KUALA LUMPUR: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meminta orang ramai tidak menyebarkan imej atau video mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat dekat Elmina, Shah Alam, Selangor, petang tadi.
Beliau berkata, tindakan itu bagi menghormati keluarga mangsa yang sedang dalam kesedihan.
“Saya juga menyeru agar orang ramai tidak menyebarkan imej atau video mangsa ketika kemalangan bagi menghormati keluarga mangsa yang sedang dalam kesedihan,” tulisnya di Facebook.
Dalam satu kenyataan, beliau menzahirkan kesedihan dan dukacita kerana dimaklumkan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun antara salah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas itu.
Mewakili Kerajaan Pahang, beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta keluarga semua mangsa yang terbabit dalam nahas itu.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan Pahang kehilangan seorang pemimpin yang telah banyak menaburkan khidmat bakti untuk rakyat di negeri ini.
Sementara itu, beliau turut berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama para syuhada dan solihin.
Faida Rahim
Thu Aug 17 2023

Mewakili Kerajaan Pahang, Wan Rosdy merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Johari serta keluarga semua mangsa yang terbabit dalam nahas itu. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Perang dagang tidak halang pertumbuhan sektor teknologi
Sektor teknologi diramal masih mampu berkembang kukuh, walaupun wujud ketidaktentuan susulan perang dagang amerika syarikat dan china, kata penganalisis

Kes Syed Saddiq: 'Saya hadir sebagai seorang sahabat' - Bella Astilah
Bella Astilah akan hadir ke Mahkamah Rayuan mengikuti prosiding kes membabitkan Syed Saddiq.
TNB terus kekal sebagai pelaburan stabil
Tenaga Nasional Bhd (TNB) dilihat sebagai pelaburan stabil berikutan daya tahan pendapatannya selain penilaian yang sederhana di sebalik ketidaktentuan pasaran

Harga RON97 dan RON95 kekal, diesel di Semenanjung turun tiga sen
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Syarikat OGSE perlu jalin kersama strategik sesama mereka
Ada keperluan untuk syarikat-syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) di Malaysia, menjalin kerjasama strategik sesama mereka

Boling: Muhammad Hafiz sedia pertahan gelaran di Terbuka Malaysia 2025
Muhammad Hafiz menganggap usahanya untuk mempertahankan gelaran dalam Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia 2025, sebagai pertarungan antara dirinya dan jatuhan pin.
Sektor Perdagangan Runcit Meningkat 8.2% pada Januari 2025
Pada Januari 2025, sektor perdagangan runcit Malaysia mencatatkan pertumbuhan 8.2% tahun ke tahun, mencerminkan permulaan yang positif untuk tahun ini. Peningkatan perbelanjaan dalam kategori makanan, minuman, tembakau, dan kedai bukan khusus menjadi pendorong utama, meskipun ada penyesuaian dasar seperti harga diesel yang lebih tinggi. MIDF Research optimis terhadap daya beli pengguna, yang didorong oleh kestabilan pasaran pekerjaan dan sokongan dasar kerajaan. Selain itu, sektor pelancongan yang berkembang pesat dan peningkatan kedatangan pelancong antarabangsa memberikan potensi besar untuk perniagaan berfokuskan pengguna.
AI, E-Dagang pacu kestabilan sektor logistik domestic
Sektor logistik domestik dijangka kekal stabil pada 2025, dengan dipacu pertumbuhan E-Dagang dan kitaran menaik teknologi global yang dipacu permintaan kecerdasan buatan (AI)
10 serangan AS sasar kawasan di Yaman
Sekurang-kurangnya 10 serangan Amerika Syarikat (AS) menyasarkan kawasan di Yaman, termasuk ibu kota Sanaa pada awal pagi Rabu.
Skim harga barangan sempena Aidilfitri bermula 24 Mac
Kerajaan akan melaksanakan skim kawalan harga maksimum musim perayaan sempena musim Aidilfitri selama 15 hari bermula 24 Mac hingga 7 April depan.

Negeri Sembilan giat perkasa industri ternakan, jangka tingkat bekalan daging 15 peratus
Kerajaan Negeri Sembilan sedang giat memperkasakan industri penternakan bagi meningkatkan SSR daging tempatan menerusi kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan agensi berkaitan.

Anwar harap kementerian, agensi bertindak segera pastikan kelancaran projek di Pulau Pinang
Anwar menzahirkan harapan agar setiap kementerian dan agensi memberi perhatian khusus dan bertindak segera dalam memastikan pelaksanaan projek-projek di Pulau Pinang secara berkesan.

Isu had tempoh jawatan PM perlu dihujah dengan adab, bukan konotasi negatif
Isu mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun perlu dihujahkan dengan adab dan wibawa yang tinggi.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Mac 2025.

Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan salam Nuzul Quran
Sultan Pahang dan Tengku Ampuan menzahirkan ucapan selamat menyambut hari Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada rakyat negeri ini.

Ainon setuju turunkan hantaran hina nabi, sedia mohon maaf - JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengadakan pertemuan dengan pemilik akaun Facebook Ainon Mohd susulan hantaran menghina Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.

Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing kukuhkan hubungan diplomatik Malaysia
Pelaksanaan Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 dapat mempromosi dan mengukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara-negara asing lain.

Projek landasan berkembar elektrik Gemas-JB lonjak sistem pengangkutan rel negara
Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) merupakan satu lonjakan besar dalam sistem pengangkutan rel negara, khususnya di selatan tanah air.

Gobind ikrar perkukuh asas, hala tuju DAP
Pengerusi DAP Kebangsaan yang baharu dilantik Gobind Singh Deo berikrar akan mengutamakan usaha bagi mengukuhkan asas dan hala tuju parti.

PM Anwar arah PTPTN bentang cadangan penambahbaikan, tingkat bayaran balik
Anwar mengarahkan pihak pengurusan PTPTN untuk membentangkan cadangan penambahbaikan bagi mempertingkatkan kadar pembayaran balik tanpa membebankan peminjam, selepas Aidilfitri ini.