SHAH ALAM : Seorang anak tidak dapat menahan sebak ketika menerima sijil bagi pihak bapanya, Allahyarham Mohd Rozahar Mohd Nor, 50, yang meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru Selasa lalu.
Alif Alimi Ashraf, 22, naik ke pentas menerima Sijil Kejuruteraan Mekanikal pada Konvokesyen Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) pada Sabtu.
Situasi tersebut turut mengundang sebak para hadirin yang berada di Dewan Al Jazari dekat sini.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Muhamad Rumzi Mamat yang menyampaikan sijil berkenaan sempat memeluk dan menenangkan Alif Alimi.
Menurut Alif Alimi, bapanya bertugas sebagai Penolong Kanan Pengeluaran, Jabatan Lukisan Elektrisola (M) Sdn Bhd menyambung pengajian peringkat sijil di bawah Program Pembelajaran Sepanjang Hayat Kursus Terlanggan di PSA.
"Arwah ayah sudah lama menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajaran namun tertangguh akibat faktor kerja dan keluarga.
"Ayah sangat teruja bila dapat sambung belajar dan sangat komited dalam pelajaran sehingga sanggup berulang alik ke PSA dari rumah kami di Janda Baik, Pahang setiap hujung minggu," katanya pada Majlis Konvokesyen PSA Kali ke-24 pada Sabtu.
Alif Alimi tiba di PSA bersama adiknya, Alissa Atasha,19.
Seramai 1,571 graduan menerima sijil pada majlis konvokesyen yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 27 2023

Alif Alimi Ashraf, 22, naik ke pentas menerima Sijil Kejuruteraan Mekanikal pada Konvokesyen Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) pada Sabtu. - Gambar/ Sinar Harian
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

PRU15: UTM pinda tiga sesi majlis konvokesyen
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meminda tiga sesi Majlis Konvokesyen universiti itu berikutan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Selepas tiga tahun tangguh Majlis Konvokesyen, UTM raikan 8,956 graduan
Selepas tiga tahun terpaksa menangguhkan sesi Majlis Konvokesyen akibat pendemik COVID-19, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), hari ini menganjurkan Majlis Konvokesyen ke-64 (MK64).

Dr Noor Hisham dianugerah doktor falsafah UKM
Selain Dr Noor Hisham, turut dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Kelestarian), Profesor Emeritus Dr Soontak Lee.

COVID-19: Majlis Konvokesyen UUM ke-33 dibatalkan
Menurutnya, keputusan itu diambil selepas mengambil kira saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

'Naseem' dan 'Seebaa' ganti graduan terima skrol pada konvo UniSZA
Penggunaan robot ketika konvekesyen pelajar adalah yang pertama di Malaysia dan beliau juga dapat berinteraksi secara langsung dengan pelajar-pelajar melalui sidang video.

Polis siasat tindakan protes graduan UM
Polis membuka kertas siasatan terhadap mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang melakukan protes sebaik menerima skrol ijazah pada Konvokesyen UM ke-59 Selasa lalu.

Buat kejutan, Rahmad Mega menyanyi di majlis konvokesyen anak
Anak sulungnya, Suhazri Amrin, 23, menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah UMP, Datuk Aishah Shaikh Ahmad.