KUALA LUMPUR: Inisiatif projek rintis Perumahan Inklusif MADANI untuk golongan sasar di kawasan bandar-bandar utama mampu membuka lebih ruang buat warga kota memiliki rumah.
Rata-rata warga Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang bagaimanapun berharap projek perumahan berkenaan menawarkan kelainan dengan harga berpatutan berbanding projek perumahan sedia ada.
Pekerja swasta Muhammad Arif Zainal Abidin, 31, dari Ampang di sini mencadangkan supaya projek Perumahan Inklusif MADANI dapat dibina di lokasi yang strategik dan telah matang berbanding di kawasan yang sedang membangun.
Katanya, ini membolehkan penghuni tinggal di kawasan yang telah mempunyai kemudahan seperti pengangkutan awam, sekolah, hospital dan jalan raya besar, selain padang dan taman permainan.
"Saya juga memohon supaya had pendapatan bagi kelayakan pemohon diturunkan bagi membantu golongan sasar di bandar.
"Selain itu, kita juga sedia maklum kebanyakan rumah mampu milik akan ada masalah penyelenggaraan. Jadi saya harap dengan adanya projek ini dapat meningkatkan kualiti penyelenggaraan terutama bangunan bertingkat seperti kemudahan lif dan infrastruktur awam," katanya kepada Bernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Isnin lepas berkata projek rintis Perumahan Inklusif MADANI akan dibangunkan untuk golongan sasar di bandar utama seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.
Menurut Anwar, pembinaan itu melibatkan 800 unit rumah dengan pelbagai saiz ruang lantai bagi menampung keperluan golongan sasar yang berbeza.
Dalam pada itu, pekerja p-hailing Mohamad Naufal Mohamad Idris, 35, dari Shah Alam, Selangor berharap insentif perumahan baharu yang diperkenalkan kerajaan itu dapat menawarkan rumah dengan harga berpatutan.
Beliau yang masih belum memiliki rumah sendiri berkata walaupun kebanyakan rumah mampu milik yang ditawarkan kerajaan negeri di bawah RM300,000 menerusi projek Rumah SelangorKu dan Rumah Idaman, jumlahnya agak terhad.
"Saya berharap proses mendapatkan dan membeli rumah juga dipermudah kepada pekerja dalam sektor gig ekonomi ini berikutan jumlah pendapatan yang diperoleh setiap bulan tidak tetap, ini menyukarkan kami untuk mendapatkan rumah sendiri," katanya.
Pekerja swasta Yunus Yakkub, 40, dari Lembah Jaya Utara, Ampang pula mencadangkan projek perumahan berkenaan dilengkapi dengan perabot asas seperti kabinet dapur dan mesin basuh sebagai nilai tambah bagi membantu meringankan beban pembeli.
Bagi pekerja syarikat telekomunikasi di George Town, Pulau Pinang Raymond Lee, 30, beliau tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan kediaman pertamanya menerusi projek rintis itu.
"Kalau tanya sesiapa sahaja memang ramai yang menunggu projek seperti ini sebab perumahan di kawasan bandar memang susah untuk dibeli kerana harganya yang tinggi," katanya.
Sementara itu, pekerja kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang Rosniza Ahmad Rosli, 28, berharap Skim Sewa untuk Beli dapat diperluas di negeri itu terutama di kawasan sektor perkilangan supaya mereka dapat memiliki rumah menerusi skim berkenaan.
Beliau yang masih bujang dan menyewa bersama rakan sekerja itu berkata cadangan berkenaan dapat membantu lebih ramai golongan muda memiliki rumah sendiri kerana kos pembayaran bulanan yang lebih murah serta peluang untuk membeli kediaman membabitkan gaji kategori B40.
Menerusi pembentangan KSP RMK12 itu juga, Anwar berkata Skim Sewa untuk Beli akan diperluas bagi membolehkan lebih ramai kumpulan sasar dapat memiliki rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023
Rata-rata warga Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang bagaimanapun berharap projek perumahan berkenaan menawarkan kelainan dengan harga berpatutan berbanding projek perumahan sedia ada. -Gambar fail/Bernama
#AWANIRingkas 29 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 29 Disember 2024
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan undang-undang bencana
Ikuti diskusi bersama Penasihat Undang-Undang Bencana IFRC, Padmini Nayagam mengenai kesiapsiagaan undang-undang bencana, 20 tahun selepas Tsunami terburuk melanda dunia.
JPS ramal banjir melanda Kuantan, Pekan dan Rompin
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan banjir membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.
FBM KLCI dijangka meningkat
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus meningkat minggu depan, disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.
Cuaca 2024: Rekod cuaca ekstrem dan usaha peralihan hijau
Tahun 2024 mencatatkan bencana cuaca ekstrem global, kerugian trilion dolar, dan usaha peralihan hijau dengan China memimpin pembangunan tenaga boleh diperbaharui.
Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk
Lebih 473 juta kanak-kanak hidup di kawasan konflik, menghadapi trauma, kekurangan zat makanan, dan kehilangan pendidikan. Gaza menjadi simbol mimpi ngeri kanak-kanak dunia.
Terima kasih atas segalanya, selamat maju jaya - Akhyar Rashid
Tonggak Terengganu, Akhyar, dalam satu ciapan X, berterima kasih kepada Pau Marti atas jasanya mengemudi Harimau Malaya.
Ringgit dijangka melemah di penghujung tahun
Ringgit dijangka mencatat penurunan minggu depan akibat kebimbangan geopolitik, isyarat pasaran tidak menentu, dan sentimen berhati-hati pelabur.
Kekejaman zionis: Korban penduduk Palestin hampir cecah 45,000 orang
Serangan berterusan Israel di Gaza menyaksikan angka korban meningkat kepada 45,484 dengan lebih 108,090 cedera, melibatkan serangan udara ke atas kem pelarian Maghazi.
Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini
EU laksanakan undang-undang pengecas USB-C, memaksa peranti baharu, termasuk iPhone, menggunakan piawaian ini. Peraturan ini dijangka memberi kesan global.
Konsep Perumahan Inklusif MADANI jadi teras pembangunan kediaman mampu milik - PM
Konsep Perumahan Inklusif MADANI akan menjadi teras pembangunan kediaman mampu milik di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perumahan Inklusif MADANI diharap tawar kelainan
Warga Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang harap ia menawarkan kelainan dengan harga berpatutan berbanding projek sedia ada.