Untung sebelum cukai Pharmaniaga Bhd bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2015 susut kepada RM112.72 juta berbanding RM125.58 juta yang dicatatkan pada tempoh sama 2014.
Perolehan meningkat kepada RM2.19 bilion daripada RM2.12 bilion tahun sebelumnya, demikian menurut syarikat dalam satu kenyataan hari ini.
Pharmaniaga berkata bahagian pembuatan merupakan penyumbang utama bagi tahun kewangan berkenaan.
Keuntungan sebelum cukainya naik kepada RM100 juta daripada RM86 juta pada tahun kewangan sebelumnya, katanya.
"Ia didorong oleh pengoptimuman kos dan langkah-langkah kecekapan berterusan dalam keseluruhan kilang pembuatan kumpulan, yang membawa kepada kos pengeluaran dikurangkan," katanya.
Menurut syarikat itu, bahagian logistik dan pengedaran bagaimanapun mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang lebih rendah sebanyak RM12 juta, berbanding RM40 juta in 2014.
"Ini terutamanya disebabkan oleh kurangnya pesanan kerajaan, peningkatan aktiviti promosi, perbelanjaan pengedaran dan penjualan yang lebih tinggi serta pelunasan bagi Pharmacy Information System," katanya.
Pengerusinya Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata keputusan berkenaan memuaskan memandangkan cabaran luar yang pelbagai termasuk kelembapan ekonomi dunia dan kemerosotan ringgit.
"Tahun 2016 akan mencabar memandangkan tekanan ini berterusan, kami akan mengekalkan keazaman untuk mengukuhkan kedudukan dalam rantaian nilai utama sebagai pembekal penyelesaian penjagaan kesihatan bersepadu.
"Mengenai masa hadapan, tentunya terdapat prospek yang cerah untuk diterokai dalam sektor farmaseutikal," katanya.
Bernama
Mon Feb 15 2016

Pharmaniaga berkata bahagian pembuatan merupakan penyumbang utama bagi tahun kewangan berkenaan. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Pelan Arab untuk bina semula Gaza, apa perlu kita tahu?
Apa cabaran di sebalik cadangan Pelan Pembangunan Semula Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dalam Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah baru-baru ini?

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.
Program MBG berpotensi menyebabkan penyelewengan
Program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) yang diperkenalkan kerajaan Indonesia awal tahun ini berpotensi menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam tadbir urusnya.
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.

Sebabkan kematian Syed Muhammad Danial, lelaki kekal dipenjara 16 tahun
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 16 tahun terhadap seorang bekas pekerja teknologi maklumat kerana menyebabkan kematian pengurus bank Syed Muhammad Danial Syed Shakir.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).

Pharmaniaga diklasifikasi sebagai PN17 - Bursa Securities
Bursa Securities akan terus memantau Pharmaniaga dari segi pematuhannya terhadap Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

Stok penimbal ubat kerajaan mula diagihkan ke klinik swasta
Stok penimbal ubat-ubatan kerajaan yang diuruskan Pharmaniaga Bhd telah diagihkan kepada klinik swasta sejak semalam susulan kekurangan ubat-ubatan tertentu di pasaran.

Pharmaniaga pasarkan vaksin Sinovac kepada swasta dan sedia bekalkan vaksin tambahan kepada kerajaan
Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) akan membekalkan vaksin virus COVID-19 Sinovac kepada kerajaan negeri serta pihak swasta.

COVID-19: Pharmaniaga akan sediakan tambahan dua juta dos vaksin lagi
Pharmaniaga Bhd sedia memberikan tambahan dua juta dos vaksin COVID-19 seperti yang diminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Pharmaniaga yakin dapat tampung permintaan vaksin
Pharmaniaga Bhd yakin pihaknya akan dapat menampung permintaan harian vaksin yang disasarkan negara nanti.

Untung sebelum cukai Pharmaniaga susut kepada RM112.72 juta
Perolehan meningkat kepada RM2.19 bilion daripada RM2.12 bilion tahun sebelumnya, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.
Saham Pharmaniaga Bhd terus meningkat
Saham Pharmaniaga Bhd terus meningkat dan muncul sebagai kaunter paling untung sehingga jam 10.55 pagi ini.