CYBERJAYA: Stok penimbal ubat-ubatan kerajaan yang diuruskan Pharmaniaga Bhd telah diagihkan kepada klinik swasta sejak semalam susulan kekurangan ubat-ubatan tertentu di pasaran, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata punca kekurangan ubat-ubatan adalah disebabkan permintaan di luar jangkaan terutamanya ubat demam, batuk dan selesema, jika dibandingkan sebelum tercetusnya pandemik COVID-19.
"Kalau pergi ke klinik swasta dan ada jual Paracetamol yang ada cap KKM (Kementerian Kesihatan), memang kita jual kepada mereka daripada stok penimbal.
"Ada Paracetamol, akan ada sirap batuk (dan) yang ada cap KKM itu memang sah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hematogenix Malaysia iaitu makmal penyelidikan klinikal onkologi pusat yang pertama di Malaysia, di sini hari ini.
Khairy sebelum ini dilaporkan berkata pengagihan ubat-ubatan akan didahulukan kepada klinik-klinik dan hospital swasta yang mengalami kekurangan ubat.
Mengenai situasi jangkitan influenza dalam negara, beliau berkata sebanyak 213 kluster dilaporkan di sekolah rendah dan menengah sehingga Minggu Epidemiologi 29/2022 (17 Jul hingga 23 Jul), 16 kluster di tadika dan 10 kluster di institusi latihan atau kolej.
"Tahun ini ada peningkatan ketara (jangkitan influenza). Ini adalah disebabkan tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disusuli pembukaan sekolah. Ia mendedahkan rakyat terutamanya kanak-kanak yang mungkin tahap imuniti mereka agak rendah, setelah dua tahun berkurung di rumah," katanya.
Mengenai tindakan seorang individu yang mendakwa dirinya seorang doktor di Pahang, Khairy berkata KKM akan membuat laporan polis terhadapnya dan mengambil tindakan sewajarnya.
Tular di TikTok dan Facebook mengenai seorang individu mendakwa dirinya seorang pakar perubatan dalaman UD56 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang dan menerusi mesej tular, lelaki itu didakwa menjual barangan perubatan dengan harga mahal.
Satu semakan menerusi sistem Majlis Perubatan Malaysia (MMC) turut mendapati nama individu itu tiada dalam rekod.
Mengenai status Hospital Cyberjaya, Khairy berkata satu pengumuman mengenainya akan dibuat bulan hadapan.
Pada November tahun lepas, Khairy dilaporkan berkata KKM akan membuka permintaan untuk cadangan (RFP) bagi model pengoperasian Hospital Cyberjaya kepada pakar dan juga syarikat perubatan swasta, termasuk cadangan bagi perolehan perkhidmatan kepada penduduk Cyberjaya yang layak pada kadar hospital kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 22 2022

Khairy berkata punca kekurangan ubat-ubatan adalah disebabkan permintaan di luar jangkaan terutamanya ubat demam, batuk dan selesema, jika dibandingkan sebelum tercetusnya pandemik COVID-19. - Gambar hiasan
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
Insiden di Golok bimbangkan rakyat Malaysia
Orang ramai masih takut memasuki Thailad menjejaskan peniaga Malaysia.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch

Stok penimbal ubat kerajaan mula diagihkan ke klinik swasta
Stok penimbal ubat-ubatan kerajaan yang diuruskan Pharmaniaga Bhd telah diagihkan kepada klinik swasta sejak semalam susulan kekurangan ubat-ubatan tertentu di pasaran.