Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang bagi tujuan penerbangan rekreasi.
Berikut adalah kronologi dan fakta insiden tersebut.
13 FEBRUARI 2024
1.28 PETANG
- Berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang bagi penerbangan rekreasi
- Terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat
1.35 PETANG
- Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara
- Tiada panggilan kecemasan diterima
- Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan serta merta untuk mengenal pasti lokasi pesawat
5.00 PETANG
- Usaha mencari mangsa melibatkan 800 meter dari lokasi pesawat terhempas
- Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan pesawat sedang menjalani latihan penerbangan rekreasi ketika insiden manakala juruterbang maut dikenalpasti sebagai sebagai Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantunya, Roshaan Singh Raina, 42
- Kedua-dua mangsa berada dalam kokpit pesawat yang terbenam kira-kira dua meter
- Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk proses bedah siasat (post-mortem)
- Keluaran sebuah syarikat pesawat di Itali, iaitu Blackshape yang merupakan satu-satunya pesawat yang direka khusus untuk tujuan latihan sejak 50 tahun lalu
- Pesawat dua tempat duduk ini mendapat pensijilan daripada Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) pada 2019
- Kelajuan maksimum pesawat ini ialah 296 kilometer sejam (km/j)