BUKIT MERTAJAM: Seorang pesara polis yang memerlukan rawatan segera selepas pembuluh darahnya pecah akibat serangan jantung diterbangkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini menerusi penerbangan ihsan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Othman Mohamed Said, 62, yang baru bersara pada 2022 terkena serangan jantung selepas selesai menunaikan solat maghrib di Masjid Jamek Alma Jaya pada Jumaat lepas sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta.
Adik ipar Othman, Norisyam Desa, 39, berkata, abang iparnya perlu dirujuk segera ke IJN bagi menjalani rawatan dan pembedahan kerana dibimbangi jika lewat akan menyebabkan kegagalan pada buah pinggang.
"Doktor yang mengambil sampel darah pada awalnya tidak mengesan serangan jantung tetapi selepas ujian dilakukan keesokan harinya (Sabtu) mendapati pembuluh darahnya telah pecah dan terdapat koyakan di bahagian itu yang jika gagal dirawat segera akan memberi kesan kepada buah pinggangnya.
"Abang ipar pernah terkena serangan (jantung) sekali pada 2015 tetapi ketika itu hanya sesak nafas dan pulih selepas dirawat di hospital tetapi kali ini yang teruk hingga menyebabkan koyakan jadi doktor putuskan supaya dihantar segera ke IJN," katanya ketika ditemui di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Rawa, di sini hari ini.
Othman yang mempunyai lima anak, berkhidmat bersama pasukan polis sehingga 60 tahun sebelum bersara wajib dua tahun lepas dengan jawatan terakhir sebagai Sub Inspektor di Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.
Dalam pada itu, Norisyam yang mewakili keluarga berterima kasih kepada pucuk pimpinan PDRM di atas keprihatinan dengan membenarkan penerbangan ihsan itu biar pun abang iparnya itu sudah pun bersara selain memohon doa supaya urusan rawatan dan pembedahan Othman berjalan lancar.
Terdahulu, penerbangan ihsan membawa Othman dilakukan Pasukan Gerakan Udara (PGU) menggunakan helikopter jenis Agusta AW139, diketuai juruterbang Supt Amirul Adli Ahmad bersama pembantu Supt Mohd Fairuz Jamil serta dua kru berlepas dari Pangkalan Udara Subang dan tiba di padang SMK Padang Rawa pada 8.50 pagi.
Pesakit diiringi isterinya, Norehan Desa, 50, seorang doktor pakar serta seorang jururawat dan turut hadir adalah Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin dan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Tan Cheng San.
Penerbangan berlepas pada 9.30 pagi dijangka mengambil masa satu jam 20 minit untuk tiba di Hospital Kuala Lumpur seterusnya dibawa ke IJN.
Khaw ketika ditemui berkata, penerbangan ihsan itu merupakan satu daripada kebajikan pasukan terhadap anggota yang memerlukan bantuan.
"Walaupun anggota berkenaan sudah pun bersara tetapi mereka tetap sebahagian daripada pasukan dan wajar diberikan bantuan sama seperti ketika berkhidmat. Kita doakan supaya urusan rawatan (Othman) berjalan lancar dan dipermudahkan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2024
Datuk Khaw Kok Chin berbual dengan Othman Mohamed Said, pesara polis yang memerlukan rawatan segera selepas pembuluh darahnya pecah akibat serangan jantung ketika menaiki helikopter ke Institut Jantung Negara. - Gambar Bernama
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
JBPM laksana penerbangan ihsan bawa ibu mengandung, kanak-kanak
Unit Udara JBPM melaksanakan penerbangan perubatan ihsan dengan membawa dua pesakit Orang Asli untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Gua Musang, semalam.
PDRM laksana penerbangan ihsan bawa pesara polis ke IJN
Othman terkena serangan jantung selepas menunaikan solat maghrib pada Jumaat lepas sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta.
Operasi hantar bekalan makanan ke 56 kampung Orang Asli selesai - Bomba
Unit Udara JBPM menamatkan penugasan penghantaran 20.8 tan metrik bekalan makanan ke 56 kampung membabitkan lima pos Orang Asli, yang terputus jalan perhubungan darat, semalam.
Wanita sarat mengandung diterbangkan dari Pulau Tioman ke Kuantan
Penerbangan ihsan membawa wanita itu menggunakan helikopter jenis Agusta AW139 milik Maritim Malaysia.
TUDM laksana penerbangan ihsan bawa pesakit jantung dan penghantaran makanan
Tentera Udara Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan ihsan bagi membawa seorang pesakit warga emas berusia 62 tahun yang mengalami masalah jantung serta aktiviti penghantaran makanan.
TUDM terbangkan kanak-kanak, bayi alami masalah jantung
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat penerbangan ihsan membawa seorang kanak-kanak lelaki dan bayi perempuan yang mengalami masalah jantung dari Kuching, Sarawak ke ibu negara hari ini.
TUDM lakukan penerbangan ihsan untuk dua bayi
TUDM melakukan penerbangan ihsan untuk membawa dua bayi lelaki dari Kota Kinabalu untuk menjalani pembedahan jantung di IJN.
Banjir: Penduduk Kampung La terjejas teruk, rumah hanyut sekelip mata
Bagi sebuah keluarga, musibah itu bukan sekadar menghanyutkan kain dan baju tetapi rumah yang telah didiami sejak setahun lepas turut ghaib entah ke mana.