KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri dan syarikat persendirian kini boleh mendapatkan terus bekalan Sinovac daripada pengedar tunggal vaksin tersebut di Malaysia, Pharmaniaga Berhad.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, syarikat farmaseutikal itu bakal membekalkan tambahan 14 juta vaksin tersebut yang proses 'fill and finish' akan dilakukan di negara ini.
Menurutnya, tempahan itu dibuka selepas diluluskan Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) berikutan permohonan banyak pihak terhadap vaksin berkenaan.
"Permohonan untuk proses pembelian vaksin itu boleh dilakukan terus kepada Pharmaniaga, berkuat kuasa segera.
"Kerajaan sudah memberi kebenaran kepada Pharmaniaga untuk menjual terus kepada kerajaan negeri atau mana-mana syarikat yang mahu mendapatkan bekalan itu.
"Kita yakin dengan ini kita dapat mempercepatkan proses ke arah membentuk imunisasi kelompok," katanya selepas majlis penyerahan kelompok terakhir fasa pertama vaksin Sinovac kepada Kementerian Kesihatan (KKM) di sini pada Rabu.
Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Pharmaniaga sebelum ini membekalkan sebanyak 12.4 juta dos vaksin COVID-19 Sinovac kepada kerajaan untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan kelompok dos terakhir itu dibekalkan kepada KKM hari ini.
Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan Pertahanan menambah, harga bagi vaksin terbabit akan ditentukan kemudian.
Katanya lagi, ada sesetengah negeri, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat dan hospital swasta sudahpun membuat tempahan awal sebelum tempahan dibuka sebelum ini.
Beliau menjelaskan, Pharmaniaga setakat ini sudah membekalkan 14.4 juta vaksin Sinovac kepada KKM termasuk 12.4 juta sudah diterima dan dua juta lagi diluluskan pada 19 Julai lalu.
Menurutnya, tambahan dos vaksin itu ada dalam simpanan Phamaniaga dan dijangka diserahkan kepada KMM dalam masa terdekat.
"Dengan adanya tambahan dua juta lagi vaksin berkenaan, ia bermakna 22.5 peratus penduduk diberikan vaksin Sinovac.
"Pada masa ini 20 peratus penduduk sudah menerima vaksin berkenaan," katanya.
Beliau turut menegaskan, vaksin Sinovac adalah dijamin halal dan meminta orang ramai tidak mempercayai dakwaan mengenai status halal vaksin itu.
Umavathi Ramayah
Wed Jul 21 2021
Ismail Sabri Yaakob (dua dari kiri) berkata, Pharmaniaga bakal membekalkan tambahan 14 juta vaksin tersebut yang proses 'fill and finish' akan dilakukan di negara ini. - Gambar BERNAMA
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Pengawal keselamatan ditahan, kes surat palsu guna nama TPM
Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang dikesan dihantar kepada individu di Sarawak.
TPM Ahmad Zahid lakukan lawatan rasmi ke UAE bermula 13 Nov
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 13 hingga 19 November ini.
MoU peruntukan pembangkang: Hanya Muar beri jawapan, maklum balas - Fadillah
Rundingan secara kumpulan besar iaitu Perikatan Nasional (PN) sudah tertutup namun beliau terbuka sekiranya ada individu dari blok itu yang mahu berunding.
Belanjawan 2025 mengangkat martabat, junjung hak rakyat - Fadillah
Fokus utama belanjawan adalah kesejahteraan rakyat dengan tumpuan kepada perlindungan golongan rentan, menambah baik prasarana asas dan menangani ketirisan.
Ahmad Zahid tiba di China, hadiri GPSCFL esok
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Bandar Lianyungang, Wilayah Jiangsu, China hari ini bagi lawatan kerja lima hari ke republik itu hingga 12 Sept.
Fadillah tiba di Peru untuk hadiri mesyuarat menteri-menteri tenaga APEC 2024
Timbalan Perdana Menteri Fadillah akan mengetengahkan pendirian Malaysia dalam melaksanakan usaha peralihan tenaga negara.
Kematian Ismail Haniyeh kehilangan besar dunia Islam - Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian pemimpin Hamas Ismail Haniyeh sebagai satu kehilangan besar buat dunia Islam.
Banci Pertanian 2024: Pengukuhan sistem statistik pertanian negara
Pelaksanaan Banci Pertanian dapat mewujudkan kerangka data pertanian yang merangkumi pelbagai aspek.
Kerajaan komited sokong e-sukan, cadang bina stadium khas - TPM Zahid
Kerajaan menyatakan komitmen dan sokongan terhadap industri sukan elektronik (e-sukan) termasuk berhasrat memberi pengiktirafan sewajarnya.
TPM Fadillah, Ahmad Zahid ucap Selamat Hari Bapa
Timbalan Perdana Menteri Fadillah ucap Selamat Hari Bapa yang disambut hari ini kepada semua insan yang bergelar bapa.