Pilu dan meruntun jiwa.
Itulah perasaan yang dialami apabila melihat keadaan terkini di Kampung La, di sini selepas berdepan dengan banjir sejak enam hari lepas.
Bagi sebuah keluarga, musibah itu bukan sekadar menghanyutkan kain dan baju tetapi rumah yang telah didiami sejak setahun lepas turut ghaib entah ke mana.
Lebih menyedihkan rumah yang didiami enam sekeluarga itu gagal dijejaki dan pemiliknya hanya mampu melihat satu persatu barang rumahnya seperti peti sejuk dan mesin basuh dihanyutkan ketika banjir.
Pada hari kedua banjir, Suriati Mohd Yusof, 35, dapat melihat beberapa bumbung atap zink dan kayu lantai rumahnya melekat di pagar Sekolah Kebangsaan Kampung La, yang berada dalam 200 meter dari kedudukan rumahnya.
Beliau dan ahli keluarga kemudiannya bertindak membawa semula kayu dan atap itu ke kawasan rumah dengan hasrat mahu mencantumnya semula namun hujan lebat akhirnya membuatkan air semakin naik dan menghanyutkan keseluruhan rumah termasuklah barangan perabot serta perkakas dapur.
"Pada hari pertama kejadian, banjir berlaku pada pukul 10 pagi dan air masuk ke rumah terlalu cepat. Kami semua terpaksa menyelamatkan diri sehelai sepinggang ke sekolah berhampiran.
"Air terlalu deras, suasana jadi gelap gelita dan hujan mencurah-curah tersangat lebat... kami harung air paras dada untuk sampai ke sekolah, terus terlupa tentang rumah yang hanyut, hanya fikirkan soal nyawa sahaja ketika itu," katanya yang terpaksa berkain pelekat diberi penduduk kampung kerana hanya itu sahaja pakaian yang ada memandangkan hampir sekampung turut dilanda bencana sama.
Ketika kejadian, suami Suriati, Hardi Mazda, 55, yang bekerja sebagai pemandu lori tiada di rumah kerana berada di Kuala Lumpur. Suriati tinggal di rumah itu bersama tiga anak mereka iaitu Adam Danish, 14; Nur Syalina Hartini, 12, dan Aliya Danisha, 7, adik Suriati iaitu Nur Azila,19, dan rakannya, Siti Nur Fazlida Mohd Asri, 22 tahun.
Kampung La, yang terletak 30 kilometer dari bandar Jerteh, adalah kawasan paling teruk dilanda banjir kali ini sehingga menyebabkan penduduk kampung terputus hubungan hampir tiga hari apabila satu-satunya laluan utama dinaiki air setinggi tiga meter.
Tiada satu pun kenderaan boleh masuk ke kampung itu malah sebuah lori milik Pejabat Daerah Besut turut ditenggelami air dan 'tersadai' ketika hendak menghantar bantuan kepada penduduk.
Beberapa penerbangan ihsan terpaksa dilakukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Gong Kedak untuk membawa keluar pesakit seperti ibu mengandung dan kanak-kanak kurang upaya mendapatkan rawatan di Hospital Besut di Jerteh.
Tinjauan Bernama di kampung itu lewat petang semalam mendapati pelbagai kesan kemusnahan berlaku seperti gerai makan yang hanyut, pintu rumah tercabut, kerosakan sebahagian struktur rumah penduduk, jalan tar rosak dan terbongkah termasuk rumah Suriati yang hanyut.
Ketika ini, Suriati yang hanya mempunyai wang tunai RM15 dan terpaksa menumpang di salah sebuah rumah penduduk kampung sementara menunggu suaminya sampai untuk membina semula rumah baharu di tanah pusaka keluarga di kawasan yang agak jauh sedikit berbanding tapak rumah asal yang dihanyutkan air.
Suriati sebenarnya sedang membina sebuah rumah bersebelahan rumah yang dihanyutkan air itu namun terbengkalai kerana kekangan kewangan yang dihadapi mereka suami isteri. Ketika ini, hanya dinding rumah sahaja telah siap dengan kos yang telah dibelanjakan sebanyak RM18,000.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan dan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung La, Abdul Razak Laboh berkata kerajaan perlu menyediakan penempatan baharu untuk penduduk kerana hanya itu satu-satunya pilihan yang ada untuk mereka.
"Sampai bila kami nak hidup dalam keadaan macam ini, setiap tahun kami terpaksa berdepan masalah sama... ini bukan masalah baru berlaku sehari dua tapi dah berlarutan sejak 60 tahun lepas.
