JOHOR BAHRU: Akibat percaya dengan janji manis seorang wanita yang ingin mengirim barangan dan duit tunai berjumlah AS$2.8 juta, seorang pesara lelaki mengalami kerugian RM1.87 juta selepas terpedaya dengan sindiket 'parcel scam'.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, kejadian bermula apabila mangsa berusia 67 tahun itu berkenalan dengan seorang wanita yang mengaku sebagai warga Brazil menerusi aplikasi Facebook sejak Mei lalu.
Katanya, wanita terbabit turut mendakwa dirinya bekerja sebagai doktor di United Kindom, telah berjanji untuk mengirim barang dan wang tunai kepada mangsa selepas dua minggu berkenalan.
"Pada 13 Jun lalu, seorang lagi suspek perempuan yang mengaku sebagai ejen penghantaran barang telah menghubungi mangsa dan meminta mangsa membuat pembayaran bagi cas servis penghantaran barang dan wang tunai yang dijanjikan.
"Mangsa yang juga seorang pesara syarikat swasta telah menggunakan wang simpanannya untuk melakukan sebanyak 11 transaksi pemindahan wang secara atas talian ke dalam akaun-akaun bank yang telah diberikan oleh ejen penghantaran tersebut.
"Mangsa telah sedar dirinya ditipu kerana sehingga kini masih belum menerima barang dan wang tunai yang dijanjikan suspek selain ejen penghantaran tersebut juga gagal dihubungi.
"Susulan itu, satu laporan polis mengenai kejadian itu telah diterima pada Isnin (29 Ogos)," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, pada Selasa.
Menurut Rupiah, mangsa telah rugi sebanyak RM1,871,540 hasil transaksi yang dibuat kepada akaun bank terbabit.
Jelas beliau, kes berkenaan telah disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun, selain boleh dikenakan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Tambahnya, orang awam yang menerima mesej ataupun panggilan telefon berkenaan sebarang tawaran-tawaran yang meragukan digesa supaya segera melaporkannya kepada pihak polis bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.
"Orang awam juga sentiasa disaran agar mengambil langkah untuk memuat turun aplikasi CCID untuk tujuan semakan sebelum membuat apa-apa pembayaran secara perbankan online," katanya lagi.
Muhammad Aiman Hakeem
Tue Aug 30 2022
Seorang pesara lelaki mengalami kerugian RM1.87 juta selepas terpedaya dengan sindiket 'parcel scam'. - Gambar hiasan
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Nenek rugi RM13,000 terjerat 'love, parcel scam'
Mangsa berusia 61 tahun itu terpedaya dalam sindiket 'love scam' setelah berkenalan dengan seorang lelaki didakwa dari London.
Pesara rugi RM1.87 juta ditipu sindiket 'parcel scam'
Seorang pesara lelaki mengalami kerugian RM1.87 juta selepas terpedaya dengan sindiket 'parcel scam'.
Pesara rugi RM4,000 diperdaya 'parcel scam'
Wanita itu memberitahu ingin menghantar duit sebanyak AS$450,000 dalam bentuk bungkusan.
RM84,950 hangus gara-gara 'parcel scam'
Kejadian bermula apabila wanita berusia 42 tahun menerima mesej WhatsApp daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Mr Usman daripada syarikat Ekc Delivery Servis.
Dua jadi mangsa penipuan Macau Scam dan Parcel Scam
Mangsa yang tertipu ialah seorang pesara Pos Malaysia berusia 64 tahun dan berasal dari Kuching, yang kerugian RM2,998.74.
Lima suspek sindiket penipuan parcel tumpas
Lima ditahan termasuk dua wanita dan salah seorang daripadanya warga Filipina kerana terlibat dalam sindiket penipuan parcel scam apabila kegiatan mereka dibongkar.