GUA MUSANG: Bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutamanya Pasukan Senoi Praaq atau Pasukan Gerakan Am (PGA) Orang Asli yang sudah bersara digesa menjadi mata dan telinga untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, menerusi maklumat disalurkan, ia akan memudahkan pihaknya mengambil tindakan segera terutamanya di kawasan pedalaman.
Menurutnya, terdapat lebih 100 bekas anggota polis terdapat di Gua Musang dan sebahagian besarnya adalah anggota Senoi Praaq yang tinggal di kawasan pos pedalaman Orang Asli.
"Pesara polis ini adalah menjadi mata dan telinga di IPD Gua Musang ini bagi menyalurkan segala maklumat dan apa jua yang berkaitan dengan isu-isu keselamatan di penempatan masing-masing atau perkampungan yang berada di daerah Gua Musang.
"Setiap anggota polis yang telah dilatih dengan pelbagai ilmu termasuk ilmu peperangan, ilmu mencari maklumat dan sebagainya. Mereka tetap bersama dengan kita untuk menyalurkan apa juga maklumat dan risikan yang berlaku di sekeliling mereka," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Program Bersama Pesara Polis di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, Kelantan.
Selain menyantuni warga pesara, pada program berkenaan turut disampaikan bantuan bakul makanan kepada bekas pesara.
Sementara itu, bagi bekas anggota Senoi Praaq Orang Asli, mereka masih menjadi sumber dan penyalur maklumat kepada pihak berkuasa berkenaan isu keselamatan serta sosial di kampung pedalaman.
"Kita sebagai bekas penjawat, kita sudah semestinya membantu pasukan keselamatan yang masih bertugas sekiranya terdapat gejala yang kurang sihat kita akan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa." kata bekas anggota Senoi Praaq, Jamly Ahan.
Bagi bekas anggota Senoi Praaq, Ali Latif pula, walaupun telah bersara, mereka masih berpegang kepada tugasan yang diberikan semasa masih berkhidmat.
"Walaupun bersara kami masih berpegang kepada tugasan yang diberikan dahulu, kalau orang kata, apa yang mereka buat akan berkerjasama dengan pihak berkuasa," katanya.
Dianggarkan lebih 50 orang bekas anggota Senoi Praaq kini tinggal di pos pedalaman Orang Asli selepas bersara dalam perkhidmatan.
Vivi Sumanti
Sun Mar 27 2022
Choon Foo (dua dari kanan) ketika menghadiri Program Bersama Pesara Polis di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, Kelantan. - Astro AWANI
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Keluarga polis teruskan legasi rentas tiga generasi
Lebih membanggakan Hussin apabila anaknya itu adalah generasi ketiga polis dalam keluarga mereka, iaitu selepas beliau dan bapanya sendiri.
Pesara polis terkejut terima kunjungan Ahmad Zahid
Mohammad Fauzi tidak dapat menyembunyikan riak wajah terkejut sebaik melihat sosok pemimpin nombor dua negara itu ke kediamannya.
Pesara polis rugi lebih RM310,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara polis mengalami kerugian lebih RM310,000 selepas terperdaya dengan sindiket "phone scam" atau penipuan melalui panggilan telefon.
Pesara polis ditemukan mati di pantai Labuan
Mangsa dikenali sebagai Abang Shuhada Abang Abdul Ladi ditemukan hanya memakai seluar panjang pada 7.05 pagi oleh orang awam.
PDRM laksana penerbangan ihsan bawa pesara polis ke IJN
Othman terkena serangan jantung selepas menunaikan solat maghrib pada Jumaat lepas sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta.
Aidi bersara selepas 36 tahun bersama PDRM
Anak jati kelahiran Kuala Terengganu itu memulakan kariernya selepas menamatkan latihan asas kepolisan di Pulapol Kuala Lumpur pada 1989.
Bekas polis sebak kenang tragedi dalam serangan hendap Komunis
Mohammad Noh yang berusia 19 tahun ketika itu terpaku melihat ketua platun dikenali sebagai 'Sarjan Lee' berada tidak jauh darinya, mati ditembak.
Kemerdekaan bukan sahaja bebas dari dijajah, anak muda juga perlu bebas dadah - Pesara polis
Perjuangan membebaskan anak muda bangsa dari najis dadah juga merupakan satu perjuangan untuk bangsa dan negara.
Pesara polis kongsi pengalaman menyamar sebagai anggota komunis
Kamarudin melakukan penyamaran kerana mahu menangkap anggota pengganas dari Parti Komunis Malaya semasa Operasi Kelah pada tahun 1982.
Pesara polis didenda RM6,500 tembak kucing, lepas tembakan di tempat awam
Seorang pesara polis yang melakukan khianat dengan menembak seekor kucing jantan yang memakan ayam peliharaannya dan melepaskan tembakan di tempat awam, dijatuhi hukuman denda berjumlah RM6,500 oleh M