KUALA LUMPUR: Syarikat farmaseutikal gergasi negara, Pharmaniaga Berhad mencatatkan keuntungan selepas cukai enam kali ganda pada suku keempat tahun 2021 iaitu sebanyak RM172 juta berbanding RM26 juta pada 2020.
Perkara itu dimaklumkan syarikat berkenaan dalam taklimat prestasi kewangan Pharmaniaga Berhad suku keempat kepada media secara maya pada Isnin.
Lonjakan itu didorong peningkatan 77 peratus keuntungan daripada pembekalan vaksin Sinovac serta sumbangan konsesi kumpulan, bukan kumpulan dan operasi di Indonesia kepada RM4.8 billion berbanding RM2.7 billion tahun sebelumnya
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga, Datuk Zulkarnain Md Eusope, peningkatan keuntungan selepas cukai kumpulan kepada RM85 juta itu menunjukkan pemulihan ketara daripada kerugian bersih RM7 juta yang dicatatkan tahun lalu.
Dalam pada itu, jelasnya, kumpulan terbabit dijangka mengembangkan pasaran produk farmaseutikal ke peringkat antarbangsa terutama di rantau Asia Tenggara, Afrika dan Eropah.
"Pharmaniaga Berhad mensasarkan strategi pengembangan perniagaan di peringkat pasaran antarabangsa. Kami telah memulakannya dengan mengeksport 30,000 dos vaksin Sinovac ke Myanmar dan ketika ini sedang berunding dengan negara lain termasuk Afrika.
"Kami mensasarkan rundingan ini akan dimuktamadkan separuh pertama tahun ini. Kami mempunyai lebih daripada 320 produk yang diluluskan yang kami keluarkan pada masa ini di kilang kami dan apabila produk ini didaftarkan di negara tersebut, ia boleh dieksport.
"Kami menjangka usaha ini akan dicapai dalam tempoh dua hingga tiga tahun dan akan bekerja rapat dengan rakan kongsi antarabangsa yang ditubuhkan di wilayah tersebut," jelas beliau.
Tambahnya, Pharmaniaga juga telah menjalin kerjasama dengan beberapa syarikat terkenal seperti Serum Institute of India, SK Bioscience Korea, Sinovac China dan Bionet Asia Thailand.
"Kami juga akan memperkukuhkan Bahagian Hal Ehwal Kawal Selia dengan menubuhkan Kumpulan Penasihat Saintifik baharu yang terdiri daripada saintis terkenal dunia dan nama mereka akan diumumkan tidak lama lagi," kata Zulkarnain lagi.
Fareez Azman
Mon Feb 21 2022
![Pharmaniaga catat untung RM172 juta selepas cukai pada suku keempat 2021 Pharmaniaga catat untung RM172 juta selepas cukai pada suku keempat 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-01/81485254003_PharmaNiaga.jpg)
Pharmaniaga Berhad mencatatkan keuntungan selepas cukai enam kali ganda pada suku keempat tahun 2021 iaitu sebanyak RM172 juta berbanding RM26 juta pada 2020. - Gambar fail
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Pharmaniaga lantik Zulkarnain Md Eusope sebagai Pengarah Urusan Pharmaniaga lantik Zulkarnain Md Eusope sebagai Pengarah Urusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598590930_zulkarnainmdeusope.jpg)
Pharmaniaga lantik Zulkarnain Md Eusope sebagai Pengarah Urusan
Zulkarnain memulakan kerjaya pada 1991 sebagai jurutera elektrik dengan TNB sebelum menyertai EPE Power Corporation Bhd sebagai pengurus projek.