MARANG: Jumlah keseluruhan peruntukan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan untuk Terengganu pada tahun ini meningkat kepada RM7.23 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata jumlah itu termasuk perbelanjaan pengurusan agensi Persekutuan dan projek pembangunan di negeri itu, melebihi jumlah peruntukan RM5.99 bilion yang diberikan Kerajaan Persekutuan kepada Terengganu pada 2022, iaitu sebelum pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Katanya, ini sekali gus menepis dakwaan bahawa peruntukan untuk Terengganu telah dikurangkan atau negeri tersebut diabaikan Kerajaan Persekutuan.
"Belum pernah berlaku, iaitu pimpinan Kerajaan Persekutuan (termasuk) Perdana Menteri, timbalan perdana menteri, menteri-menteri kanan, KSN (Ketua Setiausaha Negara) dan semuanya duduk bersama dengan kerajaan negeri serta berbincang mengenai keutamaan di negeri-negeri.
"Ini kerana kadang-kadang keutamaan difikirkan di Putrajaya tidak sama dengan keutamaan di negeri maka kita ubah suai setelah mendengar (dari pihak) kerajaan negeri," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Janakuasa Solar Hibrid Cypark Merchang di sini, hari ini.
Bagaimanapun Anwar berkata keutamaan yang harus diberikan oleh semua pihak termasuk kerajaan negeri adalah menghapuskan miskin tegar dalam kalangan rakyat.
Dalam hal tersebut, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada jentera Kerajaan Terengganu yang telah memberikan kerjasama baik kepada Kerajaan Persekutuan sehingga matlamat untuk menoktahkan miskin tegar di negeri ini bakal dicapai pada hujung Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024
Anwar (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen MoU di antara Cypark dan Terengganu Inc pada Majlis Peluncuran Loji Janakuasa Solar Hibrid Cypark di Cypark Solar Merchang, hari ini. -Bernama
12 resolusi MPSM akan dikemukakan kepada PM - Zambry
Sebanyak 12 resolusi yang dicadangkan oleh Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) bagi menambah baik kualiti sistem pengajaran di sekolah akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dipertimbangkan.
Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.
Bekas Mufti nasihat jangan buka aib pasangan
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Islam mengajarkan umatnya untuk melihat kebaikan dan mengingati jasa pasangan sepanjang perkahwinan.
Sekolah Menengah Kuen Cheng nafi video kes buli
Sehubungan itu, pihak sekolah sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran video yang mengaitkan Sekolah Menengah Kuen Cheng dengan kejadian itu.
10 ditahan disyaki samun bersenjata rumah ahli perniagaan
Polis menahan sembilan lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat kejadian samun berkawan dan bersenjata di rumah seorang ahli perniagan di Pandamaran, Klang, Khamis lalu.
‘Hot Daddy’, 2 wanita kena waran tangkap gagal hadir bicara
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin mengeluarkan waran tangkap terhadap lelaki dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ bersama dua kenalan wanitanya yang didakwa menjual aksi hubungan intim melalui aplikasi X.
Tindakan itu diputuskan Hakim Siti Shakirah Mohtarudin selepas kesemua mereka gagal hadir pada prosiding kes jenayah yang dihadapi mereka.
Tindakan itu diputuskan Hakim Siti Shakirah Mohtarudin selepas kesemua mereka gagal hadir pada prosiding kes jenayah yang dihadapi mereka.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 7 Oktober 2024.
Mangsa banjir di Johor, Melaka sedikit meningkat malam ini
Di Johor, mangsa banjir yang ditempatkan di lapan PPS meningkat sedikit kepada 582 orang daripada 158 keluarga pada pukul 8 malam Isnin.
Wanita rugi RM280,000 terperdaya sindiket penipuan panggilan telefon
Seorang eksekutif pembinaan di Bahau, Jempol, kerugian RM280,000 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis, semalam.
PM Anwar jangka Belanjawan 2025 tambah baik kerangka ekonomi, agihan saksama
Perdana Menteri menyatakan keyakinan terhadap Belanjawan 2025 selepas menandatangani dokumen rasmi itu di Kementerian Kewangan hari ini.
Malaysia fokus isu keamanan dan kestabilan serantau di Sidang Kemuncak ASEAN - Duta
Malaysia di Sidang Kemuncak ASEAN akan memfokuskan kepada beberapa isu utama antaranya melibatkan keamanan dan kestabilan serantau serta integrasi ekonomi serantau.
Isu Myanmar, Laut China Selatan dijangka latari Sidang Kemuncak ASEAN
Bertemakan ASEAN: Enhancing Connectivity and Resilience, pastinya isu-isu yang melatari blok ini akan menjadi fokus utama kesemua pemimpin.
Kerajaan komited pastikan negara berkembang maju - PM Anwar
Kerajaan terus mengamalkan semangat keterbukaan dan kesediaan untuk menyesuaikan diri, berinovasi dan sentiasa menolak sempadan kemungkinan.
Mengecap kemajuan: Hala tuju Malaysia dalam mengubah kemungkinan kepada realiti
Ucapan Perdana Menteri pada di Forum Megatrends Khazanah 2024.
Malaysia sudah bersedia jadi Pengerusi ASEAN 2025 - PM Anwar
Malaysia bersedia untuk memimpin dengan visi perpaduan, keterangkuman dan kerjasama, tegas Perdana Menteri.
Penyasaran subsidi supaya negara tidak bankrap, bukan mahu bebankan rakyat - PM Anwar
Anwar berkata tindakan melaksanakan pelarasan tarif elektrik dan apungan harga barangan keperluan tertentu bukan untuk menyusahkan rakyat.
Kerajaan MADANI komited perkasa industri sawit negara - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memastikan industri sawit negara terus diperkasakan.
Agenda pemerkasaan ekonomi adil untuk semua kaum - PM Anwar
Perdana Menteri berkata agenda pemerkasaan ekonomi dilaksanakan dengan adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.
Pakistan, Bangladesh kagum dengan keamanan Malaysia di sebalik kepelbagaian agama - PM Anwar
Pakistan dan Bangladesh memberikan penghormatan yang tinggi kepada Malaysia kerana mampu mengekalkan keamanan walaupun rakyatnya terdiri daripada pelbagai agama.