ALOR SETAR: Seorang petani maut manakala dua lagi cedera parah selepas dua kenderaan bertembung dalam kemalangan di Jalan Kampung Padang Gelanggang, di Ayer Hitam dekat Kubang Pasu awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Rodzi Abu Hassan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Sofberi Sharif, 38, manakala dua mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Hananie Hassim, 28, dan seorang lelaki bekerja sebagai pembantu kedai makan berumur 29 tahun.
Beliau berkata kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta jenis Grand Livina yang dipandu pembantu kedai makan itu, memasuki ke laluan bertentangan selepas cuba memotong sebuah lori di hadapannya, sebelum melanggar bahagian hadapan sebelah kanan kereta Iswara dipandu Ahmad Sofberi.
"Akibat pelanggaran Ahmad Sofberi dan penumpang keretanya Hananie cedera parah akibat tersepit, sebelum dapat dikeluarkan dari kenderaan oleh pihak Bomba, namun petani ini kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rodzi berkata pemeriksaan lanjut terhadap kereta Grand Livina itu mendapati kereta itu dipenuhi muatan daun ketum dianggarkan 500 kilogram dan pihaknya mengesyaki pembantu kedai makan itu cuba menyeludup daun ketum itu.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Jitra untuk bedah siasat selepas ujian saringan COVID-19 dilakukan, manakala Hananie yang cedera pada kaki kanan dan kiri serta dalam kepala selain luka di muka dan pembantu kedai makan yang patah kaki kanan serta luka pada tangan kanan dan dagu juga dihantar di hospital sama untuk rawatan.
Katanya siasatan akan diteruskan dan kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022

Seorang petani maut manakala dua lagi cedera parah selepas dua kenderaan bertembung dalam kemalangan di Jalan Kampung Padang Gelanggang, di Ayer Hitam dekat Kubang Pasu awal pagi tadi.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.

Taiwan pergiat usaha takai iguana pada 2025
Chiu Kuo-hao berkata, iguana hijau kini direkodkan di seluruh Taiwan selatan dan sejauh utara Taichung.

Kerajaan kaji bantuan bersesuaian ringan beban petani terjejas banjir
Kerajaan komited untuk mengkaji jenis bantuan yang bersesuaian bagi meringankan beban petani yang terkesan akibat banjir.

Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.

Petani, penternak di Johor digesa guna teknologi terkini - Exco
Teknologi moden boleh diaplikasikan dalam semua peringkat bermula daripada semaian hingga tuaian hasil.

Penyasaran subsidi diesel: Kerajaan pergiat usaha tingkatkan kefahaman, elak kenaikan harga
Perkara pertama perlu diperjelas adalah permohonan skim penyasaran bahan api bagi golongan petani tidak hanya terhad kepada skim BUDI Agri-Komoditi.

KPDN serah kepada KPKM teliti semula penyasaran subsidi diesel libat petani
KPDN menyerahkan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk meneliti semula penyasaran subsidi diesel yang melibatkan petani.

Cuaca panas: Penternak, petani ambil langkah waspada
Cuaca panas dengan suhu mencecah 37 hingga 40 darjah Celsius di negeri Kedah memaksa penternak dan pesawah lebih berhati-hati dalam menjalankan aktiviti penternakan serta pertanian.

Padi 'tidak menjadi' akibat cuaca panas - Petani
Petani terkesan dengan suhu panas sejak sebulan lepas dan paling tinggi baru-baru ini sehingga padi menjadi ringan dan kering.

Kenaikan harga lantai belian padi bantu petani di Kedah
Seorang petani berkata, walaupun hasil tuaian padi sedikit berkurangan musim ini, kenaikan harga lantai mengurangkan kerugian dihadapi.