MACHANG: Seorang pesara tentera maut selepas kereta jenis Proton Wira yang dipandunya terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah lagi kenderaan di Kilometer (KM) 36.4 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran Bukit Belah di sini pada Rabu.
Dalam kejadian jam 2 petang itu mangsa, Kassim Hassan, 66, yang beralamat di Kuala Pertang, Kuala Krai meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, hasil siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa dari arah Kota Bharu menghala ke arah Kuala Krai.
"Setiba di tempat kejadian kereta dipandu mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan kemudian terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan.
"Kejadian itu mengakibatkan kereta dipandu mangsa telah bertembung dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier yang datang dari arah Kuala Krai menghala ke Kota Bharu," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurutnya, situasi itu mengakibatkan kereta jenis Proton Saga FL yang berada di belakang gagal mengelak lalu melanggar kenderaan mangsa.
Beliau berkata, mangsa yang tersepit di bahagian pemandu meninggal dunia di tempat kejadian dan kes disiasat bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Shuhaimi berkata, isteri mangsa, Fatimah Mamat, 68, mengalami kecederaan parah dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Machang.
"Pemandu Toyota Harrier berusia 38 tahun luka di bahagian tangan dan kesemua pemandu serta penumpang Proton Saga FL tidak mengalami sebarang kecederaan.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 27 2022

Kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan. -Foto Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pesara tentera maut nahas di Machang
Kereta dipandu mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan kemudian terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan.