IPOH: Walaupun sudah 40 tahun berlalu, pengalaman menyamar sebagai anggota komunis semasa bertugas sebagai anggota F-Team, sebuah pasukan elit rahsia Polis Diraja Malaysia (PDRM), masih terpahat kukuh dalam fikiran DSP (B) Kamarudin Hashim.
Kamarudin, 73, atau lebih dikenali sebagai "Kenny" semasa bergiat aktif dalam pasukan itu berkata beliau menyamar sebagai anggota komunis ketika menyertai Operasi Kelah yang dilaksanakan kira-kira setahun di Kuala Lipis, Pahang pada 1982.
"Saya melakukan penyamaran (kerana mahu menangkap anggota pengganas dari Parti Komunis Malaya semasa operasi berkenaan) pakai baju komunis tetapi saya diam sahaja sebab saya tidak pandai berbahasa Cina.
Saya hanya duduk, angkat tangan dan tabik hormat dengan anggota komunis yang lain. Apabila rakan-rakan saya (anggota F-Team) dapat menyelinap masuk untuk menggempur kem komunis, saya pun turut serta membantu mereka menangkap anggota komunis," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program bual bicara perjuangan bersama bekas anggota polis sempena sambutan Hari Kebangsaan anjuran Pejabat Penghulu Mukim Hulu Kinta dan Pertubuhan Amal Sahabat Perak di Dewan Komuniti Kampung Kuala Pari di sini hari ini.
Kamarudin yang berkhidmat selama 23 tahun dengan PDRM berkata Operasi Kelah yang disertai kira-kira 30 anggota F-Team dapat menawan 24 anggota termasuk ketua komunis Unit Penggempur Ke-16 serta merampas sejumlah besar senjata api dan alat komunikasi yang dibawa mereka dari Selatan Thailand.
Carian di Internet mendapati, pada 1982, Operasi Kelah dilancarkan ke atas Unit Penggempur Ke-16 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyusup masuk dari Selatan Thailand melalui Banjaran Titiwangsa dari Perak dan Kelantan menuju ke selatan sehinggalah sampai ke Kuala Lipis, Pahang.
Misi mereka ialah menghubungi Unit Penggempur Ke-6 untuk memberi bantuan senjata api dan alat perhubungan tambahan.
Operasi Kelah ini dilaksanakan sendiri oleh pasukan F-Team, tanpa bantuan dari lain-lain pasukan keselamatan dan hasilnya berjaya menghalang pertemuan dan penyatuan kedua-dua unit penggempur berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022
Kamarudin mengimbas kisahnya melakukan penyamaran kerana mahu menangkap anggota pengganas dari Parti Komunis Malaya semasa Operasi Kelah pada tahun 1982. - Bernama
PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya
Ini sekaligus merupakan satu petunjuk pilihan raya umum di negara itu mungkin diadakan tidak lama lagi.
Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan vape (rokok elektronik) di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Malaysia perkukuh keselamatan siber demi ekosistem digital yang selamat
Ketahui bagaimana Malaysia memimpin usaha keselamatan siber melalui perundangan dan dasar strategik, termasuk Akta Keselamatan Siber dan undang-undang perlindungan data yang diperbaharui. Menteri Digital Gobind Singh Deo berkongsi pandangan dalam sesi panel World Economic Forum, menekankan kepentingan kepercayaan awam terhadap platform digital untuk mendorong ekonomi digital negara ke hadapan.
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Keluarga polis teruskan legasi rentas tiga generasi
Lebih membanggakan Hussin apabila anaknya itu adalah generasi ketiga polis dalam keluarga mereka, iaitu selepas beliau dan bapanya sendiri.
Pesara polis terkejut terima kunjungan Ahmad Zahid
Mohammad Fauzi tidak dapat menyembunyikan riak wajah terkejut sebaik melihat sosok pemimpin nombor dua negara itu ke kediamannya.
Pesara polis rugi lebih RM310,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara polis mengalami kerugian lebih RM310,000 selepas terperdaya dengan sindiket "phone scam" atau penipuan melalui panggilan telefon.
Pesara polis ditemukan mati di pantai Labuan
Mangsa dikenali sebagai Abang Shuhada Abang Abdul Ladi ditemukan hanya memakai seluar panjang pada 7.05 pagi oleh orang awam.
PDRM laksana penerbangan ihsan bawa pesara polis ke IJN
Othman terkena serangan jantung selepas menunaikan solat maghrib pada Jumaat lepas sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta.
Aidi bersara selepas 36 tahun bersama PDRM
Anak jati kelahiran Kuala Terengganu itu memulakan kariernya selepas menamatkan latihan asas kepolisan di Pulapol Kuala Lumpur pada 1989.
Bekas polis sebak kenang tragedi dalam serangan hendap Komunis
Mohammad Noh yang berusia 19 tahun ketika itu terpaku melihat ketua platun dikenali sebagai 'Sarjan Lee' berada tidak jauh darinya, mati ditembak.
Kemerdekaan bukan sahaja bebas dari dijajah, anak muda juga perlu bebas dadah - Pesara polis
Perjuangan membebaskan anak muda bangsa dari najis dadah juga merupakan satu perjuangan untuk bangsa dan negara.
Pesara polis kongsi pengalaman menyamar sebagai anggota komunis
Kamarudin melakukan penyamaran kerana mahu menangkap anggota pengganas dari Parti Komunis Malaya semasa Operasi Kelah pada tahun 1982.
Pesara polis didenda RM6,500 tembak kucing, lepas tembakan di tempat awam
Seorang pesara polis yang melakukan khianat dengan menembak seekor kucing jantan yang memakan ayam peliharaannya dan melepaskan tembakan di tempat awam, dijatuhi hukuman denda berjumlah RM6,500 oleh M