ALOR SETAR:Seorang pesawah kerugian RM30,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mengatakan mangsa kononnya terlibat dalam penyelewengan wang dan sindiket dadah, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah Supt Elias Omar berkata mangsa, lelaki berusia 37 tahun dari Tikam Batu, Sungai Petani pada mulanya dihubungi seorang individu yang mendakwa sebagai pegawai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cyberjaya.
"Suspek telah memperkenalkan diri sebagai 'Encik Khairul Anwar' yang mengaku sebagai pegawai LHDN cawangan Cyberjaya dan suspek telah memberitahu mangsa bahawa dia (mangsa) mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM39,800.90.
"Suspek juga memberitahu mangsa bahawa namanya telah disalahgunakan oleh individu lain untuk pendaftaran syarikat di Kuantan, Pahang sebelum menyambungkan panggilan mangsa kepada seorang lagi suspek yang menyamar sebagai anggota polis di Kuantan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Elias berkata, suspek kedua itu kemudian telah menyoal siasat mangsa dan memaklumkan mangsa kononnya secara tidak langsung terlibat dalam kegiatan penyelewengan wang serta sindiket dadah.
Katanya, suspek kemudian mengarahkan mangsa memindahkan semua wang daripada tiga akaun milik mangsa ke dalam satu akaun sahaja sebelum meminta mangsa memberikan nombor akaun bank, nombor kad debit dan butiran perbankan.
Menurutnya, mangsa menyedari ditipu selepas membuat semakan ke atas akaun bank miliknya dan mendapati sebanyak RM30,000 telah dipindahkan ke akaun pihak ketiga.
"Mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Petani semalam dan satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Sehubungan itu, Elias menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan panggilan yang diterima oleh pihak yang mendakwa daripada agensi kerajaan atau bank yang meminta maklumat akaun bank kononnya bagi tujuan siasatan atau lain-lain.
"Sindiket jenayah selalunya menggunakan modus operandi sedemikian untuk tujuan penyamaran dan menipu mangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 30 2020

Mangsa, lelaki berusia 37 tahunpada mulanya dihubungi seorang individu yang mendakwa sebagai pegawai daripada LHDN Cyberjaya. -Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pelarasan harga lantai belian padi langkah berani perkukuh ekonomi pesawah
Ia disifatkan satu langkah strategik yang boleh memperkukuh pendapatan pesawah, sekali gus memastikan keterjaminan makanan negara.

Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.

Pelarasan harga lantai belian padi imbangi kos ditanggung pesawah
Katanya, keputusan itu membuktikan kerajaan cakna dan memandang berat keluhan pengusaha di akar umbi yang terkesan dengan kenaikan harga.

Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.

PDRM ketatkan prosedur keselamatan sempena lawatan Presiden Indonesia esok
Prosedur keselamatan tersebut diambil susulan terdapat pertindihan tarikh dan waktu dengan kunjungan 1,000 pesawah ke Putrajaya esok.

Setiap isu padi, beras perlu dirujuk kepada pihak berautoriti - KPKM
KPKM hari ini menegaskan setiap isu berkaitan padi dan beras hendaklah dirujuk kepada pihak berautoriti bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat.

Lebih 44,000 pesawah MADA terima bantuan BKST Fasa 2
Sebanyak 44,139 orang pesawah di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akan menerima Bantuan Khas Sumbangan Tunai (BKST) Fasa 2 membabitkan peruntukan berjumlah lebih RM26.48 juta.

Pesawah disaran daftar Skim Takaful Tanaman Padi
Kerajaan telah sediakan peruntukan RM50 juta bagi bayaran premium STTP tahun ini dan petani hanya perlu mendaftar untuk menerima faedah.

Negeri Sembilan perkenal insentif galakan padi
Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan insentif galakan padi di bawah peruntukan negeri untuk mengalakkan pesawah menjual hasil padi mereka kepada pusat belian tempatan di negeri itu.

Pesawah digalak tingkat tanaman padi spesial
KPKM menggalakkan pesawah mengusahakan tanaman padi spesial kerana ia mempunyai nilai komersial dan harga jualan yang lebih tinggi berbanding beras putih biasa.