KUALA LUMPUR: Seorang pesara polis yang melakukan khianat dengan menembak seekor kucing jantan yang memakan ayam peliharaannya dan melepaskan tembakan di tempat awam, dijatuhi hukuman denda berjumlah RM6,500 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini.
Majistret Nik Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas Zainol Abidin Md Zain, 65, selepas lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes itu hari ini.
Bagi pertuduhan khianat, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan manakala denda RM1,500 atau penjara dua bulan untuk kesalahan melepaskan tembakan di tempat awam.
Zainol Abidin didakwa dengan sengaja membunuh haiwan itu menggunakan selaras senapang patah di kawasan kebunnya di Kampung Setia, Kuang, Selangor pada 6.40 petang, 1 Julai 2020 mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bapa anak tujuh itu turut didakwa melepaskan tembakan di tempat awam menggunakan senjata sama pada masa dan di tempat sama mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 (Akta 206) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 43 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Shasha Hidayah Nor Azahar memohon hukuman setimpal supaya menjadi pengajaran kepada tertuduh kerana tiada sebab munasabah untuk dia melepaskan tembakan kepada kucing yang bukan merupakan haiwan berbahaya kepada sesiapa pun.
"Adalah tidak wajar untuk tertuduh menembak kucing sehingga mati dengan alasan kucing itu telah memakan ayam belaannya. Walaupun tertuduh mempunyai lesen memiliki senjata api tetapi perbuatannya melepaskan tembakan di tempat awam dan membunuh kucing adalah tidak patut," katanya.
Peguam Azman Abdullah yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya telah menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.
"Kucing itu telah memakan ayam anak guam saya dan pelbagai cara telah dilakukan olehnya untuk mengelakkan kucing tersebut daripada makan ayam belaannya itu. Kucing itu telah ditembak serta ditanam sendiri olehnya dan senjata yang digunakan adalah senapang patah milik arwah datuk tertuduh dan dia memiliki lesen senjata api," kata peguam itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 05 2022

Tertuduh dijatuhi hukuman denda berjumlah RM6,500 oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas membuat pengakuan bersalah. - Sekadar gambar hiasan
Pelan Thailand membenarkan operasi kasino jadi ancaman Filipina
Pelan Thailand untuk membenarkan operasi kasino menjadi ancaman besar kepada Filipina, yang kini merupakan hab perjudian kedua terbesar di Asia dan sedang berusaha mencatat rekod pendapatan baharu pada 2025.

PM Anwar ajak umat Islam amal ihsan, adab bagi memaknai Ramadan
Beliau berkata Ramadan adalah 'madrasah' terbaik bagi mendidik diri dari segi integriti, disiplin serta dimensi sosial.
Polis tumpaskan sindiket dadah, rampasan lebih RM2.6 juta
Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan rampasan bernilai lebih RM2.6 juta dalam empat serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru.
Lelaki OKU mental tetak ayah diarah rujuk hospital psikiatri
Seorang lelaki yang menetak kepala bapanya dengan parang, diarah Mahkamah Sesyen Kangar untuk dirujuk ke hospital psikiatri selama sebulan.

Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka esok
Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2024 dan Tahun Taksiran 2024 melalui e-Filing mulai esok, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sritex Indonesia tutup operasi 1 Mac, lebih 10,000 pekerja diberhentikan
Gergasi tekstil Indonesia, Sritex akan menutup operasi secara kekal pada 1 Mac 2025 selepas Mahkamah Agung negara itu mengekalkan keputusan muflis.

Jangan salah guna kebebasan berhimpun untuk menipu, fitnah - PM Anwar
Anwar membidas pihak yang memainkan sentimen memperjuangkan hak orang Melayu dalam isu pembangunan bandar, namun tidak melakukan usaha semasa mentadbir negara sebelum ini.

CGS Malaysia tawar kontrak niaga hadapan kripto CME pertama di Malaysia
CGS International Futures Malaysia mengumumkan pelancaran kontrak niaga hadapan kripto CME pertama yang boleh diakses secara terbuka di Malaysia.

JAKIM siasat pempengaruh cipta kandungan menyimpang daripada ajaran Islam
JAKIM telah menjalankan siasatan terhadap beberapa pempengaruh kerana disyaki mencipta kandungan yang menyimpang daripada ajaran Islam di media sosial.

Saya sedia maafkan tapi Zulfarhan tak akan hidup kembali - Ibu
Mereka tidak menyangka mahkamah akan membenarkan rayuan kesemua tertuduh yang menyebabkan kematian anak mereka.

Warga emas didakwa tembak kucing jiran sampai mati
Tindakan seorang warga emas menembak seekor kucing milik jirannya sehingga mati, membawa padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini.

Dua beranak ditahan tembak kucing jiran guna senapang angin
Tidak tahan kucing betina milik jiran masuk rumah, warga emas dan anaknya membunuh haiwan itu.

Pesara polis didenda RM6,500 tembak kucing, lepas tembakan di tempat awam
Seorang pesara polis yang melakukan khianat dengan menembak seekor kucing jantan yang memakan ayam peliharaannya dan melepaskan tembakan di tempat awam, dijatuhi hukuman denda berjumlah RM6,500 oleh M

Pesara polis didakwa tembak kucing, lepas tembakan di tempat awam
Seorang pesara polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas dua pertuduhan melakukan khianat iaitu menembak seekor kucing jantan dan melepaskan tembakan di tempat awam.