KUALA LUMPUR: Peruntukan RM25 juta kepada Yayasan Keluarga Malaysia yang diumumkan menerusi Bajet 2022 semalam bagi memastikan masa depan anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 di negara ini terus terjaga, melegakan keluarga kanak-kanak terbabit.
Mohd Ariff Hafizan Abdul Razak melahirkan rasa syukur dan lega dengan bantuan itu kerana ia menjanjikan masa depan lebih baik kepada lima anak saudaranya yang kehilangan ibu bapa mereka akibat jangkitan virus tersebut.
Beliau kini bergilir-gilir dengan ahli keluarganya yang lain untuk menjaga Hannan Humaira Mohd Nasir, 3, Hawwas, 6, Harraz, 8, Husna Humaira, 9, dan Hadrami, 11.
Bapa kelima-lima beradik iaitu Mohd Nasir Tahal meninggal dunia pada 11 Ogos lepas manakala ibu mereka Ida Haryanie Abdul Razak, yang juga kakak Mohd Ariff, menghembuskan nafas terakhir pada 7 Okt selepas pasangan suami isteri itu menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
"Saya bersyukur dengan pengumuman Bajet 2022 ini sebab masa depan dan pendidikan mereka akan terjamin serta terbela dan tahu kerajaan nak bantu mereka sampai umur 18 tahun.
"Kami bukan daripada keluarga yang senang... datuk dan nenek mereka pun umur dah lanjut dan tiada pendapatan. Jadi bantuan ini sangat-sangat membantu untuk kami membesarkan lima beradik ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
BACA: Perdana Menteri luang masa lawat lima beradik kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, berkata kerajaan menyediakan peruntukan itu kepada Yayasan Keluarga Malaysia bagi memimpin usaha melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan kanak-kanak terbabit.
Mohd Ariff juga berkata bantuan itu akan diguna untuk memberi pendidikan terbaik dan menyediakan keperluan asas harian kepada mereka.
BACA: "Anak-anak yang hilang ibu bapa akibat COVID-19, kami semua ada untuk jaga kamu semua" - Tengku Zafrul
Pengasas Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Semarak Syed Mohd Bakri Syed Ishak pula berkata pihaknya menyambut baik peruntukan itu selain menyifatkan ia tepat pada masanya di kala virus COVID-19 meragut nyawa ramai ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil di negara ini.
Beliau turut berpandangan bahawa biarpun kerajaan menyediakan peruntukan itu, pihak NGO perlu terus membantu sekadar yang mampu.
"Kalau sudut kewangan mereka sudah selesai, NGO pula boleh beri bantuan dari sudut pendidikan dan pembelajaran kepada anak-anak yatim terbabit," katanya sambil menambah pendidikan kanak-kanak terbabit antara perkara yang perlu diutamakan kerana ia adalah penentu masa depan mereka.
BACA: Nasib anak yatim akibat COVID-19 dibela - Siti Zailah
Sejak wabak COVID-19 melanda negara, lebih 4,700 kanak-kanak telah hilang tempat bermanja apabila ibu bapa mereka meninggal dunia akibat dijangkiti virus itu.
Pada 23 Okt lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Yayasan Keluarga Malaysia sebagai sebuah institusi bagi membantu anak-anak Keluarga Malaysia dalam mendapatkan sokongan terutama dari aspek pendidikan sehingga mereka mencapai usia 18 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 29 2021
Pada 23 Okt lalu, Perdana Menteri melancarkan Yayasan Keluarga Malaysia pada perasmian Keluarga Malaysia peringkat Kebangsaan di Pusat Konvesyen Borneo Kuching. - Gambar fail BERNAMA
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia, Syria terus berunding mengenai pangkalan tentera
Rusia dan Syria akan mengadakan rundingan lanjut mengenai pangkalan tentera Rusia di Syria, menurut laporan agensi berita Rusia pada Selasa malam.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Tiga lelaki ditahan disyaki dera kanak-kanak
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan terhadap kes penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di sebuah rumah di Batu 4, Port Dickson, dekat sini.
PM iftar bersama agamawan, pemimpin NGO dan agensi kerajaan
Anwar hari ini meraikan para agamawan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan wakil agensi kerajaan berkaitan hal ehwal Islam pada Majlis Berbuka Puasa MADANI di kediaman rasmi beliau.
"Saya trauma, anak tertanya-tanya di mana daddy" - Isteri Syed Danial
Qistina Ayu Rozhan, 32, berkata anak perempuannya yang kini berumur empat tahun menjadi yatim sejak berusia tiga bulan dan hingga ke hari ini masih tertanya-tanya di mana 'daddy.'
Semakin ramai anak yatim di Gaza
Visual dua kanak-kanak diselubungi debu, menangis ketika mereka mencari bapa mereka yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan.
Nahas di Kota Tinggi: Satu maut, 13 cedera termasuk 12 anak yatim
Kemalangan melibatkan kereta Nissan Sentra dipandu seorang lelaki dengan sebuah van Kia Pregio yang membawa 12 anak yatim dari Peyara.
Amang seksual dan dera anak yatim, dua penjaga pusat jagaan ditahan
Polis menahan dua penjaga sebuah pusat jagaan kanak-kanak di kerana dipercayai mendera dan melakukan ambang seksual ke atas dua anak yatim.
6 beranak maut: Pesanan emak, gambar kenangan terakhir - Anak
Pesanan ibu tak kirim lauk dan hantaran gambar pada aplikasi WhatsApp kini hanya tinggal kenangan bagi Abdurrahman Amir Ruddin, 19.
Sebak ambil sijil konvo bapa
Seorang anak tidak dapat menahan sebak ketika menerima sijil bagi pihak bapanya, Allahyarham Mohd Rozahar Mohd Nor, 50, yang meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru Selasa lalu.
Jordan Mintah bawa anak yatim beli baju raya
Perbezaan agama tidak jadi halangan bagi pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Jordan Mintah untuk membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan membuat persiapan hari raya.
MAIWP, Prihatin santuni 2,000 golongan asnaf
Tahun ini MAIWP mengeluarkan bajet terbesar untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan sempena Ramadan dan Aidifitri ini.