"Kami ada ditawarkan kawasan penempatan baharu tetapi letaknya di pinggir hutan. Kami mahu kerajaan sediakan penempatan baharu di satu kawasan berhampiran yang telah ada kemudahan awam seperti masjid, sekolah dan klinik tapi permohonan kami tidak diendahkan selama ini," katanya yang sangat kecewa dengan situasi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 04 2019
Suriati (dua, kiri) bersama tiga anaknya dan adik-adiknya menyusun semula bata yang menjadi tapak kepada tiang rumah rumah yang didiami sejak setahun lalu dihanyutkan banjir yang melanda Kampung La, Jerteh baru-baru ini. -- fotoBERNAMA
Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Presiden Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini, kata pegawai.
Agenda AWANI: Pelan hala tuju transformasi AIR 2040
Ketahui cabaran pengurusan dan usaha mentransformasi sektor air negara menerusi pelan hala tuju transformasi AIR 2040 bersama YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam Agenda AWANI 9 malam ini
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini sejajar dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi "untuk sementara waktu", kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, usaha menjamin dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan, dan relevan untuk generasi akan datang.
[TERKINI] Polis tahan seorang lelaki bakar wanita
Polis New York menahan seorang lelaki ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Runtuhan tebing ancam nyawa
Jabatan Pengairan dan Saliran memulakan kerja darurat di tebing Sungai Kelantan yang runtuh berhampiran sebuah kondominium dan hotel di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu.
Pesawat baharu A330neo Malaysia Airlines bermasalah, Airbus jamin beri sokongan penuh
Pesawat yang dilengkapkan dengan teknologi enjin terbaharu Rolls Royce, mengalami masalah teknikal selepas melakukan penerbangan sulung yang dikaitkan dengan kebimbangan membabitkan kualiti pengeluaran serta proses penghantarannya.
Agenda AWANI: Isu doktor letak jawatan | Selesaikan segera
Apa strategi yang perlu segera diambil bagi menangani masalah peletakan jawatan pakar perubatan awam di negara ini supaya tidak menggugat ketahanan sektor kesihatan awam? Diskusi 8.30 malam
[INFOGRAFIK] Dua tahun pentadbiran kerajaan MADANI
Berikut adalah info berkenaan dengan Dua tahun pentadbiran kerajaan MADANI
KDN jangka kumpul 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir untuk dilupuskan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan mengumpul kira-kira 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir di Kelantan, Terengganu, dan Kedah untuk dilupuskan mengikut syarak.
Banjir: 23,000 laporan kerosakan diterima berkaitan aset polis Kelantan
Kerosakan itu antaranya membabitkan kenderaan, balai dan pondok polis serta pos Pasukan Gerakan Am (PGA).
10 cedera akibat banjir kilat di Sumatera Utara, Indonesia
Hujan lebat mencetuskan banjir kira-kira 7 malam waktu tempatan, menjejaskan dua mukim iaitu Batang Angkola dan Tano Tombangan.
'Buat keputusan sukar tidak tangguh ujian bertutur SPM' - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek akui, membuat keputusan amat sukar ketika memutuskan untuk meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di semua negeri terjejas banjir
Jumlah kerugian akibat banjir dianggarkan melebihi RM300 juta - Mohamed Fadzli
Jumlah kerugian akibat banjir di Kelantan baru-baru ini dianggarkan bernilai lebih RM300 juta, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Pasaran getah ditutup rendah
Pasaran getah ditutup rendah pada Rabu, seiring dengan aliran menurun pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
Mangsa banjir di Johor kekal 36 orang petang ini
Kesemua mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat.
Jambatan runtuh: Hampir 2,000 penduduk di sembilan kampung di Pasir Mas terkesan
Jambatan berdekatan Kampung Rong Chenok di Pasir Mas yang menjadi laluan utama menghubungkan penduduk ke pusat bandar runtuh akibat arus deras.
Banjir: Kerajaan akan ambil kira kawasan selamat dan tinggi untuk bina sekolah baharu
Kerajaan akan mengambil kira kawasan yang selamat dan tinggi bagi pembinaan sekolah baharu pada masa hadapan sebagai langkah memastikan bangunan sekolah kekal kondusif dan selamat.
Hujan berterusan dijangka landa tiga negeri bermula Selasa - MetMalaysia
MetMalaysia mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan selama tiga hari di tiga negeri bermula hari ini.