SHAH ALAM: Balu pengurus bank Syed Muhammad Danial Syed Syakir, mangsa insiden amuk di Lebuhraya Utara-Selatan arah Kuala Lumpur-Seremban, menangis di Mahkamah Tinggi di sini hari ini ketika menceritakan nasib anaknya dan trauma yang dialami selepas kejadian tragis itu.
Qistina Ayu Rozhan, 32, berkata anak perempuannya yang kini berumur empat tahun menjadi yatim sejak berusia tiga bulan dan hingga ke hari ini masih tertanya-tanya di mana 'daddy.'
"Anak hanya tahu daddy di syurga. Namun itu tidak menghalangnya daripada menanyakan di mana ayahnya dan kenapa tidak bersama kami di saat kawan-kawannya bersama ayah masing-masing," kata pegawai bank itu yang kelihatan sebak ketika membacakan kenyataan impak mangsa sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman.
Hakim Julia Ibrahim menjatuhi hukuman penjara 16 tahun terhadap bekas pekerja teknologi maklumat Yew Wei Liang kerana menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial, 29, di Kilometer 293.6 di Lebuhraya Utara-Selatan (Kuala Lumpur-Seremban) di sini antara 1 tengah hari dan 2 petang 10 Ogos 2019.
Qistina Ayu berkata kemarahan, kekecewaan, kesedihan dan kemurungan yang tidak tertanggung menjadi temannya selepas kejadian itu.
Wanita itu berkata disebabkan salah faham dan gagal mengawal amarah, beliau kehilangan suami malah anaknya tidak sempat merasai kasih sayang seorang bapa.
"Saya terpaksa berdepan trauma, memandu berulang-alik ke tempat kerja selama bertahun-tahun, di lokasi sama suami saya terbunuh tanpa belas kasihan.
"Kesakitan yang dirasai tidak tertanggung apatah lagi bergelar ibu tunggal memandangkan saya perlu menjaga anak yang ketika kejadian baru mencecah usia tiga bulan," katanya.
Ketika ditemui media di luar mahkamah, Qistina Ayu berharap tragedi yang menimpa arwah suaminya tidak berulang.
"Syukur Alhamdulillah, akhirnya selepas empat setengah tahun pemergian suami saya, Syed Muhammad Danial (ada keputusan hukuman).
"Saya berharap perkara ini tidak berlaku kepada orang lain dan menjadi pengajaran terutama kepada samseng jalanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023

Qistina Ayu berkata, anak perempuannya yang kini berumur empat tahun menjadi yatim sejak berusia tiga bulan dan hingga ke hari ini masih tertanya-tanya di mana 'daddy.' - Gambar/ Bernama

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

"Saya trauma, anak tertanya-tanya di mana daddy" - Isteri Syed Danial
Qistina Ayu Rozhan, 32, berkata anak perempuannya yang kini berumur empat tahun menjadi yatim sejak berusia tiga bulan dan hingga ke hari ini masih tertanya-tanya di mana 'daddy.'

Amukan jalan raya: Balu Syed Danial menangis di mahkamah
Qistina Ayu Rozhan, 32, berkata, hanya disebabkan salah faham dan kegagalan menahan amarah, dia kehilangan suami.
![[KEMAS KINI] Langgar Syed Danial: Bekas pekerja IT dipenjara 16 tahun [KEMAS KINI] Langgar Syed Danial: Bekas pekerja IT dipenjara 16 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701927538_TBBekaspekerjaIT.jpg)
[KEMAS KINI] Langgar Syed Danial: Bekas pekerja IT dipenjara 16 tahun
Yew Wei Liang, 45, didapati bersalah mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun.

Hukuman lelaki langgar Syed Danial hingga mati, Khamis ini
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan pada Khamis untuk hukuman sabitan lelaki yang menyebabkan kematian pengurus bank, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, di Lebuhraya Utara Selatan, empat tahun lalu.

Suspek langgar Syed Muhammad Danial dituduh esok
Lelaki langgar Syed Muhammad Danial akan dituduh di mahkamah esok