Biasiswa bernilai lebih sejuta ringgit akan dapat dimanfaat masyarakat India, khususnya golongan usahawan.

Lima puluh biasiswa penuh bagi pelbagai peringkat pendidikan tinggi akan diberikan kepada individu yang layak bersesuaian dengan program biasiswa pembangunan keusahawanan.

Program kerjasama Binary University dan MIC ini bakal dilancarkan Presiden MIC yang juga Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini.

Program ini adalah kesinambungan daripada program keusahawanan yang telah digerakkan kerajaan untuk golongan itu, antaranya program Usahawan Profesional India, Usahawan Sosial India dan Usahawan Technopreneur India.

Antara bidang pengajian yang ditawarkan ialah Sarjana Keusahawanan sosial, Keusahawanan dan Inovasi dan Diploma Keusahawanan.

Sejumlah RM1,180,00 bakal disalurkan untuk tujuan tersebut.