KOTA KINABALU: Semua pihak termasuk ahli politik diminta menyemak fakta sebenar sebelum mengulas tentang peruntukan segera bencana RM18.24 juta disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lepas.
Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata peruntukan itu hanyalah permulaan bantuan pengurusan bencana secara berterusan yang dijamin kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata peruntukan itu adalah untuk keperluan segera pengurusan bencana termasuk COVID-19 di negeri ini, dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah telah menerima RM8 juta untuk bantuan bencana sebelum ini.
Nizam berkata kerajaan negeri telah mengemukakan permintaan peruntukan pengurusan bencana Sabah lebih RM200 juta kepada Ismail Sabri ketika mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara awal minggu lepas.
"Permintaan lebih RM200 juta itu membabitkan peruntukan kira-kira RM147 juta untuk baik pulih infrastruktur yang rosak akibat banjir, manakala kira-kira RM83 juta lagi untuk pengurusan bencana COVID-19.
"Perdana Menteri dalam lawatannya ke Sabah baru-baru ini juga memberi jaminan bahawa kerajaan Persekutuan akan memberi lebih banyak bantuan kepada Sabah," katanya kepada Bernama hari ini.
Nizam berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin dari DAP yang mempersoal kerajaan Persekutuan hanya memberikan RM18.24 juta untuk bantuan bencana di Sabah berbanding RM78 juta bagi membantu mangsa banjir di Kedah.
Beliau turut menasihatkan Chan supaya menyemak fakta sebenar tentang perkara itu sebelum membuat sebarang kenyataan.
Pada Khamis lepas (16 Sept) kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan RM18.24 juta kepada Sabah, yang disampaikan Ismail Sabri, bagi melancarkan proses menguruskan tindak balas bencana agar kebajikan rakyat yang terjejas di negeri ini sentiasa dipelihara.
Perdana Menteri berkata peruntukan berkenaan adalah bagi perolehan 2,000 unit Kit Makanan (RM160,000), pembelian 2,500 unit C-Tent (RM961,250), operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (RM20,000), operasi 22 daerah Jawatankuasa Pengurusan Bencana (RM1.1 juta) dan pengurusan operasi COVID-19 sebanyak RM16 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 19 2021

Nizam berkata peruntukan itu hanyalah permulaan bantuan pengurusan bencana secara berterusan yang dijamin kerajaan Persekutuan. -Gambar fail/Facebook
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.

Peruntukan bencana Sabah: Semak fakta sebelum ulas - Nizam
Peruntukan itu hanyalah permulaan bantuan pengurusan bencana secara berterusan yang dijamin kerajaan Persekutuan.