KOTA KINABALU: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk menyelesaikan isu bekalan air yang sudah berlarutan sejak sekian lama di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Beliau berkata peruntukan berkenaan adalah untuk penyelesaian jangka pendek dan panjang agar masalah bekalan air di universiti itu boleh di atasi dalam kadar yang segera.
Katanya selepas mendengar taklimat daripada Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor mengenai pembangunan dan masalah berkaitan bekalan air, pihaknya bersetuju meluluskan RM1 juta bagi menyelesaikan isu berkenaan, di samping tambahan RM1 juta lagi untuk langkah jangka pendek menanganinya.
"Masalah air ini perlu dipandang serius, apabila sampai di UMS perkara pertama yang saya dengar adalah masalah air. Tadi pagi saya sempat bersarapan dengan Majlis Perwakilan Pelajar dan masalah air menjadi isu utama yang mereka kemukakan kepada saya.
"Kita tidak mahu pelajar terbeban dengan masalah ini terlalu lama," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra bersama pelajar UMS yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud.
Mengulas lanjut, Zambry berkata peruntukan RM2 juta itu adalah tambahan kepada peruntukan RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri semasa majlis beramah mesra dengan pelajar UMS tahun lepas.
"Ada pelajar yang bertanya mengenai peruntukan RM3 juta berkenaan dan saya difahamkan peruntukan itu sudah pun digunakan, namun ada masalah lain timbul iaitu paip ada, tetapi tekanan air rendah menyebabkan masalah air di kawasan yang tinggi," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata tambahan peruntukan dibuat bagi menyelasaikan masalah berkenaan termasuk memasang pam air, selain menggunakan tenaga pakar di UMS ini untuk mencari inisiatif mencari sumber air untuk penyelesaian jangka panjang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024
Zambry berkata peruntukan berkenaan adalah untuk penyelesaian jangka pendek dan panjang agar masalah bekalan air di universiti itu boleh di atasi dalam kadar yang segera. - Gambar fail/Bernama
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Pendidikan perlu ada kesalingan antara sains tulen dan sastera - Zambry
Pendidikan masa kini perlu ada kesalingan antara sains tulen dan nilai-nilai sastera serta kemanusiaan.
KPT lapor polis sindiket jual sijil akademik palsu sekolah, IPT
KPT berikrar untuk terus komited untuk memastikan sistem pendidikan tinggi tidak tercemar dan menyalahi undang-undang.
UKM lancar perkhidmatan SIHAT @ UKM, tingkat kesihatan masyarakat
Fakulti Sains Kesihatan (FSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melancarkan perkhidmatan baharu bagi meningkatkan tahap kesihatan masyarakat melalui program SIHAT @ UKM.
Rusuhan Bangladesh: KPT sediakan kaunselor, penginapan untuk pelajar, ibu bapa
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyediakan kaunselor untuk semua pelajar dan ibu bapa pelajar yang terperangkap akibat rusuhan di Bangladesh.
KPT, KLN sedia bantuan untuk rakyat Malaysia yang tiba dari Bangladesh - Zambry
KPT akan bekerjasama dengan KLN untuk menyediakan segala bantuan yang diperlukan semasa ketibaan rakyat Malaysia dari Bangladesh, termasuk kaunseling, penginapan, dan logistik.
KPT peruntuk RM50,000 anjur aktiviti kesusasteraan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperuntuk RM50,000 bagi penganjuran aktiviti berkaitan kesusasteraan di peringkat institusi pengajian tinggi.
Rayuan dibuka, KPM dan KPT selaras penempatan matrikulasi pelajar cemerlang - Fadhlina
KPM akan bergerak secara agresif bersama KPT bagi menyelaraskan dengan segera, sekali gus memastikan penempatan semua pelajar cemerlang lepasan SPM dalam program Matrikulasi.
Tempat cukup bagi lepasan SPM 10A untuk ke matrikulasi, asasi - Zambry
Kerajaan akan memastikan semua lepasan SPM 2023 yang memperoleh keputusan 10A ke atas namun tidak mendapat tempat di matrikulasi atau program asasi universiti awam (UA), ditawarkan tempat.
Keputusan permohonan ke IPTA, KK, ILKA bagi lepasan SPM diumum 28 Jun
Keputusan boleh disemak mulai 28 Jun 2024, jam 12 tengah hari hingga 7 Julai 2024, jam 5 petang melalui platform yang disediakan.
Masalah air UMS dijangka selesai selewatnya awal tahun depan - KPT
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) optimis masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada awal tahun depan.