PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan petisyen pilihan raya yang difailkan Barisan Nasional (BN) untuk mencabar keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Gua Musang dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli membenarkan rayuan Mohd Azmi Mahmood, wakil bagi calon Barisan Nasional Tengku Razaleigh Hamzah, untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan petisyen pilihan raya tersebut.
Abdul Rahman mengarahkan petisyen itu dibicarakan penuh di hadapan hakim lain dan menetapkan 26 Jun untuk sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi Kota Bahru.
Dalam keputusan sebulat suara mahkamah, Abdul Rahman berkata hakim Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan bahawa petisyen itu difailkan di luar masa.
Beliau juga berkata mahkamah berpuas hati bahawa pempetisyen (Mohd Azmi) telah memenuhi keperluan di bawah peraturan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Dua lagi hakim ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Nordin Hassan.
Mohd Azmi memfailkan petisyen itu, dalam usaha untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi kerusi Parlimen Gua Musang yang dimenangi calon PAS-Bersatu Datuk Mohd Azizi Abu Naim, yang menewaskan Tengku Razaleigh dengan 1,826 undi.
PRU15 diadakan pada 19 Nov tahun lepas.
Sementara itu, panel Mahkamah Persekutuan yang sama hari ini menolak rayuan Naib Ketua Umno Bahagian Putrajaya Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim untuk mengembalikan semula petisyen pilihan raya, yang difailkan untuk mencabar keputusan PRU15 bagi kerusi Parlimen Putrajaya, ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.
Berikutan keputusan mahkamah itu, Naib Presiden Bersatu Datuk Dr Radzi Jidin mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Putrajaya.
Abdul Rahman berkata tiada merit dalam rayuan Ahmad Faisal kerana perkara yang dirayu oleh pempetisyen dalam petisyen itu tidak mempunyai butiran terperinci. Beliau mengarahkan Ahmad Faisal membayar kos guaman sebanyak RM30,000.
Ahmad Faisal memfailkan petisyen pilihan raya itu untuk mencabar keputusan PRU15 bagi kerusi Parlimen Putrajaya yang dimenangi Mohd Radzi.
Mohd Radzi menewaskan penyandang empat penggal kerusi Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada BN dengan majoriti 2,310 undi dalam pertembungan enam penjuru.
Dua Mahkamah Tinggi, masing-masing telah membatalkan kedua-dua petisyen pilihan raya itu selepas membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan Mohd Radzi dan Mohd Azizi.
Pada 10 Mac lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Mohd Radzi untuk membatalkan petisyen itu selepas memutuskan Ahmad Faisal gagal membuktikan amalan rasuah dilakukan oleh Radzi atau ejennya.
Sementara itu, pada 26 Feb lepas, Mahkamah Tinggi Kota Bahru menolak petisyen Mohd Azmi selepas memutuskan petisyen itu difailkan di luar tempoh masa yang dibenarkan iaitu 28 hari seperti yang ditetapkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Peguam Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun mewakili Mohd Azmi dan Ahmad Faisal manakala peguam Yusfarizal Yussoff mewakili Mohd Azizi dan Mohd Radzi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023

Abdul Rahman mengarahkan petisyen itu dibicarakan penuh di hadapan hakim lain dan menetapkan 26 Jun untuk sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi Kota Bahru. -Gambar fail/Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Mahkamah kekalkan hukuman penjara 35 tahun, 12 sebatan, bunuh kanak-kanak
Hakim berkata mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13-14 Mac dengar rayuan akhir
Pengurusan kes berlangsung hari ini, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mahyun Yusof.

Permohonan kerajaan batal saman Hindraf didengar hakim lain 14 Mei
Permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula difailkan Hindraf berhubung pembatalan pendaftaran persatuan itu akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain, 14 Mei ini.

Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.

Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.

Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum
Mereka telah menamakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.

Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari
Peguam Loh iaitu A.Srimurugan mengesahkan tarikh itu kepada Bernama selepas pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Norazimin Kassim,

Bekas Peguam Negara Idrus Harun antara Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu
Mereka dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.