KUALA LUMPUR: Kegagalan syarikat telekomunikasi (telco) untuk membuat penyesuaian semula terhadap pola pemikiran baharu pengguna untuk berbelanja akan menjadi ancaman terbesar kepada telco, kata EY Research.
Menurutnya ini berikutan peningkatan kos sara hidup telah mendorong pengguna untuk menyesuaikan semula keutamaan perbelanjaan mereka.
Berdasarkan laporan telekomunikasi EY 2023 berkenaan 10 risiko utama, dianggarkan sebanyak 60 peratus daripada isi rumah bimbang terhadap kenaikan harga langganan jalur lebar dan 45 peratus lagi percaya mereka membayar lebih untuk perkhidmatan kandungan.
"Walaupun kebolehpercayaan rangkaian kekal sebagai aspek yang tidak memuaskan hati pengguna, daya tahan dan capaian infrastruktur telah merosot daripada kedudukan pertama ranking buat julung kalinya sejak bermulanya pandemik Covid-19 -- kini kepada tangga kelima berikutan cabaran lain yang menjadi lebih mendesak," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Pemimpin EY Global Telecommunications Tom Loozen berkata dalam persekitaran ekonomi hari ini, pengguna amat menumpukan kepada nilai yang diperoleh daripada penyedia telco.
"Ancaman ini diburukkan lagi dengan meningkatnya tekanan daripada pengawal selia, dan sebahagiannya meminta telco melakukan lebih banyak usaha untuk menawarkan tarif sosial kepada pengguna.
"Sebagai tindak balas, telco mesti menghasilkan cadangan yang jelas, mudah dan selamat yang melegakan dan menarik pelanggan," katanya.
"Di Malaysia, kerajaan telah memperkenalkan pelan data prabayar terdiskaun berharga RM5 sebulan, dinamakan Pakej Perpaduan.
"Pakej ini bertujuan meningkatkan kebolehcapaian Internet di samping mengurangkan kos sara hidup individu bagi kumpulan berpendapatan rendah, terutamanya kumpulan ekonomi B40, veteran, orang kurang upaya dan warga emas," katanya.
Sementara itu, EY Research turut mendedahkan sebanyak 76 peratus telco melaporkan peningkatan tahunan serangan siber, menjadikan keselamatan siber sebagai risiko kedua.
Laporan itu turut menjelaskan bahawa pengurusan agenda kemampanan yang lemah menjadi ancaman yang semakin menekan industri, meningkat daripada kedudukan kelima pada tahun lepas kepada tangga keempat untuk ranking 2023.
"Kualiti pendedahan perubahan iklim dalam kalangan pengendali telco telah merosot tahun ke tahun, dan 39 peratus daripada responden tidak mendedahkan strategi sifar bersih tertentu, pelan peralihan atau strategi penyahkarbonan walaupun permintaan yang semakin bertambah bagi tindakan ketara daripada semua pihak berkepentingan," katanya.
Melangkah ke hadapan, Lim berkata syarikat-syarikat ini mesti mengakui peranan penting mereka sebagai ejen untuk mewujudkan masyarakat lebih mampan dan melaksanakan langkah yang sewajarnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023

Tom Loozen berkata dalam persekitaran ekonomi hari ini, pengguna amat menumpukan kepada nilai yang diperoleh daripada penyedia telco. - Gambar hiasan/ Pixabay

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

5G dwi rangkaian: Syarikat telco bersedia ambil pegangan ekuiti DNB
Telco yang terlibat dalam pelaksanaan model 5G dwi rangkaian sudah bersedia untuk menandatangani pengambilan pegangan ekuiti dalam DNB.

Kerajaan beri amaran kepada telco tidak kenakan caj tambahan untuk akses 5G - Fahmi
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap telco yang mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan sedia ada mereka untuk mengakses perkhidmatan 5G.

KKD bincang dengan telco, pastikan tiada gangguan perkhidmatan semasa bencana banjir
Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengadakan perbincangan dengan telco supaya bersedia untuk memastikan tiada gangguan perkhidmatan semasa bencana banjir.

Hampir 2 bilion panggilan, 581 juta SMS mencurigakan berjaya disekat - Fahmi
Hampir dua bilion panggilan dan 581 juta SMS mencurigakan disekat daripada sampai kepada pengguna Malaysia.

KKD akan bincang dengan telco, wujudkan pelan data lebih murah untuk penghantar p-hailing
Fahmi Fadzil berkata hasil perbincangan mengenai pakej pelan data itu akan diumumkan dalam masa terdekat sekiranya ia berjalan lancar.

Telco tandatangani perjanjian mengenai pemilikan ekuiti DNB dalam masa terdekat - Fahmi
Semua syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini dijangka menandatangani perjanjian langganan saham (SSA) mengenai pemilikan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) dalam masa terdekat.

Hari Kebangsaan 2023: Telco diarah tingkat kelajuan internet
Penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah diarahkan untuk meningkatkan kelajuan perkhidmatan Internet pada hari kemuncak dan lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada 31 Ogos ini.

Perubahan pola pemikiran berbelanja pengguna jadi ancaman terbesar telco - Laporan EY
Peningkatan kos sara hidup mendorong pengguna menyesuaikan semula keutamaan perbelanjaan mereka.

MCMC arah syarikat telco larang pautan URL dalam SMS, elak 'scam'
Arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa 'scam' atau penipuan dalam talian.

Semua enam telco tandatangan perjanjian perkhidmatan 5G DNB - Tengku Zafrul
Kesemua telco terbabit ialah Maxis, U Mobile, Celcom Axiata, Digi, YTL Communications, dan Telekom Malaysia.