KUALA LUMPUR: Seorang pesara polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan khianat iaitu menembak seekor kucing jantan dan melepaskan tembakan di tempat awam.
Zainol Abidin Md Zain, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nik Fadli Nik Azlan.
Dia didakwa dengan sengaja membunuh haiwan itu menggunakan selaras senapang patah di kawasan kebunnya di Kampung Setia, Kuang, Selangor pada 6.40 petang 1 Julai tahun lepas mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Tertuduh juga didakwa melepaskan tembakan di tempat awam menggunakan senjata sama pada masa dan di tempat sama mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 (Akta 206) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 43 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan namun peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan M. Mariappan merayu jumlah itu dikurangkan atas alasan Zainol Abidin seorang pesara dan menanggung isteri serta tujuh anak.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 24 Feb 2022 untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 16 2021

Seorang pesara polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas dua pertuduhan melakukan khianat iaitu menembak seekor kucing jantan dan melepaskan tembakan di tempat awam. - Gambar hiasan
Pelan Thailand membenarkan operasi kasino jadi ancaman Filipina
Pelan Thailand untuk membenarkan operasi kasino menjadi ancaman besar kepada Filipina, yang kini merupakan hab perjudian kedua terbesar di Asia dan sedang berusaha mencatat rekod pendapatan baharu pada 2025.

PM Anwar ajak umat Islam amal ihsan, adab bagi memaknai Ramadan
Beliau berkata Ramadan adalah 'madrasah' terbaik bagi mendidik diri dari segi integriti, disiplin serta dimensi sosial.
Polis tumpaskan sindiket dadah, rampasan lebih RM2.6 juta
Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan rampasan bernilai lebih RM2.6 juta dalam empat serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru.
Lelaki OKU mental tetak ayah diarah rujuk hospital psikiatri
Seorang lelaki yang menetak kepala bapanya dengan parang, diarah Mahkamah Sesyen Kangar untuk dirujuk ke hospital psikiatri selama sebulan.

Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka esok
Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2024 dan Tahun Taksiran 2024 melalui e-Filing mulai esok, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sritex Indonesia tutup operasi 1 Mac, lebih 10,000 pekerja diberhentikan
Gergasi tekstil Indonesia, Sritex akan menutup operasi secara kekal pada 1 Mac 2025 selepas Mahkamah Agung negara itu mengekalkan keputusan muflis.

Jangan salah guna kebebasan berhimpun untuk menipu, fitnah - PM Anwar
Anwar membidas pihak yang memainkan sentimen memperjuangkan hak orang Melayu dalam isu pembangunan bandar, namun tidak melakukan usaha semasa mentadbir negara sebelum ini.

CGS Malaysia tawar kontrak niaga hadapan kripto CME pertama di Malaysia
CGS International Futures Malaysia mengumumkan pelancaran kontrak niaga hadapan kripto CME pertama yang boleh diakses secara terbuka di Malaysia.

JAKIM siasat pempengaruh cipta kandungan menyimpang daripada ajaran Islam
JAKIM telah menjalankan siasatan terhadap beberapa pempengaruh kerana disyaki mencipta kandungan yang menyimpang daripada ajaran Islam di media sosial.

Saya sedia maafkan tapi Zulfarhan tak akan hidup kembali - Ibu
Mereka tidak menyangka mahkamah akan membenarkan rayuan kesemua tertuduh yang menyebabkan kematian anak mereka.

Keluarga polis teruskan legasi rentas tiga generasi
Lebih membanggakan Hussin apabila anaknya itu adalah generasi ketiga polis dalam keluarga mereka, iaitu selepas beliau dan bapanya sendiri.

Pesara polis terkejut terima kunjungan Ahmad Zahid
Mohammad Fauzi tidak dapat menyembunyikan riak wajah terkejut sebaik melihat sosok pemimpin nombor dua negara itu ke kediamannya.

Pesara polis rugi lebih RM310,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara polis mengalami kerugian lebih RM310,000 selepas terperdaya dengan sindiket "phone scam" atau penipuan melalui panggilan telefon.

Pesara polis ditemukan mati di pantai Labuan
Mangsa dikenali sebagai Abang Shuhada Abang Abdul Ladi ditemukan hanya memakai seluar panjang pada 7.05 pagi oleh orang awam.

PDRM laksana penerbangan ihsan bawa pesara polis ke IJN
Othman terkena serangan jantung selepas menunaikan solat maghrib pada Jumaat lepas sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta.

Aidi bersara selepas 36 tahun bersama PDRM
Anak jati kelahiran Kuala Terengganu itu memulakan kariernya selepas menamatkan latihan asas kepolisan di Pulapol Kuala Lumpur pada 1989.

Bekas polis sebak kenang tragedi dalam serangan hendap Komunis
Mohammad Noh yang berusia 19 tahun ketika itu terpaku melihat ketua platun dikenali sebagai 'Sarjan Lee' berada tidak jauh darinya, mati ditembak.

Kemerdekaan bukan sahaja bebas dari dijajah, anak muda juga perlu bebas dadah - Pesara polis
Perjuangan membebaskan anak muda bangsa dari najis dadah juga merupakan satu perjuangan untuk bangsa dan negara.

Pesara polis kongsi pengalaman menyamar sebagai anggota komunis
Kamarudin melakukan penyamaran kerana mahu menangkap anggota pengganas dari Parti Komunis Malaya semasa Operasi Kelah pada tahun 1982.

Pesara polis didenda RM6,500 tembak kucing, lepas tembakan di tempat awam
Seorang pesara polis yang melakukan khianat dengan menembak seekor kucing jantan yang memakan ayam peliharaannya dan melepaskan tembakan di tempat awam, dijatuhi hukuman denda berjumlah RM6,500 oleh M