KUALA LUMPUR: Peneraju industri menyambut baik penarikan larangan perjalanan antara negeri dan luar negara, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad.
Perdana Menteri berkata mulai Isnin, perjalanan antara negeri kini dibenarkan di semua negeri di seluruh Malaysia selepas kadar vaksinasi COVID-19 bagi populasi orang dewasa di negara ini mencecah 90 peratus.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Leon Foong, syarikat itu menghargai usaha Kementerian Kesihatan, petugas hadapan dan orang ramai atas sumbangan mereka dalam memenuhi garis masa yang ditetapkan bagi memastikan 90 peratus orang dewasa Malaysia diberi vaksin sepenuhnya.
"Pelancongan dan perjalanan telah terbukti berdaya tahan sebelum ini dan saya yakin, dengan sokongan kerajaan serta kementerian yang berkaitan, kita akan pulih dan berkembang maju secara ekonomi, sosial serta kelestarian alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan.
Foong menjelaskan ketika ekonomi dibuka dan perjalanan antara negeri dibenarkan semula, syarikat tersebut yakin akan ada lonjakan besar dalam pelancongan domestik, ditambah pula dengan peningkatan permintaan untuk pengangkutan darat.
Syarikat itu menawarkan akses sementara ke kereta persendirian, melalui perkhidmatan perkongsian kereta seperti SOCAR atau pasaran perkongsian kereta individu ke individu (P2P) seperti TREVO, sekali gus memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang ingin menggunakan kereta untuk berulang-alik atau bagi perjalanan yang lebih lama.
"Berdasarkan corak permintaan di negara lain, kami menjangkakan kenaikan permintaan yang pesat, dan saat ini sedang berusaha membangunkan pangkalan penawaran yang dapat dipercayai ketika perjalanan antara negara dibuka kembali," tambahnya.
Sementara itu, Naib Presiden dan Ketua OYO Malaysia dan Singapura, Tan Ming Luk berkata syarikat itu komited bagi terus menyokong pelancongan disamping untuk pembukaan dan pemulihan negara sepenuhnya.
"Semua hotel rakan kongsi OYO sedia terbuka dan siap untuk melayan pengunjung di seluruh Malaysia. Kakitangan di hotel rakan niaga OYO telah diberi vaksin sepenuhnya, yang dapat dijamin melalui program OYO VaccinAid," katanya lagi.
"Walaupun tumpuan negara adalah pada kelestarian sektor pelancongan, kami akan terus merancang pemulihan yang lebih mantap dalam fasa pembangunan semula endemik ini," tambahnya.
Sementara itu, Malaysia Airlines menawarkan tambang penerbangan serendah RM59 sehala dan diskaun sehingga 50 peratus untuk pakej MHholiday ketika negara ini meraikan pengumuman kelonggaran perjalanan antara negeri.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kapten Izham Ismail berkata penghapusan larangan perjalanan antara negeri akan memberi dorongan kepada perniagaan dan meningkatkan sosioekonomi mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.
"Kami melihat tempahan ke hadapan yang positif, ini mencerminkan keyakinan pelanggan dan permintaan yang kukuh bagi perjalanan dengan Malaysia Airlines. Malaysia Airlines mencatatkan kenaikan lebih daripada 500 peratus dalam tempahan penerbangan kami di dalam negeri, tempahan tertinggi selepas pembukaan semula Langkawi,'' katanya.
Selain itu, kata Izham, cabang operasi pelancongannya, MHholidays, juga menunjukkan trend menaik dengan pakej percutian terjual lebih daripada 100 peratus berbanding sasaran.
"Malaysia Airlines tetap komited untuk berkhidmat kepada negara dan akan meningkatkan frekuensi domestik kami bagi memenuhi permintaan pelanggan yang sedang menokok," tambah Izham.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 10 2021
Ketika ekonomi dibuka dan perjalanan antara negeri dibenarkan semula, syarikat tersebut yakin akan ada lonjakan besar dalam pelancongan domestik, ditambah pula dengan peningkatan permintaan untuk pengangkutan darat. -Gambar hiasan/Bernama
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya.
