nanti.
![Untung sebelum cukai Pharmaniaga susut kepada RM112.72 juta Untung sebelum cukai Pharmaniaga susut kepada RM112.72 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/81455541737_Pharmaniaga.jpg)
Untung sebelum cukai Pharmaniaga susut kepada RM112.72 juta
Perolehan meningkat kepada RM2.19 bilion daripada RM2.12 bilion tahun sebelumnya, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.
Saham Pharmaniaga Bhd terus meningkat
Saham Pharmaniaga Bhd terus meningkat dan muncul sebagai kaunter paling untung sehingga jam 10.55 pagi ini.