PUTRAJAYA: Seorang pesawah berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan di sini hari ini untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara tujuh tahun kerana menyebabkan kecederaan teruk kepada rakan sekampung sementara menunggu keputusan rayuan terakhirnya dengan memetik kes Datuk Seri Najib Tun Razak.
Peguam Mohd Azrul Hasyimi Mohamad yang mewakili Mohamad Faiz Mohd Ruseli telah memetik kes Najib yang disabitkan dengan tujuh pertuduhan rasuah membabitkan dana SRC International Sdn Bhd tetapi diberi penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuannya selesai.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Hashim Hamzah bersetuju membenarkan permohonan Mohamad Faiz untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.
"Kami bersetuju hukuman ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan terhadap sabitan dan hukuman," kata Kamaludin.
Mohamad Faiz dibenarkan diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri di balai polis Binjai di Kota Baru, Kelantan, dua minggu sekali sehingga rayuannya didengar.
Pada 28 Julai 2020, Mohamad Faiz, 25, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Nus Hassan, 42, di Kg Tambak Banggu, Kota Bharu, Kelantan pada 7 malam pada 26 Jun 2019.
Hakim Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan memerintahkan dia dikenakan dua sebatan tetapi membenarkan permohonan Mohamad Faiz untuk penangguhan pelaksanaan hukumannya sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Tinggi, bagaimanapun, pada 14 Dis 2020, mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan menolak penangguhan pelaksanaan hukuman penjara Mohamad Faiz sementara menunggu rayuannya terhadap sabitan dan hukuman ke Mahkamah Rayuan.
Secara kebetulan, Mohamad Faiz dan Najib dijatuhkan hukuman oleh mahkamah berbeza atas pertuduhan berbeza pada hari yang sama pada 28 Julai 2020.
Dalam kes Najib, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan bekas perdana menteri itu untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dan juga membenarkannya dibebaskan dengan jaminan RM2 juta.
Pada 8 Dis tahun lepas, Mahkamah Rayuan, yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, juga membenarkan Najib menangguhkan pelaksanaan hukumannya dan denda sementara menunggu rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 20 2022
![Pesawah petik kes Najib, berjaya tangguh hukuman penjara sementara tunggu rayuan Pesawah petik kes Najib, berjaya tangguh hukuman penjara sementara tunggu rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648042898_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan bersetuju membenarkan permohonan Mohamad Faiz untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.- Gambar fail
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pelarasan harga lantai belian padi langkah berani perkukuh ekonomi pesawah Pelarasan harga lantai belian padi langkah berani perkukuh ekonomi pesawah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713670650_padi.jpg)
Pelarasan harga lantai belian padi langkah berani perkukuh ekonomi pesawah
Ia disifatkan satu langkah strategik yang boleh memperkukuh pendapatan pesawah, sekali gus memastikan keterjaminan makanan negara.
![Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739494229_DrMohamedFadzliHa.jpg)
Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.
![Pelarasan harga lantai belian padi imbangi kos ditanggung pesawah Pelarasan harga lantai belian padi imbangi kos ditanggung pesawah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714303933_TBPADIBERNAMA.jpg)
Pelarasan harga lantai belian padi imbangi kos ditanggung pesawah
Katanya, keputusan itu membuktikan kerajaan cakna dan memandang berat keluhan pengusaha di akar umbi yang terkesan dengan kenaikan harga.
![Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713670650_padi.jpg)
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
![PDRM ketatkan prosedur keselamatan sempena lawatan Presiden Indonesia esok PDRM ketatkan prosedur keselamatan sempena lawatan Presiden Indonesia esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732269577_KetuaPolisNegara.jpg)
PDRM ketatkan prosedur keselamatan sempena lawatan Presiden Indonesia esok
Prosedur keselamatan tersebut diambil susulan terdapat pertindihan tarikh dan waktu dengan kunjungan 1,000 pesawah ke Putrajaya esok.
![Setiap isu padi, beras perlu dirujuk kepada pihak berautoriti - KPKM Setiap isu padi, beras perlu dirujuk kepada pihak berautoriti - KPKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708049509_TBBerasjpg.jpg)
Setiap isu padi, beras perlu dirujuk kepada pihak berautoriti - KPKM
KPKM hari ini menegaskan setiap isu berkaitan padi dan beras hendaklah dirujuk kepada pihak berautoriti bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat.
![Lebih 44,000 pesawah MADA terima bantuan BKST Fasa 2 Lebih 44,000 pesawah MADA terima bantuan BKST Fasa 2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734621176_MatSabu.jpg)
Lebih 44,000 pesawah MADA terima bantuan BKST Fasa 2
Sebanyak 44,139 orang pesawah di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akan menerima Bantuan Khas Sumbangan Tunai (BKST) Fasa 2 membabitkan peruntukan berjumlah lebih RM26.48 juta.
![Pesawah disaran daftar Skim Takaful Tanaman Padi Pesawah disaran daftar Skim Takaful Tanaman Padi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733576483_tbAmirHamzah.jpg)
Pesawah disaran daftar Skim Takaful Tanaman Padi
Kerajaan telah sediakan peruntukan RM50 juta bagi bayaran premium STTP tahun ini dan petani hanya perlu mendaftar untuk menerima faedah.
![Negeri Sembilan perkenal insentif galakan padi Negeri Sembilan perkenal insentif galakan padi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732790144_TBJalaluddinAlias.jpg)
Negeri Sembilan perkenal insentif galakan padi
Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan insentif galakan padi di bawah peruntukan negeri untuk mengalakkan pesawah menjual hasil padi mereka kepada pusat belian tempatan di negeri itu.
![Pesawah digalak tingkat tanaman padi spesial Pesawah digalak tingkat tanaman padi spesial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730897033_TBArthurJosephKuru.jpg)
Pesawah digalak tingkat tanaman padi spesial
KPKM menggalakkan pesawah mengusahakan tanaman padi spesial kerana ia mempunyai nilai komersial dan harga jualan yang lebih tinggi berbanding beras putih biasa.