PM Jepun Ishiba adakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Khamis.
Dua maut, seorang cedera kemalangan tiga motosikal di Tanah Merah
Dua maut manakala seorang cedera ringan selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah.
[TERKINI] Mayat dalam but kereta, pemandu lori didakwa membunuh
Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah majistret Mersing atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dalam but kereta bulan lalu.
tenaga kerja, buruh, teknologi, masa depan pekerjaan, Buletin AWANI
Profesor Sumber Manusia & Hubungan Industri, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Balakrishnan Parasuraman mengupas berkenaan masa depan tenaga kerja negara termasuk melihat kepada cabaran, peluang dan ruang penambahbaikan.
Pasang kamera papan pemuka untuk tingkat keselamatan jalan raya - Lee
Pemilik kenderaan di negara ini digesa untuk memasang kamera papan pemuka (dashcam) sebagai langkah keselamatan penting.
Pemandu lori didakwa bunuh lelaki, mayat ditemukan dalam but kereta
Hasbullah didakwa membunuh Shakirin di tepi jalan KM48, Jalan Jemaluang Kahang, antara 6.10 pagi 26 Dis 2024 dan 1.50 tengah hari 28 Dis 2024.
Malaysia akan fokuskan kepimpinan ekonomi berasaskan nilai - PM
Langkah itu mencerminkan komitmen Malaysia sebagai peneraju kepimpinan ekonomi berasaskan nilai.
Anak Shin Tae-yong dedah sebab bapanya pilih Indonesia
Anak bekas pengendali Indonesia, Shin Jae-won, berkongsikan perasaannya yang berasa hiba selepas tempat ayahnya, Shin Tae-yong digantikan.
ASEAN perlu berupaya pacu pertumbuhan ekonomi global - PM
Tegas Anwar, ASEAN tidak lagi boleh sekadar menjadi pemerhati, tetapi perlu menjadi peneraju dalam membentuk hala tuju ekonomi serantau.
Lebih 35 juta pelancong kunjungi Thailand pada 2024
China kembali menjadi sumber utama pelancong ke Thailand dengan lebih daripada enam juta pelawat pada tahun lalu, diikuti oleh Malaysia dan India.
Terengganu catat 7.8 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 4.5 juta
Terengganu mencatatkan kedatangan seramai 7.8 juta pelancong sepanjang tahun ini, sekali gus melepasi sasaran yang ditetapkan sebanyak 4.5 juta orang.
PM Anwar mahu lebih banyak produk pelancongan papar kisah legenda, sejarah tempatan
Anwar kagum dengan kreativiti Dream Forest Langkawi dalam mempamerkan keunikan Pulau Langkawi dan memaparkan legenda serta mitos tempatan, yang merupakan sebahagian daripada warisan negara.
Hab produk halal diperluas kepada industri pelancongan
Produk halal perlu dikembangkan kepada sektor pelancongan dan dimanfaatkan oleh usahawan serta syarikat yang berada dalam industri halal.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Sarawak diunjur catat pertumbuhan 5-6 peratus pada 2024 - Abang Johari
Sarawak diunjur mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada 2024 berikutan permintaan luar yang kukuh, peningkatan aktiviti dalam negeri dan tekanan inflasi yang berkurangan.
Sabah rancang bida penganjuran Kongres Dunia IFLA 2031 - Dr Joachim
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah serta ILAM merancang untuk menyertai Kongres Dunia FLA 2025 di Perancis tahun depan.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Belanjawan 2025: Terengganu tumpu naik taraf kemudahan pelancongan utama
Kerajaan Terengganu memberi tumpuan khusus kepada usaha menaik taraf kemudahan di destinasi pelancongan utama termasuk pulau-pulau peranginan.