KUALA LUMPUR: Persatuan pusat beli-belah dan peruncit menyarankan agar premis boleh dibuka semula apabila 70 peratus daripada 'pekerja yang hadir pada satu-satu masa untuk melayan pelanggan' telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Selain itu, hanya pelanggan yang telah melengkapkan suntikan vaksin akan dibenarkan memasuki premis, demikian menurut persatuan-persatuan itu dalam kenyataan bersama hari ini.
Persatuan itu terdiri daripada Persatuan Pusat Beli-Belah Malaysia, Persatuan Peruncit Malaysia, Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia, Persatuan Peruncit Bumiputera, Persatuan Pengurus Amanah Pelaburan Hartanah Malaysia dan Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia.
"Bagi pusat beli-belah, selain mengawal kemasukan pelanggan yang ditentukan oleh aplikasi MySejahtera dengan status 'risiko rendah' dan 'kontak kasual - tiada simptom' serta suhu badan tidak melebihi 37.5 darjah Celcius, kami akan turut menyemak status vaksinasi di aplikasi MySejahtera pelanggan dan hanya memberi kebenaran kepada mereka yang telah melengkapkan suntikan vaksin.
"Oleh itu, premis di pusat beli-belah tidak akan mengulangi proses ini dan kawasan beli-belah akan menjadi persekitaran gelembung hijau secara efektif," menurut kenyataan itu.
Persatuan-persatuan ini yakin risiko akan mudah diuruskan untuk semua premis di pusat beli-belah membuka perniagaan mereka apabila syarat-syarat ini dilaksanakan.
"Ia akan meningkatkan peluang untuk pulih semula dan demi kelangsungan perniagaan runcit yang amat terjejas akibat penutupan operasi yang berpanjangan, walaupun kes jangkitan di kawasan beli-belah adalah rendah iaitu 0.8 peratus, seperti dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan," menurut mereka.
Menurut persatuan berkenaan, pusat beli-belah akan menjadi persekitaran gelembung hijau untuk orang ramai yang ingin meredakan tekanan di samping melakukan aktiviti fizikal dan terapi kesihatan mental.
"Kelebihan dan keistimewaan mendapat vaksin akan mencetuskan tindakan untuk segera divaksin dan kami menggesa lebih banyak kapasiti inokulasi dan pusat pemberian vaksin ditingkatkan, justeru mencapai imuniti kelompok yang lebih pantas supaya ekonomi boleh ditambah baik dan pulih lebih awal dan memberi keyakinan.
"Kami menunggu pengumuman yang terkini agar ekonomi boleh bermula semula dan pulih selain menamatkan kesan kelembapan kawalan pergerakan yang berlanjutan ini," menurut persatuan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 25 2021

Selain itu, hanya pelanggan yang telah melengkapkan suntikan vaksin akan dibenarkan memasuki premis. -Gambar hiasan/BERNAMA

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Vendor berdepan cabaran kekurangan bekalan kelapa, kenaikan harga menjelang Thaipusam
Kelapa diperlukan untuk dua kegunaan dalam upacara perayaan Thaipusam, iaitu mengambil isinya dan memecahkan kelapa.

Dakwa tiada stok, peruncit sorok 1.6 tan minyak masak di rumah sendiri
Tindakan seorang peruncit menyorok 1.6 tan minyak masak bersubsidi di dalam rumahnya kerana mahu menjual di pasaran luar dengan harga tinggi akhirnya terbongkar.

KPDN kenakan notis terhadap peruncit kenakan caj tambahan
Dua notis dikeluarkan ke atas peruncit selepas mengenakan caj tambahan ke atas penjualan telur ayam di daerah Kubang Pasu.

65 peratus bekalan telur di Selangor masih ada - KPDNKSH
Ketua penguat kuasa KPDNKSH Selangor berkata, kekurangan bekalan telur secara fizikal di Selangor ketika ini hanya bersifat sementara.

Tiga peniaga sayur dikompaun dalam Op Sayur
Sebanyak 171 pemeriksaan dilakukan dan sebanyak 12 notis bertulis (NB) dan 89 Notis pengesahan maklumat barangan (NPMB) dikeluarkan.

Persatuan Peruncit Bumiputera sifatkan langkah kerajaan 'memberi nafas lega'
BRO gembira kerana kemudahan ekonomi itu terpakai ke atas semua fasa PPN dengan syarat, kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa.

Peruncit, pusat beli-belah minta dibenar beroperasi dengan 70 peratus pekerja lengkap divaksinasi
Persatuan-persatuan ini yakin risiko akan mudah diuruskan untuk semua premis di pusat beli-belah membuka perniagaan mereka apabila syarat-syarat ini dilaksanakan.

MEF minta PPN dipercepat ke Fasa 3 dan 4 bagi kelangsungan sektor bukan perlu
Kawalan pergerakan berterusan yang telah "kekal berkuat kuasa sejak Mac 2020 terus menjejaskan perniagaan dan pekerjaan."

Pengenalan BNPL semasa COVID-19 tepat pada masanya
Dylan Tan berkata, tidak menghairankan apabila melihat ramai peruncit di Malaysia menggunakan kaedah pembayaran alternatif yang lebih selesa ini.

Pelabur asing kuasai RM75.7 juta bersih ekuiti tempatan minggu lepas
Bursa Malaysia memulakan minggu urus niaga dengan baik, menyaksikan dana asing membeli sejumlah RM98.9 juta bersih ekuiti tempatan pada Isnin.