Sebuah pesawat ringan yang sedang menjalankan operasi meracun ulat bungkus di Felda Keratong 2 dekat sini ditemui terhempas berhampiran Ladang Kampung Melati, Muadzam Shah di sini.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azli Mohd Noor berkata bagaimanapun, juruterbang pesawat berkenaan, Barry Allen Foster, 66 tahun, daripada Australia tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
"Ketika kejadian pesawat milik syarikat Woorayi Air Services itu sedang menjalankan kerja-kerja meracun di ladang Felda Keratong 2.
"Bagaimanapun pesawat berkenaan hilang kawalan menyebabkannya terhempas tetapi juruterbang tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.18 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam serta polis dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 48km daripada balai.
"Mereka menemui pesawat itu di ladang kelapa sawit Tabung Haji di Kota Bahagia berhampiran Kampung Lubuk Batu.
"Pihak bomba juga membuat pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan tiada sebarang punca api yang boleh menyebabkan kebakaran di ladang sawit berkenaan," katanya.
Noraniza Kamsani
Sun Feb 25 2018
Pasukan penyelamat bersama mangsa pesawat terhempas, Barry Allen Foster. - Foto ihsan JBPM
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi Malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Kebakaran hutan simpan Pekan tak membimbangkan
Kebakaran Hutan Simpan Pekan tidak membimbangkan dan di dalam pemantauan pihak Bomba, Jabatan Perhutanan serta Jabatan Alam Sekitar.
Pesawat terhempas di Muadzam Shah
Sebuah pesawat ringan yang sedang menjalankan operasi meracun ulat bungkus di FELDA Keratong 2 ditemui terhempas berhampiran Ladang Kampung Melati, Muadzam Shah.