JERTIH: Rahsia kehidupan mewah seorang pesawah dekat Kampung Pasir Akar di sini terbongkar apabila dia ditahan polis pada Rabu lepas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata duda berusia 36 tahun itu didakwa mengamalkan gaya hidup mewah antaranya tinggal di rumah banglo selain memilik sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan kereta Perodua Alza.
Katanya suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Besut di rumahnya kira-kira jam 5.30 petang.
"Pemeriksaan lanjut di dalam rumah suspek menemukan lima paket plastik lutsinar di dalamnya berisi daun mampat dipercayai dadah jenis ganja seberat 4.9 kilogram yang bernilai RM12,500.
"Selain itu, polis juga menyita dua motosikal dan wang tunai RM11,450 menjadikan nilai keseluruhan rampasan ialah RM193,450," katanya dalam sidang media di IPD Besut di Kampung Raja, di sini hari ini.
Abdul Rozak berkata pemilikan aset berkenaan dipercayai hasil kegiatan pengedaran dadah oleh suspek di sekitar daerah Besut.
"Saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan juga tidak memiliki rekod lampau. Dia ditahan reman selama tujuh hari bermula Khamis lepas.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan bersalah," katanya.
Sementara itu dalam kes berasingan, seorang buruh berusia 38 tahun yang mempunyai 12 rekod kesalahan dadah dan tiga rekod jenayah lampau ditahan di hadapan sebuah rumah di Kampung Pengkalan Nyireh di sini, pada 11.30 pagi Jumaat lepas.
Abdul Rozak berkata polis merampas 319 pil dan satu paket serbuk warna merah dipercayai dadah jenis pil kuda dan kes ini turut disiasat mengikut Seksyen 39B ADB.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2023
Suspek didakwa mengamalkan gaya hidup mewah antaranya tinggal di rumah banglo selain memilik sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan kereta Perodua Alza. - Gambar hiasan
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
Pesawah hidup mewah ditahan edar dadah
Rahsia kehidupan mewah seorang pesawah dekat Kampung Pasir Akar di sini terbongkar apabila dia ditahan polis pada Rabu lepas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah.